Laman Utama

Khamis, 29 Julai 2010

menjelang ulangtahun perkahwinan ke-5





Alhamdulillah..
segala puji pada Allah.

BERSYUKur kerana:-
- dikurnai seorang suami yg penyayang pada diri dan anak2
- cakna jugak pada ibu bapa nya..
- tegas bila menegur
- suka bergurau - walaupun kadang2 over sangat
- hensem (HAHAHAHHA)
- bleh diajak berunding..
- banyak menegur ummi perihal adab2 dgn orang tua.. almaklumlah ummi ni orang KL yg tak pandai bersosial

bersyukur gok :-
- dikurnai sepasang anak lelaki yg aktif (sangat!)
- sihat
- suka makan aiskrim/ abc yg abahnya buat.
- comel

dan ................
banyak lagi kurniaanMU Allah.
thank you ALLAH..

sehari selepas stress



alhamdulillah..
sekarang ni dah 11.01 malam...

siang tadi,
- anta amin ke sekolah
- ambik iman
- makan nasi lemak
- tido dengan iman..
- mandi/ bersiap ke skolah

- kul 12.30-1.30 pm - siapkan kerje bertulis di bilik Kak Sah (KB Sains& Math)
- 1.30-3.00 - dok di bilik PK Ptg - kes pljr laki katok pljr puan/ parents pljr dtg/ pebincangan dgn HEM dan warden
- 3.00 - solat (adoi... lewatnye solat zohor tadi...)
- 3.30 - 4.30 - di bilik PK Petang - kes pljr laki .... (rahsia)
- 4.30 - lunch+tea break dgn PK Ptg
- 5.00 - borak jap dgn Ustzh Rabiah..
- 5.30 - asar
- 5.45 - siapkan buku rekod/ ziarah bilik kaunseling

- balik umah - first thing seperti biasa ummi pam susu.. dapatlah 4 oz.. (penat/ stress.. kuranglah susu)..

- solat maghrib berjemaah dengan suami... sambil2 anak ummi dok bergurau 2 beradik..
- try lipstik baru beli dari roziyana.. jenama cosway..
- hari tu beli blusher, eyeliner dan eye shadow... sekadar utk berhias depan suami tercinta...heheheheheheheheeeeeeeeeeee

Rabu, 28 Julai 2010

aku dan stress


alhamdulillah hari ni rabu 28 julai 2010 jam 5.00 petang.
sejak cuti sekolah yg lalu (4 minggu) langsung x berhenti dari kesibukan kerja.

- Motivasi 3rk dan 3ir
- Kem Memburu Jaya
- perjumpaan mingguan dgn PRS - 2x seminggu (coz asing pagi dan petang)
- Kem Permata Hati 2010
- ni plak Kem PERASA minggu depan (langsung x prepare pe2 pun lagi)
- kes2 kaunseling yg byk. Allahu akbar. berikan aku kekuatan, Ya Allah.

semalam klimaks bagi ummi dgn stres kerja.
x dpt nak tahan..
berehat kat bilik ketua bidang Sains dan Math, kak sah..

so?
lepas hantar amin ke sekolah, ummi ambik iman.
ziarah kak Roh, jiran depan rumah..

then balik makan nasi..

then tido dgn iman dari kul 11 pgi - 1.30 ptg...

bangun basuh pinggan mangkuk dan botol2 susu.

solat..

sambil2 tu didihkan dadih..

makan nasi lemak dan roti canai dan air sunquick..

am i destress already?
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm....

Ya Allah,
bawalah pergi kekusutan dan keserabutan dlm diri hambaMu ini.
gantikanlah ia dengan ketenangan dan kekuatan.
amin...





Jumaat, 23 Julai 2010

lagi... KEM PERMATA HATI

SEKARANG jam dah menunjukkan detik 3.49pm...
hari ke2 kem..
debaran dan kerisauan hilang..
risau kot ada yg cabut lari..

semalam budak2 seramai 44 org dan 5 fasi/urusetia PRS.. tido beramai2 dlm dewan..
malangnye x nak tido..
tapi cikgu2 relax je..
biasa ah mlm pertama kem..

so..kul 3 pg suruh budak2 tu kuar dewan..
dibawa k padang..

soal-siasat bab merokok..

Khamis, 22 Julai 2010

KEM PERMATA HATI 2010

TARIKH - 22-24 JULAI 2010 (KHAMIS, JUMAAT DAN SABTU)
TEMPAT - DEWAN SEKOLAH DAN SEKITARNYA
SASARAN - 44 PELAJAR LELAKI BERISIKO DISIPLIN

Alhamdulillah..
ada gak rezeki nak blogging... setelah 2 minggu selesainya kem memburu jaya..

Allah sahaja yang Maha Mengetahui betapa sibuknya 2 minggu kebelakangan ini..
sampai makan pun tak sempat.. mmmmm..
gitulah perjuangan..

ingat diriku sayang,
perjuangan Rasulullah lagi teruk dan mencabar..

apa yg berlaku 2 minggu ni?
1. perancangan utk KEM PERMATA HATI
- rumit gok.. sebab nak kena libatkan semua guru
- kena wak senarai tugas ajk dan guru bertugas
- kena wak taklimat.. kecut gok.. kot ayah wan join gak...
- almaklumlah....ambo ni berasa macam anak tiri sikit. huhuhuhuhuhuhuhuhu...kasihan...

- wak taklimat ko peserta kali...

2. then ada pulok kes rumit (yg x sepatutnya rumit)
- pasal komunikasi
- biasalah budak2 zaman sekarang...
- 5N - nyanging, ngengeh, ngata, ngumpat, nipu....
- bahasa terengganu tu...
- tapi tak dapatlah ummi nak cerita in detail... sebab kes rumit dan sensitif...

3. kebetulan seminggu ni ummi bertugas.
-kena round surau ( biasanya pun ummi turun gok surau)..
- tapi sebab ada nama, kena lebih ah sikit.
- tak bimbang dgn orang...
- bimbang kot ALLAH soal kat akhirat... dok buat tanggungjawab...
- apa yg ummi wak?
- mmmm.
- ummi gi kelas ke kelas (kecuali blok ting.2) - laung je kat budak2 ting.2
- kritikal budak 2d dan 1d...
- ada gok yg masih ada guru....
- hasilnya ramai bilangan di surau...

4. perjumpaaan prs dibuat setiap minggu bulan ni..
- prs pagi dah 3x perjumpaan. alhamdulillah...
- prs petang dah 2x ..alhamdulillah...
- prs pagi - ahad kul 2.30pm
- prs petang - rabu kul 11pg


TEKANAN 2 MINGGU

- ada...... banyakkkkkkkkkk...
- sampai tak ter'tension' sebab byk sangat

1. kes budak2 'menggerudi' tanah kat depan bilik kaunseling

2. kes sensitif tu

3. urusan Kem PermAta hati - tengah berlangsung ah ni..

4. nak urus PRS

5. komunikasi dengan ayahanda pengetua.. hmmm

6. komunikasi dengan rakan guru. hmmmmmmm

oooooooooooooooooooooo
nak cerita pasal KEM PERMATA HATI 2010 ah pulok.

tengah berlangsung ni..
sekarang ni kul 5.02 pagi..
iman tak nak tido...
tengah sepahkan bedak syurah ummi..

pendaftaran peserta kul 1..
then taklimat oleh kem komanden (cg.zamri malik)
- pen.KK - cg..alfian
- pen.KK 2 -cg zamri ibrahim

- penat benarnya jadi penyelaras ni.. walaupun tenaga kerja ramai (semua guru tu)..
- bila berlangsung, baru napok kelemahan dan keterlupaan...
- ada ke patut? lupa letak ajk Penginapan Konsultan?
- kena letak ramai Guru Bertugas masa waktu solat.. sian cg.fadly sorang2 (dengan kak toharah)... jasamu dikenang...

- malam tadi ummi join kejap je lah.. sebab bawak anak2...
- tapi don't worry, ummi tido kat sekolah..
- tak sanggup nak tido kat tilam empuk sendiri..
- bukan tak caya pada orang...
- tapi ni kan projek ummi..
- mujurlah ramai gok cikgu laki yang join...

Jumaat, 9 Julai 2010

KEM MEMBURU JAYA


kem berlangsung pd 8-10 julai 2010 di awang beach resort..
ilang skit stress tentang hal keje..
tp still terpikir hal budak2 kat sekolah. mmmmmmmmmmm..
byk kes..
byk incident yg berlaku..
hari rabu lepas 5 sesi kaunseling/ bimbingan/ konsultasi...
tu yg semalam , rasa sgt exhausted...











Selasa, 6 Julai 2010

musibah di kala cerahnya mentari

sepatutnya hari ni ummi kena gi paka, rumbia villa utk taklimat/ kursus maklumat program pengajian MARA,,,, tapi terpaksa pulang sekerat jalan...
gara-gara..

Jumaat, 2 Julai 2010

MODUL PRS ringkas






SIAPA ITU PRS

- pelajar yang dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan menolong.
- Peka, berminat, cakna dan bersedia membantu sekolah
- BUKANNYA MENYELESAI MASALAH/ PEMBERI NASIHAT

MATLAMAT MEWUJUDKAN PASUKAN PRS DI SEKOLAH

- Membantu sekolah mengurangkan salah laku disiplin pelajar.
- Membina budaya kasih mesra dan bantu-membantu sesama pelajar
- Membentuk budaya menghormati guru, rakan dan lain-lain
- Membantu membina pelajar memiliki keyakinan diri
- Memupuk jati diri, kestabilan, toleransi dan rela membantu dalam kalangan pelajar
yang baru memasuki usia remaja
- Memupuk remaja menjadi orang dewasa yang matang


OBJEKTIF

- Membina pasukan PRS yang terlatih dalam memberi pertolongan kepada rakan-
rakan
- Melatih PRS beberapa kemahiran asas yang membolehkan mereka berkomunikasi dengan berkesan
- Membantu sekolah menangani masalah salah laku secara tak formal dengan
menggunakan pengaruh positif PRS
- Membina perkhidmatan sokongan kepada UBK bagi memenuhi keperluan dalam
perkhidmatan menolong.



FUNGSI DAN PERANAN PRS

- Sebagai ‘kawan yang berkesan’ dan saluran tak formal bagi kawan-kawan
mencurahkan perasaan mereka
- Sebagai ‘peninjau rasa’ kawan-kawan bagi memudahkan Guru Kaunseling
melakasanakan program yang bercorak perkembangan diri, menghalang dan
intervensi krisis.
- Menjadi ‘penghubung’ kepada PBK apabila difikirkan perlu terutama kes-kes yang
memerlukan rujukan.

MOTTO PRS

"BANTU DIRI UNTUK MEMBANTU ORANG LAIN"

Maknanya :

“PRS perlu lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dapat meningkatkan POTENSI diri. Setelah itu, barulah PRS dapat membantu rakan-rakan lain supaya dapat mencapai dan menikmati apa yang dialami oleh PRS”.

ETIKA PRS

- AMANAH dalam menyimpan rahsia

- MENGHORMATI HAK RAKAN-RAKAN yang berkongsi perasaan dan menerima mereka tanpa prasangka (terima tanpa syarat)

- Memberi pertolongan dengan jujur

- Fahami / tahu batasan kemampuan diri

- Menghormati sekatan agama/ peraturan sekolah/ budaya setempat

- Merujuk kes yang rumit kepada Guru Kaunseling


ASPEK PERTOLONGAN PRS SECARA FORMAL

  1. PROJEK TUTOR-TUTI

  1. PROJEK ADIK ANGKAT
  2. PROGRAM ORIENTASI PELAJAR
  3. MEMBENTUK KUMPULAN BELAJAR
  4. MENJADI FASILITATOR PROGRAM/ LDK
  5. Menyertai program/ aktiviti UBK – mengendalikan kursus kemahiran asas PRS, ceramah, bengkel, kempen, pameran, pertandingan dll.
  6. PROJEK KERJASAMA DENGAN PRS sekolah lain

ASPEK PERTOLONGAN PRS SECARA TIDAK FORMAL

  1. MENJADI KAWAN YANG PEKA DAN BERKESAN
  2. MENDENGAR DENGAN EMPATI DAN MEMBERI RESPON YANG MENGGALAKKAN
  3. MELIHAT MASALAH DENGAN OBJEKTIF
  4. MENJADI SALURAN MEMPEROLEH MAKLUMAT PELAJAR BAGI GURU KAUNSELING/ GURU-GURU LAIN – khasnya tentang masalah dan keperluan pelajar

SEBAGAI PRS, PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

  1. pemudahcara dalam keadaan terbuka, penuh kepercayaan, selesa & empati
  2. menerima rakan tanpa syarat/ mengukur
  3. mendengar, menjelas & membantu rakan melihat beberapa alternative sebelum membuat keputusan
  4. memberi sokongan untuk rakan mengambil langkah yang positif
  5. mematuhi kerahsiaan
  6. menyedari bukan semua masalah boleh diselesaikan
  7. berbincang & membantu rakan yg menghadapi masalah harian
  8. memimpin rakan melihat masalah dgn lebih objektif/ jelas & menggalak mereka mencari jalan penyelesaian sendiri – supaya belajar melalui pengalaman
  9. merujuk kes berat kepada Guru Kaunseling & menjadi ’orang tengah’ kepada rakan untuk menemui Guru Kaunseling @ orang yg lebih arif
  10. menjalankan projek membantu sambil mempengaruhi rakan lain untuk melibatkan diri
  11. mengutamakan kesejahtraan diri dan memahami limitasi/ batasan diri untuk membantu rakan

SEBAGAI PRS, PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

  1. mengawal, berkhutbah @ mendesak rakan tentang apa yang harus mereka lakukan
  2. membuat kesimpulan awal & cuba mengubah mereka
  3. memberi nasihat/ cadangan penyelesaian untuk diikuti
  4. menyelamatkan rakan dengan membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan sendiri oleh rakan
  5. bercerita dengan orang lain (pecah amanah/ rahsia)
  6. mengharapkan semua masalah boleh selesai dengan segera
  7. bertindak menyelesaikan masalah rakan
  8. menghadapi sendri masalah yang runcing sehingga mengganggu ketenteraman jiwa
  9. menjalankan projek bersendirian & mengenepikan PRS lain
  10. terlibat dengan masalah rakan secara peribadi sehingga mengganggu pelajaran dan perasaan.
  11. berbincang dengan rakan yang menghadapi masalah emosi mendalam (krisis)


Khamis, 1 Julai 2010

TINDAKAN JULAI - SEPTEMBER 2010




ALHAMDULILLAH segala pujian kepada Allah pemilik sekalian alam...
setelah 2 minggu ummi dalam dilema, kini okay.
terima kasih kepada cikgu hanishah (kak sah) yang sudi menjadi pendengar yang baik kepada diri ku ini..

hasil perbincangan semalam di sekolah, ummi menyedari bahawasanya :

1. teruskan sikap proaktif yang ada tanpa menidakkan/ merendahkan orang lain
2. redha dan bersangka baik pada teman seperjuangan
3. konsisten menjalankan sesi kaunseling
(sejak kebelakangan ni, ummi kurang klien perempuan. byk pelajar lelaki)

4. jika ada permintaan utk memotivasi pelajar, buatlah.
- jika perlu guna tenaga PRS - TRUST THEM!
- beri latihan

5. aktifkan prs -sebagai sayap kanan UBK

6. aktifkan KelaB Kerjaya - sebagai sayap kiri UBK

7. ambil peluang/ cakna pada permasalahan di asrama - buat program. sekurang2nya sekali .

8. dekati pelajar

9. tegur, JANGAN TAK TEGUR. berhikmah, insya Allah dibukakan pintu hati untuk berubah!

10. jangan bongkak, ujub diri dengan kelebihan diri yang ada. bersyukurlah! istighfar sekiranya terlintas rasa angkuh...


SO?
- SETELKAN kertas kerja PERMATA HATI
- jadual guru bertugas
- peralatan
- makluman peserta
- surat jemputan ibu bapa

- SERAH KERTAS KERJA PERASa pd HEM

- outreach?

- perjumpaan berkala PRS dan Kelab Kerjaya

- seminar AJK Asrama

- September - Kem Marathon Pecutan Lonjakan SPM

- sesi kaunseling - banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

- ketas kerja Breastfeeding