Laman Utama

Khamis, 29 Disember 2011

bangun awal


jam kini tepat kul 5.00 pagi

- sakni kejutkan amin bangun ke toilet.. tu pun yg dah terkencing...
mujurlah tido atas cadar special-made yg ummi rekacipta ( cadar yg dlm nya ada
pelapik/ plastik - so, kalu basah, tak la kena pada tilam/ toto)..

- konon2 nak menaip minit mesyuarat HEM...rajinnya..

banyaknya keje yg masih belum selesai..
ramai yg meramal, kot2 bersalin awal..
hadoi.. ikutkan x larat, memang x larat.
tp ikutkan keje, sangat x sanggup!

KEJE RUMAHTANGGA :

1. NAK cuci baju2 baby yg lama2 - x kan nak beli semua kan?? kena la pandai2 berjimat. tapi ada yg dah ilang pasangan. ada baju, seluar pulak ilang. sarung tgn, sarung kaki pun ilang pasangan. hahahahaha..

2. NAk cuci baju2 iman dan amin yg sepatutnya memang bersih, tp telah dipermainkan oleh cik tikus.. eeeeeeeeeeeeeeee..

3. NAK simpan barang2 dapo yg ummi dah basuh 3 ari lepas dlm tong..

4. NAK cuci pam susu. huhuhu

5. NAK simpan2 tempat menjahit dan barang2 menjahit di 1 tempat yg strategik..

6. Nak kemas bilik pakaian.. konon2 macam wardrobe (betul ke ejaan?) amber chia.. ingat, dia je ada? ummi pun ada.. hahhahahaha..


KEJE SEKOLAH

1. edit jadual prog orientasi tg.1

2. staple outreach dan file-in.

3. powerpoint presentation utk orientasi.

4. forum sham kamikaze
- nak tunggu sham confirm tarikh
- bincang baget dgn pk-ko

5. nak buat ketas keje dlm 2 minggu ni...

6. nak pilih prs

7. x ingat dah...

dan semua ni nak setel sebelum bersalin.. due 21/2/2012
agak2 sempat tak???

Rabu, 28 Disember 2011

mesyuarat awal tahun 2012

alhamdulillah hari ni dah masuk 5 hari kembali ke AMBS..

isnin - gi sekolah, sign SBPA
- gi pasar mlm, cari lauk, sayur2 dan yong tau foo

selasa - kemas dapo yg berselerak..

rabu - mesyuarat guru 1/2012 dan mesy.JKS

khamis - mesyuarat HEM (pencatat minit mesy) dan mesy.ko-kurikulum..

mujur lah ada Na, adik ipar ummi - sanggup mai ambs tolong babysit 2 org tentera ummi...
gara2 pengasuh nak bercuti ke sabah.. katanya minggu pertama sekolah..
tapi minggu ni pun dah x da rupanya.. hadoi.. nasib lah labu..

iman sekarang tengah dlm Orientasi Tak Pakai Diapers! kencing, berak dlm tandas..
dah 2 minggu rasanya..

kadang berjaya..
kadang k.o...

paling penat bila terpaksa mengemop satu ruang tamu..

target ummi, bila dah bersalin, iman dah berjaya 100% x pakai diaper - atleast siang hari dan sebelum tido malam. aminnnnnnnnnnnn...

mencabar jugak tau nak ajar anak x pakai diapers ni..
nak ajar masa hari biasa2.. penat/ payah sebab ummi keje..
terpaksa tunggu cuti sekolah panjang..

kesian iman.. di'train' masa cuti ni... maklum le musim ujan...

Khamis, 22 Disember 2011

CUTI dah nak habis...

alhamdulillah....... cuti sekolah thn ni, byk aktiviti berfaedah yg ummi berjaya buat ..
antaranya :-

- jahit kain langsir 12 keping plus, scallop.. penat pinggang rasanya.

- lebih kerap masak lunch di umah ma kebakat (umah mak mertua).. berbanding sebelum2 ni..

- beriadah dengan anak2..

sehari dua ni insya Allah dah nak balik ambs..
keje yg nak disetelkan sebelum 28 dec / mesyuarat awal tahun :-

- kemas dapo..
- ubah suai susun atur perabot di dapo.
- cuci baju baby yg lama2
- cuci pam susu
- sort baju2 anak yg lama/ simpan dalam kotak..

- gi klinik
- kerapkan baca yasin..

bila2 dimuhasabah diri, hasil dari aktiviti cuti sekolah kali ni:

- cuti rasa bermakna bila ada/ buat aktiviti yang nampak hasil kejenya..

- jgn 'pressure' sgt bila nk buat apa2 keje.. ikhlaskan hati..

- ummi lebih suka memasak di umah mak mertua b'banding umah mak sendiri - akibat persekitaran yg lebih selesa, khasnya bg ibu mengandung.. kalu kat umah mama, ummi lebih rela beli lauk siap..

- lebih selesa dok umah mak mertua - maybe sebab ada bilik sendiri.. mudah nak berehat.. walaupun umah kampung je..hmmmm..

- bila dah berkumpul ramai2 kat umah mak mertua (biras pompuan belaka, ada 3 org) - macam karenah dan personaliti.. hmmmm.. ada yg positif, ada yg negatif.. x nak kecoh2, x nak pening2 kepala; just think positif. bersangka baik. just be myself. buat yg mana larat khasnya utk diri, hubby, anak2 dan org tua! the rest, serahkan pd Allah..

Jumaat, 2 Disember 2011

saja2 cuti kelajuan broadband...



ummi, amin dan iman semasa Majlis Ihtifal Pasti (17 November 2011)

broadband ku KO lagi...

alhamdulillah dpt lah ummi nak menulis serba sikit hal2 harian ummi sepanjang cuti ni.. tapi terpaksa le tunggu anak2 tido dulu baru bleh bukak laptop..

maklumlah amin dan iman (iman la yg lebih2nya..) tengah kemaruk dengan Angry birds dan cd nasyid Alif ba Ta.. seharian depan laptop pun tak pe..

semalam dan pagi tadi, tadi gak meng'upload' foto2 kat blog ni... tp x menjadi ah.. line broadband ummi tak berapa menjadi ...

sekarang ni.. (jam 11.08 mlm) tengah berlangsung ceramah perdana di Pasti Kg.Kebakat.. disampaikan oleh YB Che Loh.. tajuk pasal Hijratul Rasul..

pagi tadi, acara memasak laksa..

selepasa solat Jumaat, kuliah muslimat di Pasti Kebakat disampaikan oleh Ustazah Mariam Omar.. best...

dah lama x gi dengar kuliah secara live..

biasanya dengar cd Ust.Azhar Idrus je..

so, ummi dah dapat green light dr abah utk gi kuliah2 muslimat yg ada kat area kebakat ni..alhamdulillah... tq abah sayang! mmmuah!

Rabu, 30 November 2011

cuti sekolah bermula..

Alhamdulillah.. dah 2 minggu cuti sekolah bermula..

cuti hanyalah cuti dari 70% keje2 sekolah..
30 % lagi persediaan untuk keje sekolah 2012 - kertas keje program dll

nama je cuti, tapi aktiviti harian pack.. almaklumlah jadi fulltime housewife..
sapa kata keje suri rumah enteng???

tak berhenti selagi mata x tido..
tak berhenti selagi si ibu/ ummi ni x duduk..

ibaratnya ada aje keje yg nak dibuatnya..

cthnya ummi sendiri:

- kalu bermastautin di umah mak mertua, bangun pagi tu - biasalah pengurusan diri.. kalu sempat, solat kejap sementara tunggu subuh.. sambil2 tu masukkan baju kotor dlm mesin basuh.. x berebut masa ni, sbb kebanyakaan tukang basuh kain yg lain sedang tido masa ni. hahahhaha..

- ngaji sikit..

- borak2 dgn abah sikit..

- kemas2 umah sikit..

- mandi

- makan nasi kerabu makcik Som... hahahahha.. aktiviti wajib ni..

- siram kain/ jemur kain...

- kat2 kul 12pm, ready masuk ofis.. kalu sebelum2 ni, ummi masuk dapo kat2 kul 1.. biasanya mak mertua la yg conquer dulu... sekarang ummi ubah plan.. ummi masuk kul 12pm.. dgn harapan, ma leh rehat.. pastu, zohor sekarang kan awal (kul 1 dah azan)... so, kalu masak awal, dlm kul 2.30pm dah bleh solat...

- disebabkan dah terbiasa keje sesi petang, x berasa lah nak tido sgt.. kalu tido tu, memang tahap letih gila ah...

- biasanya ummi mengadap mesin jahit.. sempatlah siapkan 4 keping kain langsir.. hmmm... ni ada perancangan besar ni - nak jahit langsir utk umah kat dungun tu... wah.. dah bagitau pd abah.. tapi x nak paksa2 sgt abah gi kedai kain.. sabar, sabar... kalu lah bleh pecut sendiri kereta..OPs, jgn pandang rendah ye? ummi memang bleh drive sendiri keta.. tp al-maklum leh... ibu mengandung... hehehehhehee.. sebenarnya gerun nak bawak keta kat bandar KB ni.. paling jauh pun dalam kawasan wakaf baru/ pasar je... hahahahahhaha. lawaknya...

- then asar..

- kalu rasa berat sgt pinggang, ummi baring kejap.. maklumlah sejak mengandung ni, masalah kritikal ialah sakit pinggang dah kerap nak kencing.. hadoi...

- then maghrib..

- then isya'

- makan mlm ..

- kul 10/11 tido. hahhahahahaha...

Khamis, 22 September 2011

KEM LATIHAN PRS SIRI 1

Alhamdulillah, pagi tadi 8.30-10.30am, ummi sempat la mengadakan Kem Latihan PRs setelah lama x ada pe2 aktiviti prs dari bulan 4 ari tu..

bulan april yg lepas - Kem PRS 2011 yg dilaksanakan di Kemaman.
then x da pe2 aktiviti gara2 kesibukan tugas, alahan mengandung yg amat2 tambah pulak, rasa frust tengok situasi segelintir PRS yg bermasalah..

hadoi... Allah saja Maha Mengetahui betapa sedihnya apabila org yang diharap melakukan perbuatan yg negatif.

so, setelah alahan kian menghilang, tambah pulak memikirkan diri yg bakal bersalin ujung Februari tahun depan (awal tahun tu!), so, ummi kuatkan semangat untuk kembali mengaktifkan PRS.

pagi tadi 40 org PRS Tg.1,2,4 dan 6 Bawah terlibat. sebahagian besarnya adalah Pelatih PRS yg baru melepasi sesi temuduga.

ummi berikan tempoh percubaan sebulan bermula dari hari ni hingga 23 oktober 2011.
tujuan ?
- utk tengok komitmen prs
- utk membina keyakinan diri khasnya bab komunikasi
- kesesuaian dengan tugas sbagai prs.

aktiviti tadi ?
1. Ice breaking

- buat 1 baris panjang mengikut tarikh kelahiran.
- perkenalkan diri sorang2 kat stage
- bina kumpulan dan 7 kekuatan kumpulan
- rumusan aktiviti

2. Muhasabah diri

- di mana aku sekarang?
- apa tujuan aku di sini?
- ke mana hala tuju selepas ini?
- tujuan join prs

3. Tulis Pengenalan Kepada PRS
- x sempat nak taip dan fotokopi. jawabnya kena tulis manual je lah...

rumusan kem tadi -

- kena berani dan yakin - caranya ? praktis!
- kenal maka x cinta

CADANGAN DIRI SENDIRI?

1. latih prs senior (tg4) cara2 utk kendali sesi LDK - so, leh jimat tenaga ummi. hahahahahaha..

2. buat pamplet ikut Modul
- Modul 1, 2, 3 dan lain2.

3. perlu penekanan lebih kepada :
- kemahiran komunikasi (khasnya public speaking)
- kemahiran interpesonal
- kesedaran kendiri

INSYA ALLAH..

P/S - baru makan lunch..

menu ? ikan goreng, udang masak kunyit, sotong berkuah, pucuk paku celur dan petai celur cicah budu. sedap!!!!!!!!!!!!1 alhamdulillah..

adios..

Khamis, 15 September 2011

cerita di sebalik temuduga prs

alhamdulillah ummi dah setel adakan sesi temuduga prs utk sesi 2012..

utk 2012, ummi terpaksa buat plan dari sekarang, sebab pertengahan februari thn depan insya Allah ummi akan bersalin.. moga2 panjang umur.

bilangan yg memohon kurang sikit berbanding pd awal thn ni.. awal thn hari tu, penat rasanya nak temuduga. that's why ummi mulakan tradisi adakan temuduga secara kelompok besar. sbb kebiasaannya temuduga sorang2.

kelebihan temuduga kelompok besar ni, sebenarnya nak jimat masa. dan boleh tengok keberanian dan keyakinan pelajar2 utk berucap di depan orang ramai.

ada yg sampai termenangis..
barangkali soalan yg mencuit hati kecil. khasnya berkaitan dengan family.

temuduga ari tu, ummi buat masa ujung ramadhan. kebetulan alahan dah ok sangat2.

sekarang ni tengah nak buat pemilihan.
insyaAllh minggu depan nak buat Majlis penghargaan utk prs tahun ni. sekaligus nk umum pelatih prs.

tempoh percubaan prs sebulan.

minggu depan memang sibuk -
1. majlis penghargaan prs
2. projek mengecat mural/ banner motivasi
3.bengkel kepimpinan prs tg.4 dan 6bawah.

insya Allah..

temuduga prs sesi 2012








majlis berbuka puasa di smkdm..

sori lah ye..ummi baru sempat masukkan foto program masa bulan ramadhan..
maklumlah ramadhan kali ni alahan kuat sangat.. facebook pun malas nak buka..








satu hari di pagi raya..





Khamis, 8 September 2011

selamat hari raya Aidilfitri

alhamdulillah setelah beranak 2 (4 tahun), tahun ni Ummi sempat le ke masjid utk menunaikan solat sunat hari raya... rindu rasanya nak solat hari raya..

yg terkilannya, baju raya yg ditempah dari bulan 4 tak siap... siap warna purple je.. terpaksa le cari baju ready-made.. lari budget..

apa cite ye? sbb dah lama x blogging...
ni tengah menunggu en.shahrul (org makmal) cek hardisk ummi.. mcm kena demam virus je.. Ya Allah, selamatkanlah 'mak pendrive' ku... amin... byk maklumat dlm tu..

citer lain ah..
1. ramadhan thn ni memang sgt2 mencabar.. alahan kuat.. mujur x ambil cuti tanpa gaji.. sbb rasa mcm makan gaji buta je.. so, ummi perbanyakkan sedekah - utk cover waktu bekerja yg ummi tidur/ rehat kat sekolah. update zakat. so far, alhamdulillah.

2. first time pi bank utk tukar duit raya. beratur panjang, tp efficient! cimb AMBS..

3. raya - berjaya buat nasi impit (siap kul 3.30 pagi) dan rendang ayam (as usual).

4. solat tarawikh berjaya 27/29 hari...

5. dapat info tepat tentang kewajipan meng'qadha' solat dari Ustazah Roslina.

BERIKUT PULA, PERKARA YG UMMI NAK CAPAI DALAM 2 BULAN NI - SEPT - OKTOBER :

1. Qadha' solat yg lama2 secara istiqamah
2. nak ngaji quran secara istiqmah
3. more & more home cooking!!!! save budget ma...
4. aktiviti kelab kerjaya????
5. finalise prs 2012
6. taip sijil prs dan majlis penghargaan prs.
7. lebih berdisiplin melayani suami dengan lebih konsisten. hahahahaahahahhaa. amin..
8. kurangkan moody dengan anak. marah biar bersebab!
9. banyakkan doa utk anak2, kandungan, umat Islam khasnya di Palestin.
10. tingkatkan kempen BERJIMAT CERMAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sabtu, 6 Ogos 2011

ramadhan datang lagi..

alhamdulillah..hari ni dah hari ke-7 di bulan ramadhan..
ramadhan kali ni bolehlah dikatakan antara yg paling mencabar..
almaklumlah, ummi kan tgh awal mengandung..
insya Allah minggu ni dah minggu ke-12 (3 bulan)..

ada hari ok.
ada hari tak ok.
ada hari sangat tak ok...
ya Allah...

ada hari.. muntah selepas 2 minit bersahur..
abis segala makan minum (contohnya pagi tadi)..
mujurlah sempat lagi, minum Vico dan 2 keping biskut dan 1 kurma..dan salindah B1..

bukak puasa dengan ice blended Herbalife..
so, tahan lah sikit perasaan x bleh nak makan nasi tu..

sepatutnya x bleh campur Herbalife + makanan lain.. sbb 1 shake dah bersamaan 1 meal.
tapi.. tak kesah lah.. asalkan x melanggar batasan agama. haahahahahahaha..

alahan ????
wah... memang berbeza dengan yg sebelum ni..

- berasa ada 1 ketulan di tekak.. so, nak pakai tudung pun x selesa..kena tarik lepas dari dagu..

- x leh nak bau syampu/ body syampoo anak.. baunya???? berasa busuk..

- mudah naik marah dengan anak. huhuhuhu... kesian abe amin.. dan adik iman..

- kurang nak makan nasi..

- kurang minum air masak..

- x leh tahan dengan bau busuk badan sendiri.. terpaksa tukar deodaran, bedak..

apa2hal.. doa je lah jadi kekuatan..
ya Allah, hilangkanlah alahanku ini.. amin..

Khamis, 14 Julai 2011

memang POSITIF!!!!!!!!!!!!

hehehe.. dah lama x menulis kat blog.. sibuk bercampur kurang sihat lah...
alhamdulillah getting better n better.

apa yg positif dlm hidup ummi sekarang? hahhahahaahahhaa..

1. positif mengandung.. rasanya dah 8 / 9 minggu.. tp blm buat buku klinik lagi.. alahan kuat la rasanya yg ni berbanding yg sebelum2 ni.. harap2 Allah bg kesihatan pd ummi dan baby .. aminnnn..

2. rasanya makin rapat dgn quran.. sejak tengok Tanyalah Ustaz kat tv9 minggu lepas.. ustaz syarhan dengan topik Doa dan Ubat.. byk lah ayat2 quran/ zikir yg ustaz tu share
- utk kurangkan alahan..
- utk org pompuan / senggugut/ period x stabil
- santau / sihir
- penyakit malas

3. insya Allah ahad ni akan ke SMK IZ , dungun utk terima APC - Anugerag Perkhidmatan Cemerlang 2010.. almaklum ler.. rajin giler thn lepas, ops.. alhamdulillah.. berkat kesabaran dan bantuan semua pihak tu.. hmmmm..

Jumaat, 1 Julai 2011

saja-saja..


dok di Awang Beach Resort ni.. ada Kem Memburu Jaya pelajar2 ting.3 40 org..
sambil2 bertugas, bawaklah juga tentera 2org.. amin dan iman..

makanan kat sini, best..
layanan pun best..

sebenarnya x dok point nak tulis apa.. saja2 je ni.

Selasa, 14 Jun 2011

school holiday ended..new semester starts with new hope




alhamdulillah..
dah lama x menulis..
apa cite ye?

masa cuti :-
- kena masak 1 menu utk kenduri kawin anak Mokcik Esah.. rasa mcm glemer plak. hahahaha. menu : Sambal ikan bilis rangup.

- konon nak shoping tudung dgn Na, adik ipar. jln jem giler. last2 ke Pasar Wakaf Bharu je.. ada rupanya tudung yg ber'owning' tu..


so? cite baru ummi kali ini:-

1. baru mulakan HERBALIFE.
- TP x dapat nak cite detail, sbb baru start.

2. pakai tudung ber'owning'.. hhaahahha.. gara2 Ust.Rabiah Salim..

3. 2 hari ni kena ceramah utk pelajar pompuan plak.. kebas kaki berdiri lama.

Selasa, 24 Mei 2011

penghibur hati




Cerita Baru..

cerita baru?? macam2 ada.
- ummi bekukan aktiviti PRS Sesi Pagi

- stress dengan hal kerja, family, berat badan yang meningkat dll. rasanya dekat 3 MINGGU jugak stress melanda tanpa mengetahui puncanya. sekarang? alhamdulillah dah ok dah. punca stress? hmmmmmmmm... x nak cerita ah puncanya. cumanya, Allah beri ilham menerusi lagu nasyid Rindu (Hijjaz).. rindu pada ketenangan, kebahagiaan, keamanan dll.

- minggu ni plak exams..

- last week plak Hari Guru..






foto hari guru..