Laman Utama

Khamis, 11 November 2010

Goals For 2011

azamku untuk tahun 2011:

1. bestnya kalu dapat gi umrah..

2. mengandung ke3

3. turunkan berar bdn - sekurangn2nya 5kg

4. aktifkan PRS

5. aktifkan kelab kerjaya

6. bykkan aktiviti motivasi kat sekolah

7. nak kemaskan rumahtangga

8. istiqamah quran, al-mathurat

9. atleast 1x minggu qiam. huhuhu

10. aktifkan prgram Brestfeeding.

insyaallah..

my achievements of 2010.. My Way

alhamdulillah rasanya byk sgt yang ummi dapat buat/ pelajari tahun ni.. sama ada hal rumahtangga mahupun kerjaya. semua ini x kan berhasil tanpa izin dan rahmat Allah swt, izin suami tercinta dan sokongan rakan2 yang senantiasa x jemu2 memberikan galakan. alhamdulillah.

antaranya :-

RUMAHTANGGA/ PERIBADI/ KELUARGA

1. berjaya menyusu badan secara ekslusif pd iman.

2. berjaya adakan Bengkel Penyusuan Susu Ibu last oktober.

3. papa dan mama dah balik semula ke kelantan.

4. makin rapat dgn Tiey, biras ku.

5. dapat biras baru, Kak Long. mmm, masih dlm proses perkenalan.. susah sbb balik jarang2 ke kelate. insyaAllah soon.

6. belajar masak ayam kuzi..

7. awal tahun berjaya lah dpt berat bdn seimbang. kini? perlu kurangkan makan lah..

8. lebih mesra dgn amin, anak sulungku. amin lebih rapat dgn abah dan tok ayahnya. lebih kerap tido dgn abah berbanding dgn ummi. mmmmmm...

9. dpt share pengalaman kat blog.. gantian diari..

10. buka akaun facebook.. jumpa kawan2 lama/ sedara2 ..

KERJAYA :

1. Minggu Orientasi Tg.1

2. Prog.Re-orientasi Tg.2

3. Seminar Tentang Cinta (PROMISE)

4. Seminar Pengayaan Adab

5. KEM PERMATA HATI

6. KEM MUTIARA

7. Program Memasak Kek/ kuih siput - Kelab Kerjaya

8. PRS Aktif!!!!! aktiviti bimbingan berkala - 12 kali!!!!!!

9. KEM PERASA - PRS DAN PELAAJR ASRAMA di De-Teratai. best!

10. kenali pelajr2 lelaki bermasalah disiplin

Jumaat, 15 Oktober 2010

40 puluh hari tidak blogging.. oh..

alhamdulillah.. setelah sekian lama ummi menyepikan diri, kini ada rezeki nak menulis.
sibuk memanjang.. sejak bukak sekolah cuti semester/ raya hingga lah ke hari ni. alhamdulillah. itu tandanya badan sihat, otak cergas.

di rumah ummi sibuk :-
- dengan urusan harian..
- rutin biasa je.. tp perlukan kesabaran, keikhlasan dan ketenangan.
- melayan karenah 2 tentera muhajirin dan ansar..
- mengemas rumah
- hari ni ummi ngemas bilik tido. semalam tengok rancangan OPrah.. tajuk best! Clean Up Your Messy House!
- Tips utk mengemas rumah - atleast 15 minit sehari untuk kerja kemas-mengemas.
- buang barang yg x perlu/ sampah
- recyle @ derma barang2 lama yg bleh digunapakai.

- utk memudahkan kerja baju2 anak, ummi sidai dgn hanger belaka.
- amin dan iman pun dah pandai pilih baju sendiri.
- tak lah tension nk lipat baju..
- cuma kena lipat cloth diaper je.


di sekolah plak:-

- awal2 buka cuti, ummi adakan Bengkel Penyusuan Susu Ibu
- then 6 hari berturut2, ummi adakan plak SEMINAR PENGAYAAN ADAB, MOTIVASI, POTENSI DAN IMEJ DIRI- utk pljr Tg.1,2
- Buat 2 kelas serentak/ 2 jam.
- Alhamdulillah berjalan dgn baik..
- puas hati sbb dpt kawal keadaan/ disiplin/ ummi sembur je kalu ada yg peel teruk.
- pedas, tp Lillahi Taala.

- minggu depan plak, cadangnya nak buat KEM MUTIARA - utk pelajar2 cemerlang/ sederhana cemerlang akademik tp sahsiah/disiplin baik. 2 hari.
- kertas keje lulus.
- tp byk lagi blm setel.

- modul
- nak train fasi guru dan pljr
- outreach

apa2hal, ummi suka dengan kesibukan ini...
berapa diri ni berguna
tension ada gok. tp redha. sbb ini jln yg ummi nak/pilih.
harap2 leh jadi saham utk ke syurga.
amin.

Sabtu, 2 Oktober 2010

CERITA-CERITI SEBULAN BERAYA

ALHAMDULILLAH..

dah hampir sebulan ummi x menulis di blog. sekadar jengah2 je..
apa ye yg berlaku sepanjang sebulan n?

- sempat berpuasa beberapa hari di kg - umah mama dan ma kebakat
- belajar wak ayam masak kuzi
- masak nasi lemak kat kebakat
- masak nasi ayam

- internet kat kg, sangatlah slow..
- memang cuti sakan ah..

then bukak sekolah sampai lah ke hari ni..sibuk setelkan urusan/ kerje utk BENGKEL PENYUSUAN SUSU IBU.. selesai kul 2 tadi. besT

Jumaat, 20 Ogos 2010

logo..

BENGKEL PENYUSUAN SUSU IBU : KEMBALI KEPADA FITRAH



TARIKH : 2 OKTOBER 2010 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI - 2.OO PETANG
TEMPAT : DEWAN D'MAS PERDANA, SMK DURIAN MAS
ANJURAN : KELAB GURU DAN KAKITANGAN (KGKT) SMKDM DAN KLINIK KESIHATAN AMBS,DUNGUN
YURAN : RM 15.00

TENTATIF PROGRAM :

8.00 PAGI - PENDAFTARAN
8.30 PAGI - CERAMAH : PENYUSUAN SUSU IBU DAN ISLAM
9.30 PAGI - CERAMAH : APA ADA DALAM SUSU IBU (KAUNSELOR LAKTASI HOSP.DUNGUN)
10.30 PAGI - MINUM PAGI/ POTLUCK
11.00 PAGI - BENGKEL AMALI : LAKUKAN DENGAN BETUL
12.00 TGH - LDK (LATIHAN DLM KUMPULAN)
1.00 TGH - PENILAIAN DAN PENUTUP

CADANGAN :
- cari sponsor
- adakan cabutan bertuah
- contact NGO BF area KL/Selangor/dll utk sponsor/ dptkan bhn
- call PZN/Kaunselor Laktasi (Pn.Syarma) utk pamplet/poster
- adakan booth pameran kecil2an
- adakan booth jualan kecil2an utk meriahkan program/ budget tampung program
- cari sponsor banner - gantung di klinik
- buat pamplet promosi
- pamplet semasa program
- beg boven - tanya kak tun KOOP.. leh jimat
- sponsor sticker kereta
- cari peserta
- kalu leh sponsor banyak, maybe bleh kurangkan yuran kpada RM10.00 je
- sijil????? adoi... keje yang paling ummi tak rajin nak buat.
- LCD
- laptop
- bhn dan peralatan??? - pen/ fail/air/ gula2
- mintak sponsor majalah pa&ma - wah.. idea spontan ni....
-dlm kertas keja ummi target, 40.. tapi kak zana kata, kalu dpt 20 pun kira ok ah utk first start.. ye gok. tamak! doh ah... rasa semangat pulak.. sebab biasanya buat program utk golongan pelajar/ remaja... rasa seronok plak wak utk diri sendiri. hahaahahahahahahhaaaaaaaaaaaaaaa. ish...

apa2hal, semoga program diberkati dan dipermudahkan Allah.
dijadikan saham pahala di akhirat kelak.
amin.

Allah,
tambahkanlah bilangan wanita yg nak menyusukan anak2..
berikanlah kefahaman kpd kaum keluarga mereka/ diriku..
jadikan para suami kami sebagai penyokong..
jadikan internet sumber maklumat berguna..
murahkan rezeki kami utk beli pam susu
dan juga cloth diaper..
jadikanlah aktiviti penyusuan ini
pengerat hubungan ibu dan anak..

Allah
ampunkan kami atas kesilapan yg lalu
kelemahan diri kami
sesungguhnya kpdMU kami berserah diri.
amin..

terima kasih Allah
Alhamdulillahi rabbil a'lamin.

terima kasih kepada..
- suami ku yg sudi menyokong dan bersabar dgn karenah pelik isterimu..
- mama dan papa yg melahirkan anakmu ini
- ma dan ayah (mertuaku) yg byk mengajarku erti kasih sayang dlm islam.. menjadi
kekuatan kpd diri utk lbih menyempurnakan auratku.
- amin permata hati pertama ummi.. maafkan ummi kerana tak berjaya menyusukanmu..
- iman permata hati kedua ummi.. terima kasih kerana byk membantu ummi..
- kak zana .. sumber inspirasi ku
- miza.. sumber ketabahan ku (rosmieza othman)
- Mok Yah .. pengasuh anak2ku yg sudi memanaskan susu EBM utk anakku.. memakai cloth
diaper pada anakku..
- dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn byk lagi..



ULANGTAHUN PERKAHWINAN KU YANG KE-LIMA


ALhamdulillah..
insya Allah esok, Sabtu 21 Ogos 2010 maka genaplah 5 thn ummi hidup berumahtangga dgn suami tercinta, Yusarimi bin Md Yusuf.

banyak pahit dan manis yg kami lalui dan hadapi bersama..
berhujan beribut..
berpanas dan berhujan..
berkursus dgn pljr2 sambil mendukung anak2 tersayang..

mmmmmmm..

pe2hal pun,
semoga perkahwinan ini akan berkekalan ke akhirat dan berlanjutan pulak ke syurga.
aminnnnnnnnn...

BENGKEL PENYUSUAN SUSU IBU : KEMBALI KEPADA FITRAH

Isnin, 9 Ogos 2010

KEM PERASA 2010

KEM PERASA 2010
(KEM MOTIVASI DAN KEPIMPINAN PRS DAN PELAJAR ASRAMA 2010)

TARIKH : 5 - 7 OGOS 2010
TEMPAT : DE'TERATAI BEACH RESORT
SASARAN : 20 PRS DAN 20 PELAJAR ASRAMA

LAPORAN RINGKAS PROGRAM :

1. Program berjalan dengan lancar hasil kerjasama erat guru-guru dan para peserta.
2. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah :
- Sesi pendaftaran dan pra-taklimat
- Makan tengah hari/ solat Zohor/ taklimat program/ pembahagian kumpulan
- Ice breaking 'panjat pokok kelapa'
- Pertandingan Senaman dan Regangan
- Solat Maghrib/ Isya'/ Subuh/ Tazkirah di tepi pantai
- Memperkenalkan Al-Ma'thurat
- Ceramah Motivasi
- Jungle-treking
- Sesi Perkongsian Pengalaman
- Sesi Muhasabah Tepi Pantai
- Sesi Muhasabah Malam
- Sesi Tindakan dan Penilaian Program
- Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

3. Pengalaman menarik dan istimewa :
- Menggunakan Sistem Markah mengikut kumpulan
- Sistem Bonus-Minus
- Denda penyu/ tapak sulaiman
- Sesi muhasabah pada petang Jumaat
- Sesi ceramah motivasi oleh Cikgu Musa Awang
- Sesi muhasabah oleh Ust.Zulkifli Hamzah
- Berpeluang melihat penyu belimbing bertelur

KEKUATAN/ KELEBIHAN PROGRAM

1. Sistem Markah mengikut kumpulan memudahkan peserta lebih mematuhi peraturan kem
2. Guru-guru yang proaktif
3. Kawasan pantai yang luas dan landai
4. PR pemilik resort yang baik
5. Menu guru-guru disediakan lama
6. Modul yang ringkas tapi berkesan
7. Makan tengah hari disediakan pada hari pertama

KELEMAHAN/ KEKURANGAN PROGRAM

1. Disebabkan penyelaras menghadapi masalah kesihatan anak-anak, maka terpaksa mengubahsuai modul.
2. Kurang aktiviti LDK/ Perbincangan.
3. Perlu lebih ramai guru perempuan.
4. Bas meninggalkan peserta.
5. Beberapa aspek kepimpinan tidak dapat disentuh dengan langsung :-
- kemahiran komunikasi yang berkesan
- pemimpin yang menonjol
- isu remaja

CADANGAN UNTUK MENAMBAH-BAIK PROGRAM

1. Teruskan kem sebegini pada tahun-tahun akan datang.
2. Mengurangkan masa jungle-treking untuk sesi LDK.

CABARAN NAK MENGADAKAN KEM PERASA NI:
- anak2 ummi kena penyakit HFMD.. iman plak bengkak gusi
- kak yah (pengasuh iman) cuti 2 hari
- abah pun demam/batuk
- so menyebabkan isnin terpaksa ambik cuti (minggu sebelumnya dah 1hari cuti/ stress)
- menyebabkan jugak x dapat nak taip modul LDK
- menyebabkan gantikan dengan slot ceramah Cg.Musa, jungle treking.

Khamis, 29 Julai 2010

menjelang ulangtahun perkahwinan ke-5





Alhamdulillah..
segala puji pada Allah.

BERSYUKur kerana:-
- dikurnai seorang suami yg penyayang pada diri dan anak2
- cakna jugak pada ibu bapa nya..
- tegas bila menegur
- suka bergurau - walaupun kadang2 over sangat
- hensem (HAHAHAHHA)
- bleh diajak berunding..
- banyak menegur ummi perihal adab2 dgn orang tua.. almaklumlah ummi ni orang KL yg tak pandai bersosial

bersyukur gok :-
- dikurnai sepasang anak lelaki yg aktif (sangat!)
- sihat
- suka makan aiskrim/ abc yg abahnya buat.
- comel

dan ................
banyak lagi kurniaanMU Allah.
thank you ALLAH..

sehari selepas stress



alhamdulillah..
sekarang ni dah 11.01 malam...

siang tadi,
- anta amin ke sekolah
- ambik iman
- makan nasi lemak
- tido dengan iman..
- mandi/ bersiap ke skolah

- kul 12.30-1.30 pm - siapkan kerje bertulis di bilik Kak Sah (KB Sains& Math)
- 1.30-3.00 - dok di bilik PK Ptg - kes pljr laki katok pljr puan/ parents pljr dtg/ pebincangan dgn HEM dan warden
- 3.00 - solat (adoi... lewatnye solat zohor tadi...)
- 3.30 - 4.30 - di bilik PK Petang - kes pljr laki .... (rahsia)
- 4.30 - lunch+tea break dgn PK Ptg
- 5.00 - borak jap dgn Ustzh Rabiah..
- 5.30 - asar
- 5.45 - siapkan buku rekod/ ziarah bilik kaunseling

- balik umah - first thing seperti biasa ummi pam susu.. dapatlah 4 oz.. (penat/ stress.. kuranglah susu)..

- solat maghrib berjemaah dengan suami... sambil2 anak ummi dok bergurau 2 beradik..
- try lipstik baru beli dari roziyana.. jenama cosway..
- hari tu beli blusher, eyeliner dan eye shadow... sekadar utk berhias depan suami tercinta...heheheheheheheheeeeeeeeeeee

Rabu, 28 Julai 2010

aku dan stress


alhamdulillah hari ni rabu 28 julai 2010 jam 5.00 petang.
sejak cuti sekolah yg lalu (4 minggu) langsung x berhenti dari kesibukan kerja.

- Motivasi 3rk dan 3ir
- Kem Memburu Jaya
- perjumpaan mingguan dgn PRS - 2x seminggu (coz asing pagi dan petang)
- Kem Permata Hati 2010
- ni plak Kem PERASA minggu depan (langsung x prepare pe2 pun lagi)
- kes2 kaunseling yg byk. Allahu akbar. berikan aku kekuatan, Ya Allah.

semalam klimaks bagi ummi dgn stres kerja.
x dpt nak tahan..
berehat kat bilik ketua bidang Sains dan Math, kak sah..

so?
lepas hantar amin ke sekolah, ummi ambik iman.
ziarah kak Roh, jiran depan rumah..

then balik makan nasi..

then tido dgn iman dari kul 11 pgi - 1.30 ptg...

bangun basuh pinggan mangkuk dan botol2 susu.

solat..

sambil2 tu didihkan dadih..

makan nasi lemak dan roti canai dan air sunquick..

am i destress already?
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm....

Ya Allah,
bawalah pergi kekusutan dan keserabutan dlm diri hambaMu ini.
gantikanlah ia dengan ketenangan dan kekuatan.
amin...





Jumaat, 23 Julai 2010

lagi... KEM PERMATA HATI

SEKARANG jam dah menunjukkan detik 3.49pm...
hari ke2 kem..
debaran dan kerisauan hilang..
risau kot ada yg cabut lari..

semalam budak2 seramai 44 org dan 5 fasi/urusetia PRS.. tido beramai2 dlm dewan..
malangnye x nak tido..
tapi cikgu2 relax je..
biasa ah mlm pertama kem..

so..kul 3 pg suruh budak2 tu kuar dewan..
dibawa k padang..

soal-siasat bab merokok..

Khamis, 22 Julai 2010

KEM PERMATA HATI 2010

TARIKH - 22-24 JULAI 2010 (KHAMIS, JUMAAT DAN SABTU)
TEMPAT - DEWAN SEKOLAH DAN SEKITARNYA
SASARAN - 44 PELAJAR LELAKI BERISIKO DISIPLIN

Alhamdulillah..
ada gak rezeki nak blogging... setelah 2 minggu selesainya kem memburu jaya..

Allah sahaja yang Maha Mengetahui betapa sibuknya 2 minggu kebelakangan ini..
sampai makan pun tak sempat.. mmmmm..
gitulah perjuangan..

ingat diriku sayang,
perjuangan Rasulullah lagi teruk dan mencabar..

apa yg berlaku 2 minggu ni?
1. perancangan utk KEM PERMATA HATI
- rumit gok.. sebab nak kena libatkan semua guru
- kena wak senarai tugas ajk dan guru bertugas
- kena wak taklimat.. kecut gok.. kot ayah wan join gak...
- almaklumlah....ambo ni berasa macam anak tiri sikit. huhuhuhuhuhuhuhuhu...kasihan...

- wak taklimat ko peserta kali...

2. then ada pulok kes rumit (yg x sepatutnya rumit)
- pasal komunikasi
- biasalah budak2 zaman sekarang...
- 5N - nyanging, ngengeh, ngata, ngumpat, nipu....
- bahasa terengganu tu...
- tapi tak dapatlah ummi nak cerita in detail... sebab kes rumit dan sensitif...

3. kebetulan seminggu ni ummi bertugas.
-kena round surau ( biasanya pun ummi turun gok surau)..
- tapi sebab ada nama, kena lebih ah sikit.
- tak bimbang dgn orang...
- bimbang kot ALLAH soal kat akhirat... dok buat tanggungjawab...
- apa yg ummi wak?
- mmmm.
- ummi gi kelas ke kelas (kecuali blok ting.2) - laung je kat budak2 ting.2
- kritikal budak 2d dan 1d...
- ada gok yg masih ada guru....
- hasilnya ramai bilangan di surau...

4. perjumpaaan prs dibuat setiap minggu bulan ni..
- prs pagi dah 3x perjumpaan. alhamdulillah...
- prs petang dah 2x ..alhamdulillah...
- prs pagi - ahad kul 2.30pm
- prs petang - rabu kul 11pg


TEKANAN 2 MINGGU

- ada...... banyakkkkkkkkkk...
- sampai tak ter'tension' sebab byk sangat

1. kes budak2 'menggerudi' tanah kat depan bilik kaunseling

2. kes sensitif tu

3. urusan Kem PermAta hati - tengah berlangsung ah ni..

4. nak urus PRS

5. komunikasi dengan ayahanda pengetua.. hmmm

6. komunikasi dengan rakan guru. hmmmmmmm

oooooooooooooooooooooo
nak cerita pasal KEM PERMATA HATI 2010 ah pulok.

tengah berlangsung ni..
sekarang ni kul 5.02 pagi..
iman tak nak tido...
tengah sepahkan bedak syurah ummi..

pendaftaran peserta kul 1..
then taklimat oleh kem komanden (cg.zamri malik)
- pen.KK - cg..alfian
- pen.KK 2 -cg zamri ibrahim

- penat benarnya jadi penyelaras ni.. walaupun tenaga kerja ramai (semua guru tu)..
- bila berlangsung, baru napok kelemahan dan keterlupaan...
- ada ke patut? lupa letak ajk Penginapan Konsultan?
- kena letak ramai Guru Bertugas masa waktu solat.. sian cg.fadly sorang2 (dengan kak toharah)... jasamu dikenang...

- malam tadi ummi join kejap je lah.. sebab bawak anak2...
- tapi don't worry, ummi tido kat sekolah..
- tak sanggup nak tido kat tilam empuk sendiri..
- bukan tak caya pada orang...
- tapi ni kan projek ummi..
- mujurlah ramai gok cikgu laki yang join...

Jumaat, 9 Julai 2010

KEM MEMBURU JAYA


kem berlangsung pd 8-10 julai 2010 di awang beach resort..
ilang skit stress tentang hal keje..
tp still terpikir hal budak2 kat sekolah. mmmmmmmmmmm..
byk kes..
byk incident yg berlaku..
hari rabu lepas 5 sesi kaunseling/ bimbingan/ konsultasi...
tu yg semalam , rasa sgt exhausted...











Selasa, 6 Julai 2010

musibah di kala cerahnya mentari

sepatutnya hari ni ummi kena gi paka, rumbia villa utk taklimat/ kursus maklumat program pengajian MARA,,,, tapi terpaksa pulang sekerat jalan...
gara-gara..

Jumaat, 2 Julai 2010

MODUL PRS ringkas






SIAPA ITU PRS

- pelajar yang dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan menolong.
- Peka, berminat, cakna dan bersedia membantu sekolah
- BUKANNYA MENYELESAI MASALAH/ PEMBERI NASIHAT

MATLAMAT MEWUJUDKAN PASUKAN PRS DI SEKOLAH

- Membantu sekolah mengurangkan salah laku disiplin pelajar.
- Membina budaya kasih mesra dan bantu-membantu sesama pelajar
- Membentuk budaya menghormati guru, rakan dan lain-lain
- Membantu membina pelajar memiliki keyakinan diri
- Memupuk jati diri, kestabilan, toleransi dan rela membantu dalam kalangan pelajar
yang baru memasuki usia remaja
- Memupuk remaja menjadi orang dewasa yang matang


OBJEKTIF

- Membina pasukan PRS yang terlatih dalam memberi pertolongan kepada rakan-
rakan
- Melatih PRS beberapa kemahiran asas yang membolehkan mereka berkomunikasi dengan berkesan
- Membantu sekolah menangani masalah salah laku secara tak formal dengan
menggunakan pengaruh positif PRS
- Membina perkhidmatan sokongan kepada UBK bagi memenuhi keperluan dalam
perkhidmatan menolong.



FUNGSI DAN PERANAN PRS

- Sebagai ‘kawan yang berkesan’ dan saluran tak formal bagi kawan-kawan
mencurahkan perasaan mereka
- Sebagai ‘peninjau rasa’ kawan-kawan bagi memudahkan Guru Kaunseling
melakasanakan program yang bercorak perkembangan diri, menghalang dan
intervensi krisis.
- Menjadi ‘penghubung’ kepada PBK apabila difikirkan perlu terutama kes-kes yang
memerlukan rujukan.

MOTTO PRS

"BANTU DIRI UNTUK MEMBANTU ORANG LAIN"

Maknanya :

“PRS perlu lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dapat meningkatkan POTENSI diri. Setelah itu, barulah PRS dapat membantu rakan-rakan lain supaya dapat mencapai dan menikmati apa yang dialami oleh PRS”.

ETIKA PRS

- AMANAH dalam menyimpan rahsia

- MENGHORMATI HAK RAKAN-RAKAN yang berkongsi perasaan dan menerima mereka tanpa prasangka (terima tanpa syarat)

- Memberi pertolongan dengan jujur

- Fahami / tahu batasan kemampuan diri

- Menghormati sekatan agama/ peraturan sekolah/ budaya setempat

- Merujuk kes yang rumit kepada Guru Kaunseling


ASPEK PERTOLONGAN PRS SECARA FORMAL

  1. PROJEK TUTOR-TUTI

  1. PROJEK ADIK ANGKAT
  2. PROGRAM ORIENTASI PELAJAR
  3. MEMBENTUK KUMPULAN BELAJAR
  4. MENJADI FASILITATOR PROGRAM/ LDK
  5. Menyertai program/ aktiviti UBK – mengendalikan kursus kemahiran asas PRS, ceramah, bengkel, kempen, pameran, pertandingan dll.
  6. PROJEK KERJASAMA DENGAN PRS sekolah lain

ASPEK PERTOLONGAN PRS SECARA TIDAK FORMAL

  1. MENJADI KAWAN YANG PEKA DAN BERKESAN
  2. MENDENGAR DENGAN EMPATI DAN MEMBERI RESPON YANG MENGGALAKKAN
  3. MELIHAT MASALAH DENGAN OBJEKTIF
  4. MENJADI SALURAN MEMPEROLEH MAKLUMAT PELAJAR BAGI GURU KAUNSELING/ GURU-GURU LAIN – khasnya tentang masalah dan keperluan pelajar

SEBAGAI PRS, PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

  1. pemudahcara dalam keadaan terbuka, penuh kepercayaan, selesa & empati
  2. menerima rakan tanpa syarat/ mengukur
  3. mendengar, menjelas & membantu rakan melihat beberapa alternative sebelum membuat keputusan
  4. memberi sokongan untuk rakan mengambil langkah yang positif
  5. mematuhi kerahsiaan
  6. menyedari bukan semua masalah boleh diselesaikan
  7. berbincang & membantu rakan yg menghadapi masalah harian
  8. memimpin rakan melihat masalah dgn lebih objektif/ jelas & menggalak mereka mencari jalan penyelesaian sendiri – supaya belajar melalui pengalaman
  9. merujuk kes berat kepada Guru Kaunseling & menjadi ’orang tengah’ kepada rakan untuk menemui Guru Kaunseling @ orang yg lebih arif
  10. menjalankan projek membantu sambil mempengaruhi rakan lain untuk melibatkan diri
  11. mengutamakan kesejahtraan diri dan memahami limitasi/ batasan diri untuk membantu rakan

SEBAGAI PRS, PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

  1. mengawal, berkhutbah @ mendesak rakan tentang apa yang harus mereka lakukan
  2. membuat kesimpulan awal & cuba mengubah mereka
  3. memberi nasihat/ cadangan penyelesaian untuk diikuti
  4. menyelamatkan rakan dengan membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan sendiri oleh rakan
  5. bercerita dengan orang lain (pecah amanah/ rahsia)
  6. mengharapkan semua masalah boleh selesai dengan segera
  7. bertindak menyelesaikan masalah rakan
  8. menghadapi sendri masalah yang runcing sehingga mengganggu ketenteraman jiwa
  9. menjalankan projek bersendirian & mengenepikan PRS lain
  10. terlibat dengan masalah rakan secara peribadi sehingga mengganggu pelajaran dan perasaan.
  11. berbincang dengan rakan yang menghadapi masalah emosi mendalam (krisis)


Khamis, 1 Julai 2010

TINDAKAN JULAI - SEPTEMBER 2010




ALHAMDULILLAH segala pujian kepada Allah pemilik sekalian alam...
setelah 2 minggu ummi dalam dilema, kini okay.
terima kasih kepada cikgu hanishah (kak sah) yang sudi menjadi pendengar yang baik kepada diri ku ini..

hasil perbincangan semalam di sekolah, ummi menyedari bahawasanya :

1. teruskan sikap proaktif yang ada tanpa menidakkan/ merendahkan orang lain
2. redha dan bersangka baik pada teman seperjuangan
3. konsisten menjalankan sesi kaunseling
(sejak kebelakangan ni, ummi kurang klien perempuan. byk pelajar lelaki)

4. jika ada permintaan utk memotivasi pelajar, buatlah.
- jika perlu guna tenaga PRS - TRUST THEM!
- beri latihan

5. aktifkan prs -sebagai sayap kanan UBK

6. aktifkan KelaB Kerjaya - sebagai sayap kiri UBK

7. ambil peluang/ cakna pada permasalahan di asrama - buat program. sekurang2nya sekali .

8. dekati pelajar

9. tegur, JANGAN TAK TEGUR. berhikmah, insya Allah dibukakan pintu hati untuk berubah!

10. jangan bongkak, ujub diri dengan kelebihan diri yang ada. bersyukurlah! istighfar sekiranya terlintas rasa angkuh...


SO?
- SETELKAN kertas kerja PERMATA HATI
- jadual guru bertugas
- peralatan
- makluman peserta
- surat jemputan ibu bapa

- SERAH KERTAS KERJA PERASa pd HEM

- outreach?

- perjumpaan berkala PRS dan Kelab Kerjaya

- seminar AJK Asrama

- September - Kem Marathon Pecutan Lonjakan SPM

- sesi kaunseling - banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

- ketas kerja Breastfeeding



Selasa, 29 Jun 2010

My SWOT Analysis


SWOT Analysis biasanya digunakan untuk mengenalpasti kekuatan, kekurangan, peluang dan ancaman dalam sesebuah organisasi.

kali ni, ummi nak try wak kepada diri sendiri.
mmmm... macam muhasabah diri lah ye?
sebenarnya ni ummi dapat daripada perbincangan dgn sorang pelajar...


STRENGTH / KEKUATAN
- cara ummi tegur pelajar berhemah. so, budak bleh tima. mmm...
- pandai bermain kata (bukan mengorat tau?) dlm menyampaikan ceramah. alhamdulillah.
- proaktif
- suka buat lain dari yg lain
- x kisah apa orang lata
- utamakan kerja dari bual kosong.
- peka/ cakna
- cuba tepati masa
-dah kurang melenting
- nyusu badan
- lebih mesra dengan amin
- kurang marah waktu pagi
- kurang tido malam
- suka ngaji
- solat di awal waktu
- suka dengar kuliah agama

ALHAMDULILLAH atas segala nikmat.
sesungguhnya semua ni milik Mu jua.

WEAKNESS/ KELEMAHAN
- kalu dah terlalu menyampah/ tak suka, memang x pandai berpura2.
- terlalu proaktif kot.
- masih suka tngok korean drama- so pengurusan masa pagi lari sikit....
- kekadang moody gok dgn anak. tp makin kurang doh...
- terlalu byk nak dibuat.


OPPORTUNITY/ PELUANG
- suami yg memahami - tp kena maklumlah pd dia. baru paham...
- also supportive - hal nak breastfeeding dan nak wak program kat sekolah.
- ada rakan2 guru dan pengurusan yg supportive dan bleh bg pendapat dan mintak pendapat
- peralatan kat sekolah ok!
- rakan kaunselor yg best! cg.anuwad 'ya' aje...

THREAT/ ANCAMAN
- pengurusan masa pagi khasnya
- my negative feelings
- too much things to do!
- kerjasama kurang (maybe orang x tau)
- masih terlalu kurang ilmu akhirat...

KESIMPULAN/ TINDAKAN :
- dengar kata suami
- utamakan rumahtangga, tanpa mengabaikan kerjaya.
- banyakkan mendengar kuliah agama
- banyakkan surf bhn2 di internet
- wak program lawatan ke sekolah lain (serampang 2 mata ah)... PRS? kelab kerjaya
- aktifkan PRS dan Kelab Kerjaya
- program asrama - adakan hubungan dengan warden/ pelajar asrama
- let them u, you're here to assist them!
- i care.
- simpan fail dlm cd - burn!
- solat awal waktu
- ngaji jgn tinggal
- bayar hutang dgn Allah
- doa sokmo.
- tawakkal
- outreach
- datang awal ke sekolah! atleast 11.30am.

insya Allah

Saya Nak Apa?


Ayat ni ummi mula2 dapat semasa kat sekolah menengah dulu...
then terbaca dlm buku Chicken Soup For The Souls tentang seorang lelaki
yang menyenaraikan Apa Yang Aku Nak Dalam Hidup - jumlahnya beratus2!!!

caranya mudah saja.
senaraikan apa jua apa yang kita nak dalam hidup secara spontan.
apa jua.
could be anything and everything. ok?

here's mine (for today) insya Allah :

1. nak wak program motivasi berkala / kecil2an kat sekolah
2. program pengurusan sosial utk pljr pompuan sesi pagi
3. sesi kaunseling utk pljr pompuan
4. program SMART A utk kelas Rk/IR
5. program asrama - atleast 1bulan sekali
6. perjumpaan PRS mingguan - julai
7. kem PERMATA HATI
8. kem PERASA

9. Bengkel Breastfeeding - bilalah agaknya....?

10. outreach breastfeeding
11. outreach kaunseling

12. masak setiap hari - kecuali ada hal.
13. kurangkan tengok drama korea
14. istiqamah ngaji quran
15. lebih akrab dengan amin..
16.breastfeed iman hingga 2 tahun
17. dengar kuliah agama ust.azhar
18. nak mantapkan ilmu akhirat
19. nak belajar wak kek
2. belajar menjahit.
21. berjimat cermat
22. nak slim
23. nak kulit cantik
24. lebih bergaya di rumah - tak selekeh (baju comel)
25. wak air panas ko suami - atleast 1kali setiap hari
26. haji
27. umrah
28. nak compile semua file powerpoint - untuk jual/ share dgn kaunselor lain (perkongsian ilmu)
29. lawat sekolah lain - SMK Seri dungun (cg.musa)
30. sambung belajar ??????
31. nak mantapkan kaedah penyampaian kemahiran belajar

ok!

aku yang di dalam dilema


alhamdulillah...
masih lagi Allah berikan peluang utk merasa 1001 nikmat...

hari ni ummi mengalami pelbagai dilema..
sebenarnya sejak khamis lepas lagi...

ingatkn dah ok... mmmmm...

pasal hal kerja je...
byk... tapi x terbuat...

nampak je enteng keje kaunselor ni...
tapi sebenarnya... mmmm...
alahai..

adakalanya banyak pendam dalam diri sendiri je...
tapi alhamdulillah ada jugak beberapa guru yang ummi leh share problem
yg berkait dgn hal kerja..

back to my dilemma:

1. nak bina jadual dan modul utk KEM PERASA (PRS dan AJK Asrama)

2. bengkel AJK Asrama - byk kes asrama
- tp jgn salah sangka.. bkn kes berat..
- biasa ah... hal remaja...

3. bengkel2 motivasi utk pelajar

4. perihal budak2 laki bermasalah

5. dek perbincangan dgn cikgu haris (salah sorang fasi program motivasi UPSI)... menimbulkan isu sambung belajar...mmmm...

Sabtu, 26 Jun 2010

cuti sakan

cuti sekolah 2 minggu, alhamdulillah..
bermakna 2 minggu jugak lah ummi tak blogging..
3 minggu ..

mmmm...
apa yg berlaku sepanjang 3 minggu ini :

1. KENDURI ABE LONG (majlis sambut menantu)

- sederhana tp meriah
- ummi diamanahkan oleh ma (mak mertua) untuk menyediakan 1 menu
- sambal ikan bilis + kacang rangup..
- macam x caya je.. ingatkan main2.. rupa2 betul.
- tp yg mencabarnyer, kul 11 mlm baru leh masuk dapor..
- apa taknyer, iman buat peel ah... x nak gi dengan org lain.. manja over dgn ummi..
- kul 4 pagi baru siap (2 kali gi nyusu kat iman)...
- esoknye pening pala rasanya..

2. BERTANDANG KE RUMAH MAMA DI TMN RESTU, KB
- Alhamdulillah mama dan papa dan Abe dah kembali ke kampung...
- abe sekarang ni meniaga air kat SMK Sultan Ismail...
- papa sememangnya dah lama pencen...
- ummi gi sana hari ahad until rabu..
- hari2 masak lunch - ikan sela kuning goreng/ ayam goreng dan sawi celur.. papa's fav..
- hairannya, pening pala dok sana.
- panas kot cuaca... sampai tak gi ziarah umah mok dan ma tok...

3. khamis gi picnic di pantai sri tujuh...

4. patutnya nak balik ambs hari jumaat..
- tp abah x sampai ati kat amin... sbb x dapat naik keretapi...
- alhamdulillah dapat gok naik ketapi dgn tok ayah dan abah kul 11pg..

5. balik hari sabtu pagi...

6. ahad- sekolah bermula..
- ada perhimpunan

7. isnin/ selasa
- adoi mencabarnya nak follow budak2 gi surau...
- ramai yg ponteng solat..
- kul 11.15pg wak perjumpaan dgn kelab kerjaya - wak kuih siput

8. rabu

9. khamis
- program muhasabah dan post-mortem pengurusan akademik 3rk dan 3ir..
- ummi yg emosional....
- tak best... tp ramai yg komen ok je! mmmm..

MORALNYA :

- bila kita merancang, insya Allah kita akan lebih buat bersungguh2 dan x rasa mood lari apatah lagi cuti panjang sebelum tu. alhamdulilah..

- jadikan kelab kerjaya sebagai platform untuk berdakwah dan mendekati pelaajr2 khasnya pompuan... didikan secara x langsung bab akhlak.

- masa wak program, penceramah (ummi lah tu) dont get so emosional...
- jadilah diri sendiri...

UMMI TERINGIN SANGAT NAK:-
1. nak wak kem/ bengkel pendek utk pelajar2 SPM/PMR/STPM
2. budak2 asrama
3. prs

so? cadangan ummi sendiri:
- kemahiran penyelesaian masalah
- kemahiran mengurus masa
- kemahiran membuat keputusan
- kemahiran membuat keutamaan / pilihan
- kemahiran mengurus stress
- kemahiran mendengar
- kemahiran PRS




agar-agar sumi cikgu suzi

agar2 sepeket
8 gelas air
susu cair
susu pekat
sumi
buah2 koktel


ih3...k.is ni.malu la suzi.msk agar2 dgn 8 gelas air.lps tu bia sjuk kjp.ltk susu cair n susu pekat.ikut k.is r byk mn pn.ssedap rs.pstu ltk r sumi'bia je ye krs.nk ltk buah koktail pn blh