- pelajar yang dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan menolong.
- Peka, berminat, cakna dan bersedia membantu sekolah
- BUKANNYA MENYELESAI MASALAH/ PEMBERI NASIHAT
MATLAMAT MEWUJUDKAN PASUKAN PRS DI SEKOLAH
- Membantu sekolah mengurangkan salah laku disiplin pelajar.
- Membina budaya kasih mesra dan bantu-membantu sesama pelajar
- Membentuk budaya menghormati guru, rakan dan lain-lain
- Membantu membina pelajar memiliki keyakinan diri
- Memupuk jati diri, kestabilan, toleransi dan rela membantu dalam kalangan pelajar
yang baru memasuki usia remaja
- Memupuk remaja menjadi orang dewasa yang matang
OBJEKTIF
- Membina pasukan PRS yang terlatih dalam memberi pertolongan kepada rakan-
rakan
- Melatih PRS beberapa kemahiran asas yang membolehkan mereka berkomunikasi dengan berkesan
- Membantu sekolah menangani masalah salah laku secara tak formal dengan
menggunakan pengaruh positif PRS
- Membina perkhidmatan sokongan kepada UBK bagi memenuhi keperluan dalam
perkhidmatan menolong.
FUNGSI DAN PERANAN PRS
- Sebagai ‘kawan yang berkesan’ dan saluran tak formal bagi kawan-kawan
mencurahkan perasaan mereka
- Sebagai ‘peninjau rasa’ kawan-kawan bagi memudahkan Guru Kaunseling
melakasanakan program yang bercorak perkembangan diri, menghalang dan
intervensi krisis.
- Menjadi ‘penghubung’ kepada PBK apabila difikirkan perlu terutama kes-kes yang
memerlukan rujukan.
MOTTO PRS
"BANTU DIRI UNTUK MEMBANTU ORANG LAIN"
Maknanya :
ETIKA PRS
- AMANAH dalam menyimpan rahsia
- MENGHORMATI HAK RAKAN-RAKAN yang berkongsi perasaan dan menerima mereka tanpa prasangka (terima tanpa syarat)
- Memberi pertolongan dengan jujur
- Fahami / tahu batasan kemampuan diri
- Menghormati sekatan agama/ peraturan sekolah/ budaya setempat
- Merujuk kes yang rumit kepada Guru Kaunseling
ASPEK PERTOLONGAN PRS SECARA FORMAL
- PROJEK TUTOR-TUTI
- PROJEK ADIK ANGKAT
- PROGRAM ORIENTASI PELAJAR
- MEMBENTUK KUMPULAN BELAJAR
- MENJADI FASILITATOR PROGRAM/ LDK
- Menyertai program/ aktiviti UBK – mengendalikan kursus kemahiran asas PRS, ceramah, bengkel, kempen, pameran, pertandingan dll.
- PROJEK KERJASAMA DENGAN PRS sekolah lain
ASPEK PERTOLONGAN PRS SECARA TIDAK FORMAL
- MENJADI KAWAN YANG PEKA DAN BERKESAN
- MENDENGAR DENGAN EMPATI DAN MEMBERI RESPON YANG MENGGALAKKAN
- MELIHAT MASALAH DENGAN OBJEKTIF
- MENJADI SALURAN MEMPEROLEH MAKLUMAT PELAJAR BAGI GURU KAUNSELING/ GURU-GURU LAIN – khasnya tentang masalah dan keperluan pelajar
SEBAGAI PRS, PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :
- pemudahcara dalam keadaan terbuka, penuh kepercayaan, selesa & empati
- menerima rakan tanpa syarat/ mengukur
- mendengar, menjelas & membantu rakan melihat beberapa alternative sebelum membuat keputusan
- memberi sokongan untuk rakan mengambil langkah yang positif
- mematuhi kerahsiaan
- menyedari bukan semua masalah boleh diselesaikan
- berbincang & membantu rakan yg menghadapi masalah harian
- memimpin rakan melihat masalah dgn lebih objektif/ jelas & menggalak mereka mencari jalan penyelesaian sendiri – supaya belajar melalui pengalaman
- merujuk kes berat kepada Guru Kaunseling & menjadi ’orang tengah’ kepada rakan untuk menemui Guru Kaunseling @ orang yg lebih arif
- menjalankan projek membantu sambil mempengaruhi rakan lain untuk melibatkan diri
- mengutamakan kesejahtraan diri dan memahami limitasi/ batasan diri untuk membantu rakan
SEBAGAI PRS, PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN ADALAH :
- mengawal, berkhutbah @ mendesak rakan tentang apa yang harus mereka lakukan
- membuat kesimpulan awal & cuba mengubah mereka
- memberi nasihat/ cadangan penyelesaian untuk diikuti
- menyelamatkan rakan dengan membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan sendiri oleh rakan
- bercerita dengan orang lain (pecah amanah/ rahsia)
- mengharapkan semua masalah boleh selesai dengan segera
- bertindak menyelesaikan masalah rakan
- menghadapi sendri masalah yang runcing sehingga mengganggu ketenteraman jiwa
- menjalankan projek bersendirian & mengenepikan PRS lain
- terlibat dengan masalah rakan secara peribadi sehingga mengganggu pelajaran dan perasaan.
- berbincang dengan rakan yang menghadapi masalah emosi mendalam (krisis)
ok..
BalasPadam