Laman Utama

Khamis, 22 September 2011

KEM LATIHAN PRS SIRI 1

Alhamdulillah, pagi tadi 8.30-10.30am, ummi sempat la mengadakan Kem Latihan PRs setelah lama x ada pe2 aktiviti prs dari bulan 4 ari tu..

bulan april yg lepas - Kem PRS 2011 yg dilaksanakan di Kemaman.
then x da pe2 aktiviti gara2 kesibukan tugas, alahan mengandung yg amat2 tambah pulak, rasa frust tengok situasi segelintir PRS yg bermasalah..

hadoi... Allah saja Maha Mengetahui betapa sedihnya apabila org yang diharap melakukan perbuatan yg negatif.

so, setelah alahan kian menghilang, tambah pulak memikirkan diri yg bakal bersalin ujung Februari tahun depan (awal tahun tu!), so, ummi kuatkan semangat untuk kembali mengaktifkan PRS.

pagi tadi 40 org PRS Tg.1,2,4 dan 6 Bawah terlibat. sebahagian besarnya adalah Pelatih PRS yg baru melepasi sesi temuduga.

ummi berikan tempoh percubaan sebulan bermula dari hari ni hingga 23 oktober 2011.
tujuan ?
- utk tengok komitmen prs
- utk membina keyakinan diri khasnya bab komunikasi
- kesesuaian dengan tugas sbagai prs.

aktiviti tadi ?
1. Ice breaking

- buat 1 baris panjang mengikut tarikh kelahiran.
- perkenalkan diri sorang2 kat stage
- bina kumpulan dan 7 kekuatan kumpulan
- rumusan aktiviti

2. Muhasabah diri

- di mana aku sekarang?
- apa tujuan aku di sini?
- ke mana hala tuju selepas ini?
- tujuan join prs

3. Tulis Pengenalan Kepada PRS
- x sempat nak taip dan fotokopi. jawabnya kena tulis manual je lah...

rumusan kem tadi -

- kena berani dan yakin - caranya ? praktis!
- kenal maka x cinta

CADANGAN DIRI SENDIRI?

1. latih prs senior (tg4) cara2 utk kendali sesi LDK - so, leh jimat tenaga ummi. hahahahahaha..

2. buat pamplet ikut Modul
- Modul 1, 2, 3 dan lain2.

3. perlu penekanan lebih kepada :
- kemahiran komunikasi (khasnya public speaking)
- kemahiran interpesonal
- kesedaran kendiri

INSYA ALLAH..

P/S - baru makan lunch..

menu ? ikan goreng, udang masak kunyit, sotong berkuah, pucuk paku celur dan petai celur cicah budu. sedap!!!!!!!!!!!!1 alhamdulillah..

adios..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan