alhamdulillah... dah masuk 3 kali ummi bersalin dan berpantang di rumah sendiri.
so, x da la pengalaman sangat berpantang di umah org tua.
cumanya masa yg sulung, mama ummi datang ke rumah beberapa ari sebelum beranak dan tinggal dengan kitorang sehingga 2 minggu jugak rasanya..
mak mertua adalah datang sehari dua..
bersyukur sebab kedua2 ibu ada.. tp lagi best bila hari berseorangan dengan anak dan hubby..
bila anak kedua, Muhammad Iman..
alhamdulillah sangat2.. sebab sekali lagi di rumah sendiri..
dah la bersalin amat2lah mudah (berkat amalan baca Yassin).. sampaikan x sempat nak minum air dan minyak selusuh..
mak mertua sempatlah datang sehari dua..
mama x dapat datang.. masalah kereta, kalu x salah.. lupa dah.
cadangnya, x nak langsung gi berpantang kat mana2 umah org tua..
tapi ada sekali tu, ummi dok makan2 depan beranda.. tengok pokok2 kat depan umah.. .terasa nak sangat balik kampung.. terus ajak hubby.. (dia lagi la ok, sbb x kalut sangat nak jaga ummi dan amin yg masih kecil masa tu).. so kitorang balik la masa cuti sekolah tu..
sekembalinya ke rumah sendiri lepas cuti tu, ummi mintak tolong 2 ex-students mai umah.. tolong2 mendobi, memasak dan menyapu.. bagi la upah sikit...
2012....
due date : 21 Februari 2012
birth date : 7 Februari 2012 @ 14 Rabiul Awal 1433H
x jangka/ x sangka langsung akan seawal ini..
gara2 air ketuban kurang yg amat2, terpaksa la induce..
alhamdulilah sangat2 sbb semua yg terlibat dlm 'the whole process' ni, wanita je.. doktor lelaki sekadar tukang interview masa hari last di hospital je.
pengalaman bersalin induce????
ALLAH sahajalah yg Maha Mengetahui.
6hb Feb - 9.00 am - check up di KK AMBS. kena refer ke Hospital Dungun. jantung baby laju
- 2.30 pm - daftar di Wad Bersalin Hospital Dungun. jantung baby normal. air
ketuban 5. normal 8-25. rujuk ke Hospital KT.
- 8.30 pm - sampai di Hosp.KT/ daftar.
- 12.00 midnite - baru leh masuk wad. penat..
7hb Feb - 7.15 am - masuk ubat separuh. sakit gok.. sakit sbb kena masuk ubat. sejam kat
atas bed. x leh bangun.
- 2.30 pm - masuk ubat separuh lagi. doktor punyalah sweet dan baik,"insyaallah,
kalu x malam ni, pagi esok ah bersalin". yg mahalnya kalimah
'insyaAllah' tu..
- 7.30 pm - solat jamak qasar atas katil.. x larat dah.. sakit semacam je..
- 9.00 pm - baru 4 cm
- 10.00 pm - 4cm lagi.. nurse 'tolong' jadikan 5cm .hahhahahaha..
disorong ke labour room.. first time naik wheel chair..
(sepanjang hari ni, hubby dok lepak kat luar wad depan suami2 lain.. kesian malam tu tertido dengan ditemani nyamuk2.. ibu dan bapak mertua ummi plak sampai petang tu.. tido kat chalet di batu buruk).
- x ingat jam berapa dah.. kena tunggu 10cm..kena dok mengiring. rasa lagi seksa..
last2, rasa macam kepala baby 'keluar sendiri'.. kelakar je ayat ni.. apa lagi,
ummi pusing sendiri.. sambil panggil doktor.. entah camana jadi orang putih plak
masa tu "doktor, please... help..." hahahahahahah.
- 11.24 PM - rasanya x push pun..tp macam tipu lah pulak.. sekali push kot. lupa
dah. doktor kelam kabut sebab x pakai glove lagi.. nurse plak suruh breathing..
ummi dah tak tau beza 'tarik nafas' dgn 'hembus nafas'.. maaflah ye cik doktor
dan puan nurse.. sedar2, baby keluar dan 'jatuh' atas bed.. macam sabun..
Allahuakbar!
alhamdulillah.. dapat baby girl.
then baby diletak atas ummi tanpa dilap2/ berselimut (prosedur baru kata, nurse..) nampak putih2 lagi.. selama ni, ingatkan, bila bersalin, baby akan 'berdarah2'..
then......
proses yg paling ummi x nak, tp kena redah jugak.. jahit..
Allahurabbi..
ummi tutup mata kemas2 dgn tangan..
zikir slow2.
sakit. tapi bila tutup mata dan zikir, so, dapatlah ignore kesakitan tu..
alhamdulillah doktor tu pun sangat expert (walaupun nampak gaya, masih bujang lagi)..
so, x berasa perit sangat nak bergerak..alhamduulillah.
panjangnya cerita.. baru mukadimah je ni..
ok back to the topic 'hakikat berpantang di rumah sendiri' dan 'berpantang sendiri' :-
1. kena kuatkan hati daripada pegang2 penyapu. ada sekali tu, menyapu jugaklah. petang tu, rasa badan cucuk2 mcm nak demam.. mlm tu, tido dengan tungku..so, abah belikan bulu ayam utk ummi sapu habuk. hahahahahahaa.. konon rajin sangat lah ye?
2. kuatkan hati daripada mengemas dapo.. almaklumlah, ter'bersalin' awal.. plus, x abis 100% lagi mengemas rumah akibat kena 'masuk pencuri' awal januari lalu.
3. makan apa yg ada.
4. bila lapar, cakap. jgn simpan / pendam. hehehehehe. tiba2 nangis..hadoi, bikin susah hati suamiku... sori, bang..
5. terpaksa le antar anak2 ke rumah pengasuh. kesian.. tapi terpaksa gak.. sbb dua2 tengah lasak. Amin, suaranya amatlah kuat.. Iman, asyik ke dapo (selera makan yg ok!) dan baru belajar berak di tandas. tp belum yakin lagi nak suruh dia basuh sendiri.
minggu lepas, kul 3 pagi kot, abah terjaga.. tengok2 iman dok menyapu dlm tandas.. berak. tak sempat nak berak kat dlm lubang tandas.. so, agaknya najisnya jatuh kat lantai tandas.. abah kata, kesian tengok bila tengok iman sapu sendiri najis. huhuhu..
3 mlm lepas, iman terkencing atas tilam.. ummi sedar2, tengok iman nak ambik tisu.. nak lap air kencing kat tilam tu... alahai.. anakku.
6. langsir kat ruang tamu berwarna-warni.. tak sempat nak tukar langsir baru (yg ummi jahit masa cuti sekolah)..
SYOK PANTANG 2012 kali ni :-
1. dapat mandi air rebusan - serai wangi dll. tukang urut yg bagi, Kak Yah. tq...
2. dapat mandi air rebusan yg ummi beli (1 peket RM 25).. baru try.
3. semalam plak baru rasmi Nona Roguy... no komen, sbb baru 2 hari..
4. susu badan banyak.. tp jarang basah lencun baju.. gara2 ajaran JM Norli... tadah susu (breast yg x nyusu) dengan plastik semasa baby dok nyusu. paham ke? hahahahhaha..
IDAMAN PANTANG 2012 lagi :-
1. nak try bertangas.. dah try belek2 blog kat Internet. cara bertangas sendiri.
2. nak beli freezer... abah dah bagi green lite.. as long as, ada duitnya.. hahaha..
3. freezer tu utk apa? nak simpan stok susu lah, sayang oi... harap2 lepas cuti sekolah next week dah bleh wak stok..
wow........................... panjangnya.
sekadar sharing..
alhamdulillah Allah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan