Laman Utama

Memaparkan catatan dengan label susu ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label susu ibu. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Ogos 2010

BENGKEL PENYUSUAN SUSU IBU : KEMBALI KEPADA FITRAH



TARIKH : 2 OKTOBER 2010 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI - 2.OO PETANG
TEMPAT : DEWAN D'MAS PERDANA, SMK DURIAN MAS
ANJURAN : KELAB GURU DAN KAKITANGAN (KGKT) SMKDM DAN KLINIK KESIHATAN AMBS,DUNGUN
YURAN : RM 15.00

TENTATIF PROGRAM :

8.00 PAGI - PENDAFTARAN
8.30 PAGI - CERAMAH : PENYUSUAN SUSU IBU DAN ISLAM
9.30 PAGI - CERAMAH : APA ADA DALAM SUSU IBU (KAUNSELOR LAKTASI HOSP.DUNGUN)
10.30 PAGI - MINUM PAGI/ POTLUCK
11.00 PAGI - BENGKEL AMALI : LAKUKAN DENGAN BETUL
12.00 TGH - LDK (LATIHAN DLM KUMPULAN)
1.00 TGH - PENILAIAN DAN PENUTUP

CADANGAN :
- cari sponsor
- adakan cabutan bertuah
- contact NGO BF area KL/Selangor/dll utk sponsor/ dptkan bhn
- call PZN/Kaunselor Laktasi (Pn.Syarma) utk pamplet/poster
- adakan booth pameran kecil2an
- adakan booth jualan kecil2an utk meriahkan program/ budget tampung program
- cari sponsor banner - gantung di klinik
- buat pamplet promosi
- pamplet semasa program
- beg boven - tanya kak tun KOOP.. leh jimat
- sponsor sticker kereta
- cari peserta
- kalu leh sponsor banyak, maybe bleh kurangkan yuran kpada RM10.00 je
- sijil????? adoi... keje yang paling ummi tak rajin nak buat.
- LCD
- laptop
- bhn dan peralatan??? - pen/ fail/air/ gula2
- mintak sponsor majalah pa&ma - wah.. idea spontan ni....
-dlm kertas keja ummi target, 40.. tapi kak zana kata, kalu dpt 20 pun kira ok ah utk first start.. ye gok. tamak! doh ah... rasa semangat pulak.. sebab biasanya buat program utk golongan pelajar/ remaja... rasa seronok plak wak utk diri sendiri. hahaahahahahahahhaaaaaaaaaaaaaaa. ish...

apa2hal, semoga program diberkati dan dipermudahkan Allah.
dijadikan saham pahala di akhirat kelak.
amin.

Allah,
tambahkanlah bilangan wanita yg nak menyusukan anak2..
berikanlah kefahaman kpd kaum keluarga mereka/ diriku..
jadikan para suami kami sebagai penyokong..
jadikan internet sumber maklumat berguna..
murahkan rezeki kami utk beli pam susu
dan juga cloth diaper..
jadikanlah aktiviti penyusuan ini
pengerat hubungan ibu dan anak..

Allah
ampunkan kami atas kesilapan yg lalu
kelemahan diri kami
sesungguhnya kpdMU kami berserah diri.
amin..

terima kasih Allah
Alhamdulillahi rabbil a'lamin.

terima kasih kepada..
- suami ku yg sudi menyokong dan bersabar dgn karenah pelik isterimu..
- mama dan papa yg melahirkan anakmu ini
- ma dan ayah (mertuaku) yg byk mengajarku erti kasih sayang dlm islam.. menjadi
kekuatan kpd diri utk lbih menyempurnakan auratku.
- amin permata hati pertama ummi.. maafkan ummi kerana tak berjaya menyusukanmu..
- iman permata hati kedua ummi.. terima kasih kerana byk membantu ummi..
- kak zana .. sumber inspirasi ku
- miza.. sumber ketabahan ku (rosmieza othman)
- Mok Yah .. pengasuh anak2ku yg sudi memanaskan susu EBM utk anakku.. memakai cloth
diaper pada anakku..
- dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn byk lagi..



BENGKEL PENYUSUAN SUSU IBU : KEMBALI KEPADA FITRAH

Khamis, 20 Mei 2010

dilema... menyusu semasa mengandung..?


copy dari susu.com

Re: Menyusu semasa mengandung
beberapa perkara perlu anda ambil kira...

1.Anda perlu kalori dan khasiat tambahan jika anda menyusu semasa hamil. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.
2.Kebiasaannya ibu menjadi lebih penat. Dapatkan rehat secukupnya. Anda boleh melelapkan mata dengan berbaring ketika menyusukan anak anda.
3.Puting anda mungkin lebih sensitif semasa hamil. Pastikan lekapan bayi anda adalah betul. Bernafas dalam-dalam dapat mengurangkan sedikit kesakitan.
4.Anak anda tidak akan 'mencuri' kolostrum dan lain-lain khasiat daripada adiknya yang masih dalam perut jika dia menyusu, kerana badan anda tahu yang mana yang perlu didahulukan.
5.Susu badan anda mungkin akan berkurangan semasa usia kandungan 4 bulan dan rasanya juga mungkin berlainan. Semasa ini penghasilan kolostrum mungkin telah bermula. Anak anda mungkin akan berhenti sendiri menyusu badan semasa umur ini.


Jika anak anda yang sedang menyusu berusia kurang daripada setahun perhatikan pertambahan berat badannya. Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya.
Jika anda tidak berhajat untuk menyusukan anak anda selepas bayi dalam perut lahir ('tandem nursing'), maka anda perlu membuat perancangan untuk menyapihnya semasa hamil ini. Jika anda ingin menyapihnya selepas kelahiran bayi baru, mungkin dia akan merasa terganggu emosi. Cara yang biasa diamalkan, "jangan tawarkan, tetapi jangan menolak jika dia nak".


Panduan mudah lain ialah, jika semasa hamil doktor anda menasihatkan untuk anda tidak melakukan seks, maksudnya semasa ini juga anda tidak boleh menyusu badan.

Dalam Islam pula, tiada halangan untuk ibu hamil menyusukan anaknya:

Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).

Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.

Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)

Rujukan :
Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, dalam Menyusui Anak Ketika Mengandung di Blognya ilmudanulamak.blogspot.com (merujuk Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 10.)

jawapan hok lain:

Re: Menyusu semasa mengandung
Terima kasih shnurulain di atas maklumat-maklumat yang sangat berguna untuk saya dan ibu-ibu lain .


1.Anda perlu kalori dan khasiat tambahan jika anda menyusu semasa hamil. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.

Saya makan seperti biasa (nasi, lauk, sayur, buah-buahan, air) dan makan kurma, minum susu ibu mengandung, pil kalsium, obimin (ferrous fumrate, asid folik, vitamin B, vitamin C) dan fish oil.

2.Kebiasaannya ibu menjadi lebih penat. Dapatkan rehat secukupnya. Anda boleh melelapkan mata dengan berbaring ketika menyusukan anak anda.

Saya memang selalu terlelap semasa menyusu (sambil baring). Alhamdulillah saya WAHM. Kalau tak, mesti kena marah dengan bos sebab cepat letih

3.Puting anda mungkin lebih sensitif semasa hamil. Pastikan lekapan bayi anda adalah betul. Bernafas dalam-dalam dapat mengurangkan sedikit kesakitan.

Saya merasa sakit di puting ketika menyusu anak sulung semasa umur kandungan 2nd baby saya 10 minggu. Kesakitan ini berterusan selama hampir sebulan. Kadangkala saya rasa keliru samada kesakitan itu berpunca dari menyusu semasa mengandung atau kebetulan ketika itu anak saya sedang tumbuh 4 batang gigi gerahamnya, jadi dia memang selalu menggigit puting sewaktu menyusu.

5.Susu badan anda mungkin akan berkurangan semasa usia kandungan 4 bulan dan rasanya juga mungkin berlainan. Semasa ini penghasilan kolostrum mungkin telah bermula. Anak anda mungkin akan berhenti sendiri menyusu badan semasa umur ini.

Saya sendiri merasa penghasilan susu badan mulai berkurangan. Tetapi anak saya masih menyusu seperti biasa (cuma dalam tempoh yang agak lama) dan dicukupkan dengan makanan pelengkap.

Jika anda tidak berhajat untuk menyusukan anak anda selepas bayi dalam perut lahir ('tandem nursing'), maka anda perlu membuat perancangan untuk menyapihnya semasa hamil ini. Jika anda ingin menyapihnya selepas kelahiran bayi baru, mungkin dia akan merasa terganggu emosi. Cara yang biasa diamalkan, "jangan tawarkan, tetapi jangan menolak jika dia nak".

InsyaAllah saya berazam hendak tandem nursing anak-anak saya kerana sewaktu 2nd baby akan lahir nanti, anak sulung baru berumur 1 tahun 8 bulan.


RE: Balasan: [ibu] Menyusu dan mengandung

salam,
saya dulu pernah menyusu semasa mengandung anak ke-2. kalau ikut doktor, suruh stop menyusu..kalau tanya pakar pemakanan, dia org boleh, dgn syarat sang ibu mampu. kalau sang ibu tak mampu, eg: sakit2, alahan ngandung tak leh makan tu ini, maka dinasihatkan stop menyusu.
bagi diri saya, pertamanya saya perlu jaga pemakanan dan kesihatan saya. makan kena cukup dan gizi seimbang. bila kita sihat, bolehla provide susu unt anak, dan juga provide makanan berzat unt anak dlm kandungan.
alhamdulillah, saya berjaya melalui saat itu. dan anak ke-2 saya dah hampir 4 bulan dan anak pertama nak masuk 2 tahun. skrg ni, kedua2nya masih menyusu badan.
apapun, sumernya depends pd diri sang ibu.dan yg penting, kesihatan sang ibu jgn sampai terjejas. kalau terjejas, ibu sakit, anak tak dpt nyusu dan anak dlm kandungan lak tak cukup nutrient..kan susah..
akhir skali, tawakal pd Allah. niat baik, nak yg terbaik unt anak2. dah berusaha, dan berserah pd Allah. Moga Allah jaga anak dlm kandungan kita, dan pd ms yg sama rezeki susu unt anak yg sedang menyusu tetap berlimpah2.:).
wallahua'lam




Isnin, 26 April 2010

breastfeeding and internet




mesti korang tak percaya kalu ummi katakan : sambil menyusu bleh gak cek facebook/ tulis blog dan tengok tv?
hahahahahhhahaha...

itulah orang kata : nak seribu daya, x nak 1 dalih pun jadi!

harap2 iman tak pening dengan peel ummi ni...

well...
banyak sangat faedahnya internet sejak ummi pakai celcom broadband.
asalnya sejak ummi lahirkan iman thn lepas...

nak dapatkan maklumat pasal susu dan cloth diaper...
memang banyak ah maklumat tentang breastfeeding dan cd dlm internet.

tak patut ada alasan bagi career women kalu kata; x da info utk breastfeeding..
semuanya kat ujung jari.
no need books, hospitals, nurses etc.. (kalu ada lagi bagus).

alhamdulillah setakat ni ummi berjaya nyusu badan pd iman hingga ke hari n...
kesian pd amin (sulung) yg ummi gagal utk nyusu bdn...
rasanya sempat 2 minggu je kot...
apa lah ummi ni...
tak kuat semangat.
terkilan sangat..

tak pelah amin...
walau apapun, ummi mintak maaf...
ummi tetap sayangkan amin...
moga amin jd anak dan pemuda yg soleh.....



Isnin, 19 April 2010

untuk yuni (copy paste dr blog neeza)

Extracted from the course that I went yesterday.

Exclusive breastfeeding is giving your child with only breastmilk for at least 6 month:
1. without any addition with any other food or water ... checked
2. giving milk with unlimited of time ... checked
3. no pacifier or teat ...


Handling BreastMilk


Collecting and Storing Breast Milk
• Use sterile glass bottles, plastic bottles or milk storage bags made for breast milk.
• Store breast milk in 2 to 5 ounce portions to avoid wasting breast milk.
• Breast milk from different pumpings can be added together if the milk is pumped during the same 24-hour day.
• Breast milk should be chilled as soon as possible after it is pumped.
• It is normal for pumped milk to vary in color and thickness.
• Stored milk separates into layers. Cream will rise to the top as the milk warms. Mix the milk layers before feeding.
• If you are not going to use the breast milk within 48 hours after pumping, freeze the milk.

Always use freshly pumped milk first. Then use refrigerated or frozen milk by the oldest date first.
• If breast milk has a sour or strange smell, throw it away. If there is any doubt, do not use the milk.

Handling Fresh Breast Milk

• If you washed your hands well before pumping, fresh milk may remain at room temperature (no warmer than 77°F or 25°C) for use in 4 to 8 hours. If you are not going to use it, store it in the refrigerator as soon as possible.
• Refrigerate milk right away if the room, car or outside air temperature is above 77°F or 25°C. When you are away from home, use a lunch box size cooler with an ice pack to keep milk cool.

Breast Milk Storage
These guidelines are for a full-term, healthy baby. You may be given
different guidelines to follow.
• Fresh
Store at room temperature (no warmer than 77°F or 25°C) for use in 4 to 8 hours. If the temperature is higher, cool the milk right away. The milk can be stored in the refrigerator (32 to 39°F or 0 to 3.9°C) for 5 to 7 days.
• Frozen
Frozen milk can be stored for 3 months in the refrigerator freezer and 6 months in a deep freezer (0°F or –17.8°C).
Once thawed, frozen milk can be stored in the refrigerator for 24 hours.

Thawing Frozen Breast Milk
• Thaw frozen milk in a cup of warm water. This takes 5 to 10 minutes.
• You can also thaw frozen milk 8 to 12 hours or overnight in the refrigerator.
Thawed milk can remain refrigerated but should be used within 24 hours.
• Do not thaw breast milk by sitting it on the counter at room temperature.
• Do not warm breast milk in a microwave oven. It can change the breast milk and reduce the quality of the milk. Microwave ovens heat the milk unevenly to cause a chance of burning your baby’s mouth.
Do not refreeze thawed milk

Warming Breast Milk
• Remove the milk from the refrigerator just before using.
• Warm the milk by holding the container under warm running tap water or sit it in a bowl of warm water for 5 to 10 minutes.
• Rotate the bottle gently and test the warmth of the milk by placing a drop on the inside of your wrist before feeding your baby.
• Milk left over in the container after a feeding may be offered at the next feeding before discarding. Do not reheat milk that has been heated. Breast milk can safely stand at room temperature for 1 to 3 hours.
• Do not warm breast milk by sitting it on the counter at room temperature.
• Do not warm breast milk in a microwave oven. It can change the breast milk and reduce the quality of the milk. Microwave ovens heat the milk unevenly to cause a chance of burning your baby’s mouth.

Talk to your baby’s doctor or nurse if you have any questions or concerns.

Basuh corong breastpump
Pertanyaan dari Ida: Kak Neeza basuh tak corong BP setiap kali nak guna?

Jawapan Kak Neeza:
Tidak. Sebab akak Malas.. Heheheh..
In fact, I never wash my bp flanges at office except kalo terjatuh atau terasa kesangsian akan kebersihan corong tersebut. What I did is after first use (jm 9pg), dalam keadaan yang ber-install I just put the whole thing in the big tupperware and put it in the fridge. Lucky for me to have our own fridge which tak ramai orang pakai. Then, for the last session usage (jm 4.30pm), baru la dismantle the whole thingsl. Basuh kat rumah, tak basuh kat ofis - we all tak de pantry, kena basuh dalam toilet and I afraid tertinggal any parts kat toilet nanti orang buang - so to be save, basuh je kat rumah.
However, this is my style which I am so confirm that I'm not contaminating my milk. If Ida rasa doubt on your milk hygiene, don't tiru my style. Hehehehe..

And I got this from the net:

****
January 26, 2009

Q & A: Washing breast-pump parts

Q: I’ve heard that you don’t have to wash breast-pump parts between sessions because breast milk kills germs. Is that true? I pump at work and not having to wash and rinse breast-pump bottles and shields during the day would save me a ton of time, not to mention potentially embarrassing run-ins in the office bathroom.

A: What you’ve heard is partly true: Human milk is naturally anti-bacterial. “Human milk is very effective at killing bacteria for about 12 hours after it leaves the breast,” says Mary Rose Tully, director of Lactation Services at North Carolina Women and Children’s Hospitals in Chapel Hill, NC.

“But we don’t know what the effect is if it starts drying or is exposed to large amounts of pathogens,” she says. So you should wash breast-pump bottles and shields between sessions.

But if you don’t have time, place them unwashed in a clean plastic bag, such as a Ziploc, and store them in the refrigerator, Tully advises. But be sure to wash them thoroughly at least once a day when you get home.

****

Re-review Breastpumps

Sorry la entry ni lambat skit. A bit busy – maklumla dah masuk keje. Heheh..

When we aim to be a mother who wanted to supply 100% breastmilk to LO, one thing that we should concern is to buy breastpump (bp) - sebab kita adalah ibu yang bekerja sepenuh masa.
Perkara paling penting dalam membeli bp adalah kebagusan bp itu sendiri – perah-perah dapat susu (bukan menyakitkan), better be electric/battery operated bp (epump) supaya tidaklah lenguh tangan mengepam (sedar-sedar botol dah penuh), dan lagi better kalau epump yang boleh double pump – pumping both breasts in one go sebab ini boleh menjimatkan masa.

Sebelum beli bp tempoh hari, aku banyak juga buat research – which is the best bp?
IMHO, beli bp bukan la perkara enteng – sebab this particular machine will be directly involve with tissues in our body that produce milk to our child. Kalo beli yang tak bagus, bole rosak susu adipos – dan akibatnya liang susu bole tersumbat mengakibatkan mastitis.

So, let us see. Which is the best bp offered in Malaysia market?

A) Manual pump1. Avent Isis
- rata-rata mothers yang start to bf must own AI. My first bp pun AI
- sangat senang guna dan sangat senang nak dapat let-down
- cuma leceh nya, banyak parts yang nak kena cuci – kecik pulak tu – possibility nak hilang dalam sink adalah sangat tinggi
- harga dalam RM210

2. Medela Harmony*
- sangat senang jugak nak dapat letdown sebab ada 2 phase-expression
- simple built: tak banyak part untuk dicuci
- tapi ada bahagian gegelang yang agak sensitive – mudah patah
- harga dalam RM245

3. MaMCare Manual
- part pun tak banyak untuk dibasuh – 4 parts only
- ada valve untuk control laju atau perlahan tahap pengepaman
- yang tak best: tempat pemerah tu sangat ketat (boleh lenguh tangan dibuatnya) dan custom build for MaM bottle – bottle lain tak suit
- harga dalam RM240

B) E-pump (single)




1.
Medela Mini-E*
- can be operated by battery or DC
- simple built: tak berselirat dengan wayar, tube segala mala (senang untuk dibawa berjalan)
- bunyi bising macam lawnmower (tak sesuai untuk dipam di cubicle)
- built for occasional use only
- harga dalam RM450


2. iSpectra*
- this one is new in market
- can be operated by battery or DC
- bunyi a bit loud but bearable
- suction bole tahan kuat jugak
- built for occasional use only
- harga dalam RM400

3. Avent IQ Uno*
- macam Medela Mini-E : tak beselirat dengan tubing
- can be operated by battery or DC
- macam Isis, mudah nak dapat let-down
- macam Isis jugak: banyak parts nak kena cuci
- body pump located on top of if, so a bit berat – boleh lenguh gak tanga pegang pump especially kalo botol dah penuh dengan susu
- harga dalam RM700

4. Medela Swing*
- comes with 2phase-expression
- can be operated by batteries or DC
- masalah yang biasa: susu suka up masuk tubing
- harga dalam RM700

C) epump (double)


3. Avent IQ Duo*
- can be operated by DC or car adapter
- berat dalam 2.5kg
- macam Avent Isis, banyak parts nak kena pasang dan basuh
- harga dalam RM1800

4. Medela PISA
- comes with 2-phase expression
- can be operated by DC, batteries and car adapter
- berat 4kg
- harga dalam RM1700

5. Medela Freestyle
- comes with 2-phase expression
- operated fully by battery; somehow battery can be recharge using DC or car adapter (macam handphone)
- sangat kecil, berat less than 1kg
- comes with handsfree kit - so boleh handsfree while pumping
- bunyi agak loud
- not officially masuk dalam market Malaysia but can be bought at FFY, The Curve for RM2200. Kedai online pun ada: MyBreastPumpShop jual murah RM1700.

*I never use this bp. This is what I know based on googling.

So, mana yang aku ada dan pernah guna aku bagi ranking:
1. Medela Freestyle
2. Ameda Lactaline
3. Medela PISA
4. Spectra3
5. Avent Isis
6. MaMCare Manual

Kisah aku dan bp
Kalo ko perasan, aku memang banyak bertukar bp. Antara sebab nya, aku nakkan yang terbaik yang masuk dengan keperluan aku. My working hour is not just sitting 8 to 5 in the office. I have outside meetings, and I travel quite a lot too. Sebab itu penting bagi aku untuk ada bp yang ringan, able to be batteries operated, and of course double pumping. Hampir banyak tempat aku dah pernah mengepam. Just name it, I have pumped in meeting rooms, suraus, toilets (office, hotels, airports), in plane on the way to Labuan, in the car (yes, even while driving), store rooms, basically anywhere private. Mengepam sangat crucial bagi aku. Aku takan sesuka hati mengskip waktu mengepam. Semua orang tahu aku akan keluar waktu meeting untuk mengepam (even aku adalah SU pencatit minit pun aku akan keluar mengepam). Lagi pun, bagi aku aku dah beli bp mahal so kena la make full use of it.. heheheh.
Antara gadget yang bole mencepatkan proses pengepaman (dengan keadaan relaks) ialah handsfree kit. Sangat la memudahkan. Even Medela Freestyle comes with handsfree kit tapi frankly speaking handsfree dia aku tak pernah pakai - sebab aku pakai pumpinpal. Pumpinpal ni open for any double breastpump: tak kira la ko pakai Spectra3, Ameda Lactaline. Avent Duo atau Medela PISA - just sangkut dan pakai. Mudah sangat.

Aku harap review ni dapat membantu. Nanti bila dah decide nak beli yang mana satu, do let me know.. suka nak nyibuk.. heheheh :-)
Breast milk can be stored in the following ways:

freezer of 1 door fridge
freezer of 2 door fridge and deep freezer

Important:
  • Place containers at the back of the fridge and freezer where it is the coldest.
  • After the storage time has passed, throw out the breast milk.
Thawing frozen breast milk
  • Frozen breast milk that has been thawed can be kept in the fridge for 24 hours.
  • Do not refreeze breast milk once it is thawed.
use new date
Check the date on the stored breast milk. Use the container with the earliest date first.

thaw frozen breast milk
Thaw frozen breast milk by leaving it in the fridge for 4 hours OR...

under cool water
...place container under cool running water. Once it has begun to thaw, run warm water to finish thawing.

never thaw at room temperature

Never thaw at room temperature.

warm water


Warm breast milk by placing the container in a bowl of very warm water.
do not heat on stove
Do not thaw or heat breast milk on stove or in microwave. Do not refreeze breast milk once it is thawed.


Feeding tips:
  • Shake warmed breast milk and test the temperature on your wrist before using it.
  • Hold your baby when feeding expressed breast milk.
  • Make feedings an enjoyable time for you and your baby. Talk to your baby and give lots of smiles.
  • Burp your baby as needed.
  • Use warmed breast milk within 1 hour. Throw away leftover milk.




Attachment Parenting


Attachment parenting involves creating a strong bond between mother/father and the child. It is also natural mothering because it involves doing what comes natural to a mother when social and cultural influences are eliminated. Benefits can include a less fussy and happier baby and more sensitive parents.

The following are common ways to practice attachment parenting:
• Having a natural, peaceful childbirth and bonding with the baby through rooming-in at the hospital
• Breastfeeding the baby on demand as opposed to a schedule
• Answering baby's cries quickly (not letting baby "cry it out")
• Wearing the baby as much as possible using a sling or baby carrier
• Having baby with you as much as possible (avoiding baby sitters if possible)
• Having baby sleep in your bedroom (either in your bed or in a crib next to your bed) so you can respond quickly to baby and he can adjust to your sleep cycle.
• Avoiding using material items sooth baby such as pacifiers, swings, strollers, etc. By offering yourself to comfort baby, baby learns to form strong human attachments.

Ohh.. I love AP so much…

Jumaat, 9 April 2010

nape jadi begini..?







mengapa (alhamdulillah/ syukur sebenarnya) ummi berjaya gok breastfeeding sampailah ke hari ini?

- support suami ku.. walaupun kadang2 dtg jugok negative thoughts dalam pala/ rasa nak give up breastfeeding (BF), suami ummi kata jangan....

- kak zana, of course... (buddy support)

- pam yang best (Medela Free Style)... syukur ada rezeki lebih..

- berkat doa dan usaha..

- fikiran memang kena positif/ kuat

- internet!!!! banyak maklumat dlm internet... kalu dulu masa first child, ummi rasa menyesal duduk di durian mas... macam2 tak da.. tapi, kali ni, sangat ok!!!! tempat jauh bukanlah faktornya.. internet ada macam2...

- makan minum pun iye jugak...

- nursing bra... yup!!! memang perlu dalam hidup kalu nak BF!!!

- babysitter yg willing to understand...

- yg utamanyer : ALLAH YANG IZINKAN SEGALA2NYER...

Sabtu, 3 April 2010

BREASTFEEDING ON DEMAND

pagi 28 februari 2009.. di hospital dungun... iman dilahirkan..

I'd just love it!!! "Breastfeeding On Demand"...
alhamdulillah ummi berjaya menyusu badan (sepenuhnya) untuk iman sehingga ke hari ini.. dah setahun beberapa minggu dah!!!

- berkat doa dan kata2 perangsang khasnya dari Kak Zana..
- berkat sedekah...
- dorongan, support dan understanding suami ku... thanks honey...



hasilnya?
- anak ku sangat la cerdas (lasak ah maknanyer) ... lebih lasak dari abang amin...
- ummi belum 'period' lagi ah... dah 2 tahun (kalau tak salah ah) dapat solat penuh dan puasa penuh d bulan Ramadhan...
- tak risau nak makan pil perancang ke, kondom ke... hahahahhahahaha.. ops..


semoga berjaya lah hendaknya..
- insya Allah nak pregant pulok... hujung tahun n ke.. ok ke?


sayang amin...
sayang iman jugak...
jadi anak2 soleh deh?

Isnin, 24 Ogos 2009

PERSEDIAAN DAN CABARAN UNTUK BREASTFEEDING




PERSEDIAAN untuk BF (breastfeeding)..
Berdasarkan pengalaman sendiri ah ye?

- banyaakkan membaca.. masa mengandungkan yg sulung dulu, ada lah jugak membaca buku.. rasa macam confident je.. tapi gagal... rasa sangat tertekan (paling rasa nak nangis bila tengok label di tin susu @ gi klinik : SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK)... ambik masa berbulan2 gak untuk recover balik rasa bersalah dan sebagainya...

- Banyakkan membaca bahan2 di Internet.. banyak sangat! ada yang formal, ada gak yang personal.. siap ada gambar dll... best..

- banyakkan berbincang dan share bahan bacaan dengan suami.. bila si suami tahu betapa syoknya BF ni, pasti dia akan support habis2an.... thanks Abang!

- cari kawan2 yang sememangnya ada pengalaman BF secara eksklusif.. tapi bukannya bermakna tak leh kawan dengan geng2 yang campur susu... tapi untuk beri semangat, tanya2 cara untuk bagi semangat pada kita... paling penting ni! Salah satu faktor ummi berjaya BF baby iman ni, sebab sokongan kawan ah. ALHAMDULILLAH... thanks to kak Zana (May Allah blesses her). masa tengah pantang hari tu, ntah camane leh bermesej dengan dia... boleh dikatakan setiap hari ah... (sampaikan ummi set nombor handphone dia dlm list 8pax tau....)

- tanya pasal camana nak buat kalau baby nangis
- nak pam susu
- nak simpan susu

- banyakkan berdoa - mintak Allah bg kekuatan, kesabaran dan kecukupan untuk BF baby...

- banyakkan sedekah

- andai kata perlu bernazar, apa salahnya..

- oh ye, sebelum terlupa, masa awal2 pantang tu kan nurse datang kat umah kan? kalau ada masalah, tanya je @ maklum je... jangan wak malu2 @ bodoh sombong.. diorang very helpful (TAHNIAH KEPADA WARGA NURSE KLINIK KESIHATAN AMBS!!!! dan jugak nurse HOSPITAL DUNGUN)
- contohnya? masalah puting luka, camana nak buat? jawapannya - sapu je dengan air susu sendiri.
- susu tak banyak? jawapannya - banyakkan minum air masak

- biasa kan dengan rungutan tentang layanan nurse hospital kerajaan? pada ummi tak de apa2 masalah pun dengan perkara ni.. bak kata Kak Ti (kerani ofis sekolah ummi) "kadang2 masalah tu datang dari kita sendiri... demanding sangat ke... banyak songeh ke... dan sebagainya... nurse tu pun manusia biasa gak.. pepandai guna ayat"

- masa ngandung dulu, Ustazah Roslina ajar ummi baca Yasin... dlm surah yasin kan ada 7 tempat@ ayat yg berakhir dengan kalimah Mubin... so, bila abis je baca ayat (yg akhirnya mubin), berhenti jap.. niat lah apa2 dlm hati.. then baru sambung ngaji.
- antara yg ummi doa@niat - mintak selamat baby dan ummi, boleh BF baby, dapat layanan baik dari nurse, tak nak doktor lelaki, tak nak ...... (ops bahaya, tak boleh bagitau. hanya orang perempuan yg pernah bersalin je yg tahu tentang ni)

- minumlah susu Anmum sejak dari hamil lagi... or minum soya ke...

- bagi yg ada masalah inverted nipple, sejak masa hamil dah kena usahakan supaya nipple tu 'naik'...

- belilah nursing bra - hari tu gi KB Mall, ada jual kat Pacific Mall. RM 13 je.. terkejut. biasanya dlm RM 25 yg paling murah. apa lagi, ummi borong ah banyak2. yg penting, kena cepat2 cuci. kalau tak akan jadi kulat @ petik sawo (bahasa kelantan)..

- belilah pam susu... ummi pernah guna yang pam hok macam zaman dulu nyer.. sakit tangan (yg kena pam tombol merahnye), jenama Anakku (RM69).. ok jugak.. last2 ada rezeki (dapat duit kutu) ummi beli@ melabur Medela Free Style.. biasanya harga dlm Rm2300.. beli kat http://mybreastpumpshop.blogspot.com dapat lah harga murah (rm1699).. thanks aja!

- beli juga botol susu (untuk simpan susu) ada kat 20 botol gak..

- baca betul2 cara untuk simpan susu (dlm fridge, peti ais 1 pintu, peti ais 2 pintu)...

- cara nak panaskan susu (kalau ada rezeki, beli lah warmer)

- set lah dlm fikiran " AKU BOLEH!!!!!!!! "

- bg ibu2 yang bekerja, 2 minggu sebelum mula bekerja, adalah masa yang terbaik untuk ajar baby menyusu dlm botol..ops semestinya susu ibu lah jugak! tu kena pam susu!!! awal sangat, kot baby keliru puting.. confirm nak yg puting botol sebab laju. kot lewat sangat, baby dah terlalu manja. tak nak berenggang dgn ibu.. payah, sian baby sitter.. and sian baby melalak..


CABARANSaiz fonSaiz fon
- susu tak banyak masa kat hospital - banyakkan minum air masak. ada orang tua, tak bagi minum air banyak2.. kot badan gemuk kot... tapi kalau tak minum ,memang kurang sangat susu.. so, pepandai ah pikir..

- sebab tu, doalah banyak2 supaya tak perlu tinggal lama kat hospital.. sebab boleh cepat2 mengurut. so tak lah bengkak susu...

- ayat2 orang yg datang melawat... contoh? "ish, patutlah anak awak nangis, rupa2nya....." tak sanggup nak cerita... nanti ah... atau "cepat2 ajar campur susu, nanti mudah nak tinggal" sedang baby baru umur seminggu.. Ya Allah..... atau "tak yah lah nak pam susu.. kot tak larat, nak kerje lagi... nanti makin meningkat usia, tak cukup susu plak. tak terkejar dengan nak mengepamnya"... - so kena banyak2 bersabar, bersangka baik, jgn pendam sorang, kalau rasa tension, share cepat2 dgn suami... ada masa dan ketika dan jenis manusia, tak yah nak berdebat.. buat je.. tunjuk bukti bahawasanya BF ni boleh! mudah! praktikal! Takbir! ALLAHU AKBAR!!!!!

- 2 MINGGU PERTAMA adalah masa yang paling kritikal.. ikutkan pengalaman 2 orang anak.. yg sulung, umur tak cecah 2 minggu, dah campur susu.. tak tahan dengan tangis nyer, risau kot orang kata tak pandai jaga anak dll.. ish la teruknya ummi masa tu...Astaghfirullah hal adzim.. kenapa 2 minggu yg paling kritikal?
- ibu dan anak baru nak 'berkenalan'
- sama2 tak pandai (tu yg luka puting contohnya)
- susu tak banyak
- dll

- rasa tak yakin, tension dll - cari teman ah untuk share.. suami is the best person. pas tu rakan2 yg ada pengalaman BF.

-Wallahualam


NIKMATNYA DAPAT BREASTFEEDING.......................

- timbul rasa kagum dgn kebesaran Allah..
- lebih intim dgn baby..
- tak rasa jeles kalu suami tidur lena masa nak menyusu... berbanding kalu anak yg nyusu botol.. redha, bahagia dan gembira sebab pembekal susu tunggal adalah UMMI!!!!!

- tak risau kalau makan lebih pun. BF ni memang cepat lapar.. tapi Allah tu Maha Adil.. bila BF ni, mudah aje berat bdn jadi seimbang... best! syok! berat badan ummi sekarang..... ops rahsia!

- rasa bangga (bukan riak tau?) sebab dapat berbakti pada anak..

- rupa2nya ada doa dan amal yg patut kena buat semasa sedang menyusu... contohnya selawat, baca doa dll.. kalau anak yg nyusu botol??? tak terpikir plak ummi... Ya Allah, kesiannya ummi..

- anak kurang sakit..

- rasa keyakinan pd diri - tak yah nak tipu nurse masa gi temujanji ke klinik! hahhahah pecah rahsia... nak bekerja pun rasa sangat bersemangat!

- lebih bijak mengurus masa... kena lebih berdisiplin dgn masa. selepas solat zohor dan asar di sekolah, kena pam susu.

- belajar erti redha dlm pelaksanaan kerja2 rumahtangga - dulu, kalau umah tunggang langgang, tension sebab ... rasa macam tak fair... ummi je yg kena kemas rumah.. sekarang ni, ok lah sikit... nak tak kena redha, bersangka baik, 'let go' kalau tak sempat nak kemas rumah, tak lipat kain.. sebab BF exclusively....

- boleh gak share pengalaman dgn ibu2 yg lain.. sekarang ni, meriah surau guru perempuan waktu pas solat... dok mengepam... hahahhha.. ops, kami buat kerja dengan dedikasi tau? tak curi masa mengajar. guna waktu free! paling2 pun, 15 minit setiap sesi mengepam (kalau yg double pumping ahhh)

SENGSARANYA TAK BREASTFEEDING SEPENUHNYA....

- rasa bersalah pada anak.. contohnya? ummi sendiri rasa bersalah pada anak sulung... nak putar masa, tak boleh... redha je lah...

- kalau tak kena gaya, asyik tukar2 beli susu.. belum habis setin, terpaksa beli susu jenama lain.. anak tak nak minum (sulung tu minum susu BIOLAC.. jenama ERA Edar Trading .. yg ada produk Salindah).

- tension...

- awal2 tu, rasa nak nangis je..................................... sian suami nak pujuk...

- berat bdn naik.... ummi ni memang kuat makan kot... ramai gak yg selalu komen, "suka tengok Is makan, nampak selera.. nak tambah ah" ops bukannya ummi yg menambah nasi@ lauk, org tu ahhhh.... mmmm boleh ganti Maria Tunku Sabri ni...

- bila mengandung anak kedua (or yg berikutnya), rasa tak semangat nk mencuba BF.. tak nak minum susu Anmum, malas gi klinik, baca buku malas. mujurlah Allah masih sayangkan ummi.. mengutus Kak Zana untuk membantu...

- Wallahualam.

SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK

Alhamdulillah, dah hampir 6 bulan ummi berjaya susukan muhammad iman dgn susu ibu...
terima kasih yg tak terhingga buat :
- abang sayang yg veryy supportive and understanding
- pn robiah (nurse Klinik Kesihatan AMBS @ isteri cikgu anuwad) yg bagi pamplet penyusuan smasa bekerja..
- kak zana
- susuibu.com


Percayalah bahawa susu ibu itu begitu unik dan tiada tolok bandingnya. Kerana susu ibu…

1. sentiasa segar (fresh)

2. tersedia dalam suhu yang optimum

3. tersedia steril

4. tiada pencemaran

5. tersedia bila-bila masa

6. tiada tarikh luput

7. species-specific

8. susu yang paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi

9. hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak

10. mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi

11. mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim

12. mengandungi antibodi

13. mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit

14. tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi

15. mudah hadam

16. komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan

17. komposisinya berbeza mengikut umur bayi

18. komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari

19. komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)

20. mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas menyusu… dan ibu juga!)

Banyak lagi 1001 sebab dan keunikan susu ibu. Sebab itu US FDA pernah mengakui bahawa “…the exact chemical makeup of breast milk is still unknown.” Malah khasiat dan komposisi susu ibu tidak mampu ditiru oleh mana-mana susu lain di dunia! Subhanallah!


(p/s : ummi tak ingat dah, katner ummi ambik article ni. sorrry yek?)