maklumlah ramadhan kali ni alahan kuat sangat.. facebook pun malas nak buka..
Memaparkan catatan dengan label Kaunseling Hidupku.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kaunseling Hidupku.... Papar semua catatan
Khamis, 15 September 2011
majlis berbuka puasa di smkdm..
sori lah ye..ummi baru sempat masukkan foto program masa bulan ramadhan..
maklumlah ramadhan kali ni alahan kuat sangat.. facebook pun malas nak buka..





maklumlah ramadhan kali ni alahan kuat sangat.. facebook pun malas nak buka..
Jumaat, 4 Mac 2011
pengalaman berkhidmat di 5 buah sekolah ( 9 tahun)
Org kata, byk berjalan byklah pengalaman. ye ke?
kalu byk berpindah sekolah, apa plak kata org?
ummi pernah ditanya; '5 buah sekolah??? sama ada cemerlang dlm keje atau bermasalah kat sekolah?'
camana nak jawab tu.
"cemerlang.. x lah. belum lagi.
bermasalah kat sekolah/ keje? x penah rasanya.. apa jua yg disuruh, buat aje.."
tp memang pengalaman singkat di 5 buah sekolah ni byk memberikan pengalaman yg pahit, manis, tawar, masin dan pelbagai lagi rasa.
ringkasnya;
1. SMK VIVEKANANDA, KL (23/9/2002 - 31/12/2004)
- FIRST posting kat sini.
- sgt mencabar..tp manisnya ada - khasnya kejesama guru2 walaupun berbilang bangsa.
- walaupun perangai pelajar sgtlah mencabar, tp rasa cool sgt sbb pengurusan khasnya PK Ptg masa tu, Pn Sumam sgt lah support guru2.Guru-guru disiplin pun ok..
2. SMK VICTORIA (VI 1/1/2005 - 31/12/2005)
- PAHIT rasa nk ke VI gara2 arahan jabatan yg memerlukan GBK kat VI.
- x nak pindah sbenarnya sbb rasa happy di Vivekananda dan rasa masih sgt mentah nk beraada di VI - premier school and all boys (except Form 6).
- mujurlah ada rakan BGK yg sama2 humble walaupun lebih berusia iaitu Allahyarham Cikgu Fauzi b Yasin (meninggal pd 13 April 2005).
- sempat adakan program Kem Pengawas di Dusun Eco Resort dlm bulan 2 rasanya. tempat yg sama pd 13 April di mana Allahyarham jatuh dr Flying Fox activity.. terasa kehilangan sgt2.
- membantu isteri Allahyarham dlm mengurus pencen dsb.
- terpaksa bekerja sorang2.. menggagahkan diri.
- jujurnya, ummi kurang bermesra sgt dgn cikgu2 di VI sbb bilik kaunseling yg jauh jaraknya. kerje plak banyak. dan.. campur aduk dgn perasaan awal2 tahun yg x suka dipindahkan ke sini. hmmmmm..
- PRS ramai.. best.. Sempat adakan Explorace di asrama dan 1 lagi anjuran PRS..
- Forum Dr Pelajar kepada Pelajar.
- Career Test - yg berjaya attracted non-malay students. ramai gak! rasa kejayaan peribadi as Kaunselor Perempuan dan bujang dan muda plak tu!!! alhamdulillah.
- belajar erti kerje yg bersungguh2 kat Vi gara2 pelajar2nya yg bijak!
- pd masa yg sama, sempat plak mengubat lara di hati berkenalan dgn seorang guru dr Terengganu.. hahahahahahaha..
- yg diperkenalkan oleh Zarina, my BFF di vivekananda.
- alahai...
3. SMK Seri Rasau (1/1/2006 - 30/30/2006 -3 bln )
- dpt masuk ke Trengganu selepas kawin..
- alhamdulillah berkat solat hajat. (x main ah kabel ni. hahahahahah. ops).
- pahit sekali di sini.. x leh nak cite sbb melibatkan byk pihak. dan kot menjadi dosa plak.
- cite yg manis je ah. antaranya - Pengetua yg sporting (lupa lak namanya), PK 1 - Cg.Raja yg sgt byk bg idea, PK Hem - lupa gak namanya.
- Cg.Alwe, rakan BGK- ummi belajar berdikari dr dia.. tak kan nak bergantung pd org laki.. lagi lah i dah kawin.. pepandai lah bawak diri.
- pelajar2 yg pelbagai karenah.
- pahit2 tu.. masa minggu last nak kena pindah ke sekolah baru, barulah berasa kemesraan dr beberapa guru dan pelajar2..
- ada yg kata, ummi dpt pindah n sbb ada kabel..
- ummi jawab; mana ada kabel.. saya kat Trganu ni kenal suami saya je.. harapkan kabel elektrik je..
4. SMK Ketengah Jaya 2 @ SMK TEJA PUTRA (1/4/2006 - 31/12/2007
- Dah la culture shock ms kat Seri Rasau sbb bilangan pelajar yg sikit.
- Kat sini, lagi la terkejut.. 200 lebih je pelajarnya.
- then, kena plak latih pasukan nasyid.
- mula2 pahit, then ok.. cikgu2 sikit so lebih la mesra.
- ada gok pahitnya.. tp simpan je lah. nak share yg manis je.
- yg manisnya .. dpt hias Bilik Kaunseling.. byk gak dpt duit dr Pengetua, HJ Shamdudin.. beli tikar getah, kain langsir.. rasa sgt dihargai dan dipercayai.
- bilik guru besar.. meja pun besar..
- org ofis pun ok..
5. SMK DURIAN MAS (1/1/2008- kini 2011)
- sebenarnya, ummi lapor diri lambat.. rasanya minggu ke3 kot.. gara2 nak habiskan Minggu Orientasi dan Watikah Pelantikan PRS di Teja Putra.
- kat sini ada 2 org dah GBK - Cg.Anuwad dan Cg.Rodziah Darus (Kak Gee) yg dah pindah ke Pasir Puteh.
- byk sgt pengalaman kat sini..
- 2 kali kena buat Minggu Orientasi Ting.1 masa mengandung (2007 dan 2009).. seksa sekali khasnya 2007 ada cikgu yg x nak turun ke dewan. ummi konfran dia..
"napa Cg. Esa (bkn nama sebenar) x turun? kesian saya.."
"kan saya kata, saya x nak turun. saya x reti". jawab dia.
"ye lah.. tp kesian lah saya.. saya dah lah sarat. kena handle belaka. nak ke toilet pun x sempat. x kan Cg.Esa x da isteri..x penah mengandung?..
tak pe ah.. saya akan -" x sempat nak abiskan ayat, dia yg kata;
"apa? cikgu is nak ingat sampai bila2 ?"
ummi jawab, " x ah. saya x nak ingat sampai bila2 pengalaman ni..sbb pengalaman n pahit. tp saya akan ambik iktibarnya."
alhamdulillah, hubungan dgn cikgu berkenaan ok. tp suam2 kuku je lah.
- byk sgt lah pengalaman kat sini... yg pahit.
- yg manis je lah - adanya beberapa guru yg byk membantu.. khasnya bab feeling ni.. a shoulder to cry on.. antaranya Kak Tun, Kak Dah, Kak Bee (Ustzh Rabiah).. dan Kak Sah (KB Sains).
- ada ramai lah yg ok.. tp mereka ni yg Top 4 .. ada pe2 stress, leh share. and they care. alhamdulillah
ok ah.. byk dah cite. moga jd iktibar utk anda!!!! mmuah!
Ahad, 27 Februari 2011
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1432Hijrah/2011
Jumaat, 7 Januari 2011
minggu orientasi tingkatan 1
Isnin, 9 Ogos 2010
KEM PERASA 2010
KEM PERASA 2010
(KEM MOTIVASI DAN KEPIMPINAN PRS DAN PELAJAR ASRAMA 2010)
TARIKH : 5 - 7 OGOS 2010
TEMPAT : DE'TERATAI BEACH RESORT
SASARAN : 20 PRS DAN 20 PELAJAR ASRAMA
LAPORAN RINGKAS PROGRAM :
1. Program berjalan dengan lancar hasil kerjasama erat guru-guru dan para peserta.
2. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah :
- Sesi pendaftaran dan pra-taklimat
- Makan tengah hari/ solat Zohor/ taklimat program/ pembahagian kumpulan
- Ice breaking 'panjat pokok kelapa'
- Pertandingan Senaman dan Regangan
- Solat Maghrib/ Isya'/ Subuh/ Tazkirah di tepi pantai
- Memperkenalkan Al-Ma'thurat
- Ceramah Motivasi
- Jungle-treking
- Sesi Perkongsian Pengalaman
- Sesi Muhasabah Tepi Pantai
- Sesi Muhasabah Malam
- Sesi Tindakan dan Penilaian Program
- Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
3. Pengalaman menarik dan istimewa :
- Menggunakan Sistem Markah mengikut kumpulan
- Sistem Bonus-Minus
- Denda penyu/ tapak sulaiman
- Sesi muhasabah pada petang Jumaat
- Sesi ceramah motivasi oleh Cikgu Musa Awang
- Sesi muhasabah oleh Ust.Zulkifli Hamzah
- Berpeluang melihat penyu belimbing bertelur
KEKUATAN/ KELEBIHAN PROGRAM
1. Sistem Markah mengikut kumpulan memudahkan peserta lebih mematuhi peraturan kem
2. Guru-guru yang proaktif
3. Kawasan pantai yang luas dan landai
4. PR pemilik resort yang baik
5. Menu guru-guru disediakan lama
6. Modul yang ringkas tapi berkesan
7. Makan tengah hari disediakan pada hari pertama
KELEMAHAN/ KEKURANGAN PROGRAM
1. Disebabkan penyelaras menghadapi masalah kesihatan anak-anak, maka terpaksa mengubahsuai modul.
2. Kurang aktiviti LDK/ Perbincangan.
3. Perlu lebih ramai guru perempuan.
4. Bas meninggalkan peserta.
5. Beberapa aspek kepimpinan tidak dapat disentuh dengan langsung :-
- kemahiran komunikasi yang berkesan
- pemimpin yang menonjol
- isu remaja
CADANGAN UNTUK MENAMBAH-BAIK PROGRAM
1. Teruskan kem sebegini pada tahun-tahun akan datang.
2. Mengurangkan masa jungle-treking untuk sesi LDK.
CABARAN NAK MENGADAKAN KEM PERASA NI:
- anak2 ummi kena penyakit HFMD.. iman plak bengkak gusi
- kak yah (pengasuh iman) cuti 2 hari
- abah pun demam/batuk
- so menyebabkan isnin terpaksa ambik cuti (minggu sebelumnya dah 1hari cuti/ stress)
- menyebabkan jugak x dapat nak taip modul LDK
- menyebabkan gantikan dengan slot ceramah Cg.Musa, jungle treking.
(KEM MOTIVASI DAN KEPIMPINAN PRS DAN PELAJAR ASRAMA 2010)
TARIKH : 5 - 7 OGOS 2010
TEMPAT : DE'TERATAI BEACH RESORT
SASARAN : 20 PRS DAN 20 PELAJAR ASRAMA
LAPORAN RINGKAS PROGRAM :
1. Program berjalan dengan lancar hasil kerjasama erat guru-guru dan para peserta.
2. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah :
- Sesi pendaftaran dan pra-taklimat
- Makan tengah hari/ solat Zohor/ taklimat program/ pembahagian kumpulan
- Ice breaking 'panjat pokok kelapa'
- Pertandingan Senaman dan Regangan
- Solat Maghrib/ Isya'/ Subuh/ Tazkirah di tepi pantai
- Memperkenalkan Al-Ma'thurat
- Ceramah Motivasi
- Jungle-treking
- Sesi Perkongsian Pengalaman
- Sesi Muhasabah Tepi Pantai
- Sesi Muhasabah Malam
- Sesi Tindakan dan Penilaian Program
- Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
3. Pengalaman menarik dan istimewa :
- Menggunakan Sistem Markah mengikut kumpulan
- Sistem Bonus-Minus
- Denda penyu/ tapak sulaiman
- Sesi muhasabah pada petang Jumaat
- Sesi ceramah motivasi oleh Cikgu Musa Awang
- Sesi muhasabah oleh Ust.Zulkifli Hamzah
- Berpeluang melihat penyu belimbing bertelur
KEKUATAN/ KELEBIHAN PROGRAM
1. Sistem Markah mengikut kumpulan memudahkan peserta lebih mematuhi peraturan kem
2. Guru-guru yang proaktif
3. Kawasan pantai yang luas dan landai
4. PR pemilik resort yang baik
5. Menu guru-guru disediakan lama
6. Modul yang ringkas tapi berkesan
7. Makan tengah hari disediakan pada hari pertama
KELEMAHAN/ KEKURANGAN PROGRAM
1. Disebabkan penyelaras menghadapi masalah kesihatan anak-anak, maka terpaksa mengubahsuai modul.
2. Kurang aktiviti LDK/ Perbincangan.
3. Perlu lebih ramai guru perempuan.
4. Bas meninggalkan peserta.
5. Beberapa aspek kepimpinan tidak dapat disentuh dengan langsung :-
- kemahiran komunikasi yang berkesan
- pemimpin yang menonjol
- isu remaja
CADANGAN UNTUK MENAMBAH-BAIK PROGRAM
1. Teruskan kem sebegini pada tahun-tahun akan datang.
2. Mengurangkan masa jungle-treking untuk sesi LDK.
CABARAN NAK MENGADAKAN KEM PERASA NI:
- anak2 ummi kena penyakit HFMD.. iman plak bengkak gusi
- kak yah (pengasuh iman) cuti 2 hari
- abah pun demam/batuk
- so menyebabkan isnin terpaksa ambik cuti (minggu sebelumnya dah 1hari cuti/ stress)
- menyebabkan jugak x dapat nak taip modul LDK
- menyebabkan gantikan dengan slot ceramah Cg.Musa, jungle treking.
Jumaat, 23 Julai 2010
lagi... KEM PERMATA HATI
SEKARANG jam dah menunjukkan detik 3.49pm...
hari ke2 kem..
debaran dan kerisauan hilang..
risau kot ada yg cabut lari..
semalam budak2 seramai 44 org dan 5 fasi/urusetia PRS.. tido beramai2 dlm dewan..
malangnye x nak tido..
tapi cikgu2 relax je..
biasa ah mlm pertama kem..
so..kul 3 pg suruh budak2 tu kuar dewan..
dibawa k padang..
soal-siasat bab merokok..
Khamis, 22 Julai 2010
KEM PERMATA HATI 2010
TARIKH - 22-24 JULAI 2010 (KHAMIS, JUMAAT DAN SABTU)
TEMPAT - DEWAN SEKOLAH DAN SEKITARNYA
SASARAN - 44 PELAJAR LELAKI BERISIKO DISIPLIN
Alhamdulillah..
ada gak rezeki nak blogging... setelah 2 minggu selesainya kem memburu jaya..
Allah sahaja yang Maha Mengetahui betapa sibuknya 2 minggu kebelakangan ini..
sampai makan pun tak sempat.. mmmmm..
gitulah perjuangan..
ingat diriku sayang,
perjuangan Rasulullah lagi teruk dan mencabar..
apa yg berlaku 2 minggu ni?
1. perancangan utk KEM PERMATA HATI
- rumit gok.. sebab nak kena libatkan semua guru
- kena wak senarai tugas ajk dan guru bertugas
- kena wak taklimat.. kecut gok.. kot ayah wan join gak...
- almaklumlah....ambo ni berasa macam anak tiri sikit. huhuhuhuhuhuhuhuhu...kasihan...
- wak taklimat ko peserta kali...
2. then ada pulok kes rumit (yg x sepatutnya rumit)
- pasal komunikasi
- biasalah budak2 zaman sekarang...
- 5N - nyanging, ngengeh, ngata, ngumpat, nipu....
- bahasa terengganu tu...
- tapi tak dapatlah ummi nak cerita in detail... sebab kes rumit dan sensitif...
3. kebetulan seminggu ni ummi bertugas.
-kena round surau ( biasanya pun ummi turun gok surau)..
- tapi sebab ada nama, kena lebih ah sikit.
- tak bimbang dgn orang...
- bimbang kot ALLAH soal kat akhirat... dok buat tanggungjawab...
- apa yg ummi wak?
- mmmm.
- ummi gi kelas ke kelas (kecuali blok ting.2) - laung je kat budak2 ting.2
- kritikal budak 2d dan 1d...
- ada gok yg masih ada guru....
- hasilnya ramai bilangan di surau...
4. perjumpaaan prs dibuat setiap minggu bulan ni..
- prs pagi dah 3x perjumpaan. alhamdulillah...
- prs petang dah 2x ..alhamdulillah...
- prs pagi - ahad kul 2.30pm
- prs petang - rabu kul 11pg
TEKANAN 2 MINGGU
- ada...... banyakkkkkkkkkk...
- sampai tak ter'tension' sebab byk sangat
1. kes budak2 'menggerudi' tanah kat depan bilik kaunseling
2. kes sensitif tu
3. urusan Kem PermAta hati - tengah berlangsung ah ni..
4. nak urus PRS
5. komunikasi dengan ayahanda pengetua.. hmmm
6. komunikasi dengan rakan guru. hmmmmmmm
oooooooooooooooooooooo
nak cerita pasal KEM PERMATA HATI 2010 ah pulok.
tengah berlangsung ni..
sekarang ni kul 5.02 pagi..
iman tak nak tido...
tengah sepahkan bedak syurah ummi..
pendaftaran peserta kul 1..
then taklimat oleh kem komanden (cg.zamri malik)
- pen.KK - cg..alfian
- pen.KK 2 -cg zamri ibrahim
- penat benarnya jadi penyelaras ni.. walaupun tenaga kerja ramai (semua guru tu)..
- bila berlangsung, baru napok kelemahan dan keterlupaan...
- ada ke patut? lupa letak ajk Penginapan Konsultan?
- kena letak ramai Guru Bertugas masa waktu solat.. sian cg.fadly sorang2 (dengan kak toharah)... jasamu dikenang...
- malam tadi ummi join kejap je lah.. sebab bawak anak2...
- tapi don't worry, ummi tido kat sekolah..
- tak sanggup nak tido kat tilam empuk sendiri..
- bukan tak caya pada orang...
- tapi ni kan projek ummi..
- mujurlah ramai gok cikgu laki yang join...
Jumaat, 9 Julai 2010
KEM MEMBURU JAYA
Jumaat, 2 Julai 2010
MODUL PRS ringkas

- pelajar yang dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan menolong.
- Peka, berminat, cakna dan bersedia membantu sekolah
- BUKANNYA MENYELESAI MASALAH/ PEMBERI NASIHAT
MATLAMAT MEWUJUDKAN PASUKAN PRS DI SEKOLAH
- Membantu sekolah mengurangkan salah laku disiplin pelajar.
- Membina budaya kasih mesra dan bantu-membantu sesama pelajar
- Membentuk budaya menghormati guru, rakan dan lain-lain
- Membantu membina pelajar memiliki keyakinan diri
- Memupuk jati diri, kestabilan, toleransi dan rela membantu dalam kalangan pelajar
yang baru memasuki usia remaja
- Memupuk remaja menjadi orang dewasa yang matang

OBJEKTIF
- Membina pasukan PRS yang terlatih dalam memberi pertolongan kepada rakan-
rakan
- Melatih PRS beberapa kemahiran asas yang membolehkan mereka berkomunikasi dengan berkesan
- Membantu sekolah menangani masalah salah laku secara tak formal dengan
menggunakan pengaruh positif PRS
- Membina perkhidmatan sokongan kepada UBK bagi memenuhi keperluan dalam
perkhidmatan menolong.
.jpg)
FUNGSI DAN PERANAN PRS
- Sebagai ‘kawan yang berkesan’ dan saluran tak formal bagi kawan-kawan
mencurahkan perasaan mereka
- Sebagai ‘peninjau rasa’ kawan-kawan bagi memudahkan Guru Kaunseling
melakasanakan program yang bercorak perkembangan diri, menghalang dan
intervensi krisis.
- Menjadi ‘penghubung’ kepada PBK apabila difikirkan perlu terutama kes-kes yang
memerlukan rujukan.
MOTTO PRS
"BANTU DIRI UNTUK MEMBANTU ORANG LAIN"
Maknanya :
ETIKA PRS
- AMANAH dalam menyimpan rahsia
- MENGHORMATI HAK RAKAN-RAKAN yang berkongsi perasaan dan menerima mereka tanpa prasangka (terima tanpa syarat)
- Memberi pertolongan dengan jujur
- Fahami / tahu batasan kemampuan diri
- Menghormati sekatan agama/ peraturan sekolah/ budaya setempat
- Merujuk kes yang rumit kepada Guru Kaunseling
ASPEK PERTOLONGAN PRS SECARA FORMAL
- PROJEK TUTOR-TUTI
- PROJEK ADIK ANGKAT
- PROGRAM ORIENTASI PELAJAR
- MEMBENTUK KUMPULAN BELAJAR
- MENJADI FASILITATOR PROGRAM/ LDK
- Menyertai program/ aktiviti UBK – mengendalikan kursus kemahiran asas PRS, ceramah, bengkel, kempen, pameran, pertandingan dll.
- PROJEK KERJASAMA DENGAN PRS sekolah lain

ASPEK PERTOLONGAN PRS SECARA TIDAK FORMAL
- MENJADI KAWAN YANG PEKA DAN BERKESAN
- MENDENGAR DENGAN EMPATI DAN MEMBERI RESPON YANG MENGGALAKKAN
- MELIHAT MASALAH DENGAN OBJEKTIF
- MENJADI SALURAN MEMPEROLEH MAKLUMAT PELAJAR BAGI GURU KAUNSELING/ GURU-GURU LAIN – khasnya tentang masalah dan keperluan pelajar
SEBAGAI PRS, PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :
- pemudahcara dalam keadaan terbuka, penuh kepercayaan, selesa & empati
- menerima rakan tanpa syarat/ mengukur
- mendengar, menjelas & membantu rakan melihat beberapa alternative sebelum membuat keputusan
- memberi sokongan untuk rakan mengambil langkah yang positif
- mematuhi kerahsiaan
- menyedari bukan semua masalah boleh diselesaikan
- berbincang & membantu rakan yg menghadapi masalah harian
- memimpin rakan melihat masalah dgn lebih objektif/ jelas & menggalak mereka mencari jalan penyelesaian sendiri – supaya belajar melalui pengalaman
- merujuk kes berat kepada Guru Kaunseling & menjadi ’orang tengah’ kepada rakan untuk menemui Guru Kaunseling @ orang yg lebih arif
- menjalankan projek membantu sambil mempengaruhi rakan lain untuk melibatkan diri
- mengutamakan kesejahtraan diri dan memahami limitasi/ batasan diri untuk membantu rakan
SEBAGAI PRS, PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN ADALAH :
- mengawal, berkhutbah @ mendesak rakan tentang apa yang harus mereka lakukan
- membuat kesimpulan awal & cuba mengubah mereka
- memberi nasihat/ cadangan penyelesaian untuk diikuti
- menyelamatkan rakan dengan membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan sendiri oleh rakan
- bercerita dengan orang lain (pecah amanah/ rahsia)
- mengharapkan semua masalah boleh selesai dengan segera
- bertindak menyelesaikan masalah rakan
- menghadapi sendri masalah yang runcing sehingga mengganggu ketenteraman jiwa
- menjalankan projek bersendirian & mengenepikan PRS lain
- terlibat dengan masalah rakan secara peribadi sehingga mengganggu pelajaran dan perasaan.
- berbincang dengan rakan yang menghadapi masalah emosi mendalam (krisis)
.jpg)
Khamis, 1 Julai 2010
TINDAKAN JULAI - SEPTEMBER 2010


ALHAMDULILLAH segala pujian kepada Allah pemilik sekalian alam...
setelah 2 minggu ummi dalam dilema, kini okay.
terima kasih kepada cikgu hanishah (kak sah) yang sudi menjadi pendengar yang baik kepada diri ku ini..
hasil perbincangan semalam di sekolah, ummi menyedari bahawasanya :
1. teruskan sikap proaktif yang ada tanpa menidakkan/ merendahkan orang lain
2. redha dan bersangka baik pada teman seperjuangan
3. konsisten menjalankan sesi kaunseling
(sejak kebelakangan ni, ummi kurang klien perempuan. byk pelajar lelaki)
4. jika ada permintaan utk memotivasi pelajar, buatlah.
- jika perlu guna tenaga PRS - TRUST THEM!
- beri latihan
5. aktifkan prs -sebagai sayap kanan UBK
6. aktifkan KelaB Kerjaya - sebagai sayap kiri UBK
7. ambil peluang/ cakna pada permasalahan di asrama - buat program. sekurang2nya sekali .
8. dekati pelajar
9. tegur, JANGAN TAK TEGUR. berhikmah, insya Allah dibukakan pintu hati untuk berubah!
10. jangan bongkak, ujub diri dengan kelebihan diri yang ada. bersyukurlah! istighfar sekiranya terlintas rasa angkuh...
SO?
- SETELKAN kertas kerja PERMATA HATI
- jadual guru bertugas
- peralatan
- makluman peserta
- surat jemputan ibu bapa
- SERAH KERTAS KERJA PERASa pd HEM
- outreach?
- perjumpaan berkala PRS dan Kelab Kerjaya
- seminar AJK Asrama
- September - Kem Marathon Pecutan Lonjakan SPM
- sesi kaunseling - banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
- ketas kerja Breastfeeding

Ahad, 30 Mei 2010
syoknyer!
pas ni cuti sekolah..!!!!
jumaat nak kelik kelate insya Allah.
ahad kenduri di rumah muaz (bini abe long)
selasa - kenduri di sebelah kita pulok..
apa lagi aktiviti yg ku idam2kan?
- nak belajar jahit
- nak belajar wak kek
- nak beli mesin mee
- nak belajar wak mee dan kuetiow sendiri
ops... keje dlm minggu ni yg nak setel :-
kertas kerja Kem PRS DAN Asrama
jamuan 2d dan 3D
nak wak perjumpaan PRS kejap hari kamis ni.
Jumaat, 21 Mei 2010
cinta vs cita2 : mana yg perlu ku utamakan dulu?
cinta best.. syok...
tp ... kalu clash... gila jd,nyer...
x mustahil lingkup spm...
kesian mok ayoh aku...
x pe ah..
kalu si mamat tu memang cinta gile kat aku,
insyaAllah dia tunggu..
kalu dok...
aku cari hok lagi hensem kat U nanti.. amin..
hok lagi juruh.. amin..
hok lagi kaya.. amin...
tapi kalu mamat tu tunggu gok..
aku ok je..
tp biar ah dua2 leh masuk U...
sama2 berjaya..
sama2 leh tolong keluarga...
kalu kawin... gaji campur dua...
ada lah dlm 8000 ..jadi ah...
leh gi haji umur 30 nanti.. amin...
ok ah..
aku nak study dulu ah..
si mamat tu?
REAL LOVE CAN WAIT...
Mmmmmuah! (to myself)...
tp ... kalu clash... gila jd,nyer...
x mustahil lingkup spm...
kesian mok ayoh aku...
x pe ah..
kalu si mamat tu memang cinta gile kat aku,
insyaAllah dia tunggu..
kalu dok...
aku cari hok lagi hensem kat U nanti.. amin..
hok lagi juruh.. amin..
hok lagi kaya.. amin...
tapi kalu mamat tu tunggu gok..
aku ok je..
tp biar ah dua2 leh masuk U...
sama2 berjaya..
sama2 leh tolong keluarga...
kalu kawin... gaji campur dua...
ada lah dlm 8000 ..jadi ah...
leh gi haji umur 30 nanti.. amin...
ok ah..
aku nak study dulu ah..
si mamat tu?
REAL LOVE CAN WAIT...
Mmmmmuah! (to myself)...
CONTOH-CONTOH KES KAUNSELING REMAJA
ummi nak kongsi beberapa contoh kes kaunseling yang pernah ummi kendalikan selama 8 tahun bergelumang dlm dunia kaunseling... nama, tempat dan lain2 perkara dirahsiakan.. sekadar ringkasan .. iktibar buat kita. insya Allah.
KES 1
tekanan seorang pelajar di rumah kerana perlu melakukan pelbagai kerja rumah. ibu bapa keluar bekerja. pelajar anak sulung dan bakal menghadapi spm (semasa kes berlangsung).
HASIL PERBINCANGAN:
- pelajar menyedari peri pentingnya anak membantu meringankan bebanan ibu bapa.
- perlu pandai uruskan masa.
- perlu optimumkan penggunaan masa.
- perlu mengorbankan masa riadah/ rehat
- kejayaan kita bukannya hasil 100% usaha kita semata2.
-maybe doa si ibu di tempat kerja...
KES 2
Pelajar lelaki tingkatan 2 berbangsa india yg pernah hidup melarat di tepi2 bangunan bersama2 adik-beradik. kalu ikutkan tahun kelahiran, sepatutnya dia 17 tahun. tp sebab x dok surat beranak, so gitu lah keadaannya.
ibu bapa meninggal kerana minum arak berlebihan.
selepas meninggal, tuan rumah menghalau mereka adik-beradik..
terpaksa berumah di bawah bangunan beberapa ketika..
hilang contact dgn saudara-mara.
1 hari, ada seorang lelaki cina yg bersimpati.. tolong jejaki saudara-mara pelaajr ini.
KES 3
SUMBANG MAHRAM
pelajar ting.2 (ketika itu, maybe dah dewasa kot)... di' ' oleh abang sepupu...
ia bermula dari awal sekolah rendah..
KES 4
sumbang mahram - oleh bapa sendiri
KES 5
sumbang mahram - oleh abng tiri
KES 6
sumbang mahram - oleh abang ipar
KES 7
seorang pelajar lelaki ting.5 yang menangis menyesal kerana terlanjur menyetubuhi teman wanita yg baru dikenali, lebih tua darinya (pljr kolej swasta).
semua kawan2 pelajar ini menasihati supaya jgn berjumpa lagi dgn wanita itu.
KES 8
seorang pelajar perempuan yg bijak. tertekan dgn pandangan serong jiran-tetangga kepada keluarga. berusaha dlm pelajaran
KES 9
pelajar lelaki ting.2. sulung dr 3 beradik. ayah kawin lain.
KES 10
Cara belajar yg berkesan
SAMBUNG NANTI deh? insya Allah..
Rabu, 19 Mei 2010
SEMINAR TENTANG CINTA berakhir dgn tangis...huhuhu..





alhamdulillah setelah seminggu lebih menyiapkan slideshow... dan download video2 dan 4 hari (dr minggu lepas) mengadakan seminar ni, selesai jugak akhirnya.
walaupun tadi tetiba ummi diserang perasaan stress..
adalah yg berlaku..
adoi...
maklumlah tajuknya kontroversi : SEMINAR TENTANG CINTA.
maybe ada yg ingat, kot2 Unit Bimbingan dan Kaunseling nak ajar pljr2 pompuan cinta pd pakwe kot... adoi...
memang melenting ah tadi..
mujur x berpanjangan..
sebab nak mulakan seminar kul 3 tadi..
- Start dgn video muhasabah cinta/ terima kasih tuhan.
- slide dan ceramah ummi
- iklan - tayangan video perkembangan janin
- video bersalin.. normal...
- video sajak 2 minit (confirm nangis... sedih ....)
- slide
- video cinta dlm islam
- hukuman khalwat di indonesia
- slide
- video ayah..
Langgan:
Catatan (Atom)