Laman Utama

Jumaat, 20 Ogos 2010

logo..

BENGKEL PENYUSUAN SUSU IBU : KEMBALI KEPADA FITRAH



TARIKH : 2 OKTOBER 2010 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI - 2.OO PETANG
TEMPAT : DEWAN D'MAS PERDANA, SMK DURIAN MAS
ANJURAN : KELAB GURU DAN KAKITANGAN (KGKT) SMKDM DAN KLINIK KESIHATAN AMBS,DUNGUN
YURAN : RM 15.00

TENTATIF PROGRAM :

8.00 PAGI - PENDAFTARAN
8.30 PAGI - CERAMAH : PENYUSUAN SUSU IBU DAN ISLAM
9.30 PAGI - CERAMAH : APA ADA DALAM SUSU IBU (KAUNSELOR LAKTASI HOSP.DUNGUN)
10.30 PAGI - MINUM PAGI/ POTLUCK
11.00 PAGI - BENGKEL AMALI : LAKUKAN DENGAN BETUL
12.00 TGH - LDK (LATIHAN DLM KUMPULAN)
1.00 TGH - PENILAIAN DAN PENUTUP

CADANGAN :
- cari sponsor
- adakan cabutan bertuah
- contact NGO BF area KL/Selangor/dll utk sponsor/ dptkan bhn
- call PZN/Kaunselor Laktasi (Pn.Syarma) utk pamplet/poster
- adakan booth pameran kecil2an
- adakan booth jualan kecil2an utk meriahkan program/ budget tampung program
- cari sponsor banner - gantung di klinik
- buat pamplet promosi
- pamplet semasa program
- beg boven - tanya kak tun KOOP.. leh jimat
- sponsor sticker kereta
- cari peserta
- kalu leh sponsor banyak, maybe bleh kurangkan yuran kpada RM10.00 je
- sijil????? adoi... keje yang paling ummi tak rajin nak buat.
- LCD
- laptop
- bhn dan peralatan??? - pen/ fail/air/ gula2
- mintak sponsor majalah pa&ma - wah.. idea spontan ni....
-dlm kertas keja ummi target, 40.. tapi kak zana kata, kalu dpt 20 pun kira ok ah utk first start.. ye gok. tamak! doh ah... rasa semangat pulak.. sebab biasanya buat program utk golongan pelajar/ remaja... rasa seronok plak wak utk diri sendiri. hahaahahahahahahhaaaaaaaaaaaaaaa. ish...

apa2hal, semoga program diberkati dan dipermudahkan Allah.
dijadikan saham pahala di akhirat kelak.
amin.

Allah,
tambahkanlah bilangan wanita yg nak menyusukan anak2..
berikanlah kefahaman kpd kaum keluarga mereka/ diriku..
jadikan para suami kami sebagai penyokong..
jadikan internet sumber maklumat berguna..
murahkan rezeki kami utk beli pam susu
dan juga cloth diaper..
jadikanlah aktiviti penyusuan ini
pengerat hubungan ibu dan anak..

Allah
ampunkan kami atas kesilapan yg lalu
kelemahan diri kami
sesungguhnya kpdMU kami berserah diri.
amin..

terima kasih Allah
Alhamdulillahi rabbil a'lamin.

terima kasih kepada..
- suami ku yg sudi menyokong dan bersabar dgn karenah pelik isterimu..
- mama dan papa yg melahirkan anakmu ini
- ma dan ayah (mertuaku) yg byk mengajarku erti kasih sayang dlm islam.. menjadi
kekuatan kpd diri utk lbih menyempurnakan auratku.
- amin permata hati pertama ummi.. maafkan ummi kerana tak berjaya menyusukanmu..
- iman permata hati kedua ummi.. terima kasih kerana byk membantu ummi..
- kak zana .. sumber inspirasi ku
- miza.. sumber ketabahan ku (rosmieza othman)
- Mok Yah .. pengasuh anak2ku yg sudi memanaskan susu EBM utk anakku.. memakai cloth
diaper pada anakku..
- dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn byk lagi..



ULANGTAHUN PERKAHWINAN KU YANG KE-LIMA


ALhamdulillah..
insya Allah esok, Sabtu 21 Ogos 2010 maka genaplah 5 thn ummi hidup berumahtangga dgn suami tercinta, Yusarimi bin Md Yusuf.

banyak pahit dan manis yg kami lalui dan hadapi bersama..
berhujan beribut..
berpanas dan berhujan..
berkursus dgn pljr2 sambil mendukung anak2 tersayang..

mmmmmmm..

pe2hal pun,
semoga perkahwinan ini akan berkekalan ke akhirat dan berlanjutan pulak ke syurga.
aminnnnnnnnn...

BENGKEL PENYUSUAN SUSU IBU : KEMBALI KEPADA FITRAH

Isnin, 9 Ogos 2010

KEM PERASA 2010

KEM PERASA 2010
(KEM MOTIVASI DAN KEPIMPINAN PRS DAN PELAJAR ASRAMA 2010)

TARIKH : 5 - 7 OGOS 2010
TEMPAT : DE'TERATAI BEACH RESORT
SASARAN : 20 PRS DAN 20 PELAJAR ASRAMA

LAPORAN RINGKAS PROGRAM :

1. Program berjalan dengan lancar hasil kerjasama erat guru-guru dan para peserta.
2. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah :
- Sesi pendaftaran dan pra-taklimat
- Makan tengah hari/ solat Zohor/ taklimat program/ pembahagian kumpulan
- Ice breaking 'panjat pokok kelapa'
- Pertandingan Senaman dan Regangan
- Solat Maghrib/ Isya'/ Subuh/ Tazkirah di tepi pantai
- Memperkenalkan Al-Ma'thurat
- Ceramah Motivasi
- Jungle-treking
- Sesi Perkongsian Pengalaman
- Sesi Muhasabah Tepi Pantai
- Sesi Muhasabah Malam
- Sesi Tindakan dan Penilaian Program
- Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

3. Pengalaman menarik dan istimewa :
- Menggunakan Sistem Markah mengikut kumpulan
- Sistem Bonus-Minus
- Denda penyu/ tapak sulaiman
- Sesi muhasabah pada petang Jumaat
- Sesi ceramah motivasi oleh Cikgu Musa Awang
- Sesi muhasabah oleh Ust.Zulkifli Hamzah
- Berpeluang melihat penyu belimbing bertelur

KEKUATAN/ KELEBIHAN PROGRAM

1. Sistem Markah mengikut kumpulan memudahkan peserta lebih mematuhi peraturan kem
2. Guru-guru yang proaktif
3. Kawasan pantai yang luas dan landai
4. PR pemilik resort yang baik
5. Menu guru-guru disediakan lama
6. Modul yang ringkas tapi berkesan
7. Makan tengah hari disediakan pada hari pertama

KELEMAHAN/ KEKURANGAN PROGRAM

1. Disebabkan penyelaras menghadapi masalah kesihatan anak-anak, maka terpaksa mengubahsuai modul.
2. Kurang aktiviti LDK/ Perbincangan.
3. Perlu lebih ramai guru perempuan.
4. Bas meninggalkan peserta.
5. Beberapa aspek kepimpinan tidak dapat disentuh dengan langsung :-
- kemahiran komunikasi yang berkesan
- pemimpin yang menonjol
- isu remaja

CADANGAN UNTUK MENAMBAH-BAIK PROGRAM

1. Teruskan kem sebegini pada tahun-tahun akan datang.
2. Mengurangkan masa jungle-treking untuk sesi LDK.

CABARAN NAK MENGADAKAN KEM PERASA NI:
- anak2 ummi kena penyakit HFMD.. iman plak bengkak gusi
- kak yah (pengasuh iman) cuti 2 hari
- abah pun demam/batuk
- so menyebabkan isnin terpaksa ambik cuti (minggu sebelumnya dah 1hari cuti/ stress)
- menyebabkan jugak x dapat nak taip modul LDK
- menyebabkan gantikan dengan slot ceramah Cg.Musa, jungle treking.