Laman Utama

Ahad, 25 April 2010

Nilaian Allah yg diperlukan...nilaian manusia xde ertinya"




Nilaian Allah yg diperlukan...nilaian manusia xde ertinya"

MOTTO KU HARI INI...

aku gembira sebab dpat tolong anak2 aku kat kelas 2/3 Dedikasi tu...
gembira sangat sampaikan bila balik, aku sanggup pusing untuk tengok kelas tu...
datang awal semata2 nak singgah tengok budak 3D..

tapi kegembiraan ummi (salahguna perkataan aku tadi. malas nak delete) x bertahan lama...
terdengar kata2 sinis : macam tadika/ hodoh...

kesian budak2 tu... yg sanggup balik lewat utk ngecat.
siap datang hari jumaat nak tolong ngecat.

kalau lah yg mengata2 tu tahu; bahawasanya tulisan ummi kat dinding dan pintu tu, sanggup ke diorang mengata2 sinis?

pandai2lah korang semua pikir..
dengan tahap budak2 tu, okay lah sangat2.
dalam masa 10 jam (3 hari), dapat siapkan mengecat... kelas yg budak2 lebih bijak pun, berhari2 ambik masa......

so, aku luahkan perasaan aku dalam Facebook...
ramai lah kekawan yg berikan semangat.

salah satunye dari Abg Zamri (suami salis)

Nilaian Allah yg diperlukan...nilaian manusia xde ertinya"




Sabtu, 24 April 2010

terima kasih, Abang...






abang,
hadirnya dikau menyinari siang dan malamku,
telatah selamba dan loyar buruk
menyerikan hidup

abang,
suatu pertemuan yg tak disangka-sangka
perkenalan singkat
membawa 1001 makna
bermulanya hanya dari sekeping foto
ah!! garangnya muka...
tak...
muka garang, baik hatinya... kata sahabatku zarina

abang,
pernikahan kita di pagi 21 Ogos 2005
penuh bersejarah dalam suasana yang ringkas
tanpa persandingan
demi menjunjung sunnah nabi yang dikasihi
aku bersyukur
kerana diriku ini
dikau pilih sebagai permaisuri
menjadi penyeri hidup Maharaja Yusarimi!


abang,
dua putera kini menjadi lambang
cinta kita
semoga Allah merahmati kita semua
Allah berikanlah kesabaran pada kami ini
hingga dapat mendidik anak-anak kami
menjadi
pejuang agama yang suci!


abang,
redhamu amat ku harapkan
ampun dan maaf atas segala salah silap
pahit manis kita lalui bersama
semoga kekal ke syurga yang abadi.

abang..
I LOVE YOU!!!!




Jumaat, 23 April 2010

10 Tip Tambah Keyakinan Diri



1.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.

2.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

3.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.

4.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif

5.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

6.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

7.Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.

8.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

9.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.





Khamis, 22 April 2010

Kursus Kemahiran Asas PRS

alhamdulillah baru selesai kem prs...
terpaksa ubah beberapa plan...

ceramah - ganti dgn Perisai Belon
fear factor - ganti dengan projek mengecat...

sebab cg nuwad tak dok... abngnya meninggal....
then pengasuh iman pun tak dok... kena la bawak belaka ke sekolah...

pahtu anak2 ku yg di 2D/3D pun mai mengecat...
kena jengah2 jugok...

ahhhhh.... serampang 17 mata.

AKTIVITI HARI INI:

1. PERISAI BELON

- Napok je galok... tapi ada motifnyer.
- nampak banyak sikap negatif dlm realiti kehidpan sebenar,
- dengki, nyenyeh, pasif, dendam...
- kena cakna tapi teruskan perjuangan hiduplah.

2. DEBAT PARLIMEN

- ummi beri kepercayaan pd Abg Saifudin kita.. pengerusi PRS..
- ummi sempat la gi balik umah.. ambik iman, amin dan abah..
- memang hangat.ah..

isu yg didebatkan ?

1. lelaki lebih bijak dr pompuan
2. cikgu beking / garang vs cikgu skema
3. couple lg penting dr ibubapa dan cita2


3. MENGECAT DINDING LORONG KAUNSELING

4. SESI MUHASABAH



lewat.. denda? cium pokok dan kata : aku x nak lewat dohhhh..










Muhasabah Kerja




apa yg telah ku capai 4 bulan ni...?


1. minggu orientasi tg.1 - lancar
2. turun surau secara konsisten (kekadang ada gok tak sempat)
3. projek khas utk pljr laki high risk.. (masih dlm progress).
4. sesi kaunseling
5. Activate kelab kerjaya - sebagai salah 1 cabang nk dekati pelajar2.
6. activate PRS


yg perlu disegerakan :

1. RoADshow utk pljr2 pompuan
2. projek utk pljr pompuan high risk
3. cakna solat
4. kem prs
5. pelantikan rasmi prs
6 . kem permata hati
7 . lawatan



Projek Mengecat Kelas 2Dedikasi/3 Dedikasi



















semalam (rabu) bermula segala2nya...
ummi ke kelas 2 Dedikasi (2D) dan maklumkan projek mengecat..
mula kul 3 selepas waktu rehat...

Allah saja yg tahu betapa penatnye melayan bebudak 2D...
tu pun mujur ada wisel untuk warning...
ingatkan nak give up je...
tapi ummi cuba rasionalkan diri...

then siang tadi, ummi gi la ronda ke kelas tu...
pagi 3 Dedikasi (share kelas)...
bebudak 3D pulak nak mengecat..

so ummi tunda sesi kaunseling kul 12.30pm...
so mengecat la dgn 8 orang pelajar 3D yg sporting... termasuk Farhana dan Fatin.
tinggalkan diorang kul 2 gi solat...
then ajak makan nasi kat kantin..
sambung balik kerja pas semayang zohor.

kul 3 sambung plak dgn 2D sampai kul 5 petang...

mujur ada yg 8 orang tu... so keadaan terkawal la yg amat2..
lega ummi rasa...

arrie - tukng mengecat
faidhi - ketua ngecat
(sebelum tu saja je ummi acah/ cabar faidhi selaku ketua kelas gi jumpa Pengetua kalu nak turunkan notice board yg rosak. tak sangka dalam masa 5 minit je, notice board yg rongak tu diturunkan oleh Pok Pen).. subhanallah..

zakwan - tukang mengecat huruf.. cermat kerjanya.

zaidi sarji - 'anak angkat' cikgu hamdan... diam je bila buat kerja.

syawal - lukis bunga2... very creative..

APA YG UMMI PELAJARI HARI INI :

- nothing is impossible
- as long as i go/ work for it!
- trust people (including the young ones... yup, including the troubled kids..)
- sabar
- keep up the positive attitudes
- respect gain respect
- to control the youngers, make sure the older kids are around.
- when the tough get rough, just hold on to it. try to not look back. look forward.

HARAPAN :
- harap2 dpt la (walaupun sekali) anugerah kelas terbersih dlm bulan 5 n. insya Allah.
- berubah la sekurang2nya 1 perangai buruk.

CADANGAN :
- jamuan kesyukuran dan akurjanji
- alas meja
- lawatan ke TTI
- KEM PERMATA HATI masukkan bebudak 3D.






Rabu, 21 April 2010

Pertandingan BBQ dan Sandwich anjuran PPI



isnin masak kek coklat kukus


selasa pulak BBQ dan sandwich oleh ahli2 PPI (Pergerakan puteri islam)..
buat kat sebelah dewan sekolah..




best.. ada 7 kumpulan..
ada ajk budak2 tg.6
cikgu2 PPI pun ramai yg mari bertugas...

ummi pulak jadi Pengurus Acara secara 'bidang terjun'...
gara2 sangkut wisel kat leher sekarang...






almaklum le tak bleh bawak rotan...
so, guna wisel untuk senyapkan budak2 yg ke surau...

good idea!!!
sama bingit telinga rotan dan wisel...

oh balik pd ayam bakar...


tahniah kepada semua cikgu PPI dan ahli2 PPI...
seronok sangat dapat join program ni...

penat hilang bersama asap2 hitam...

best!!!
alhamdulillah!!!