Laman Utama

Selasa, 30 Mac 2010

anak2 demam...huhuhu...


siannyer anak2 ummi, amin dan iman... demam dan batuk.. dah 2, 3 hari dah.. paling teruk kelmarin ah.. sampaikan ummi tak cukup tido.. nak ambik cuti, ada program.. dpt plk kelas relief.. cancel program... gi lah relief...

pi balik umah ambik laptop.. wak tayangan muhasabah...
yg pelik ummi ni, walau tak sihat pun, mulut ok... laju je... bila je abis bercakap dan abih kelas, rasa lembik semula... pandai2...

oh.. back 2 the topic..

so, today i'd finally ambik cuti... sian...

ada sekali tu, amin nak berak... alamak camane nak basuh?
so terpaksa lah tinggalkan adik iman sorang2 kat bilik...

nangis tak berhenti2...
huhuhuhu.....

sian... ummi doakan anak2 ummi cepat sembuh. insya Allah..



nak masuk tandas jugak... nak tolong basuh berak abang.. huhuhu...

abang amin cium adik iman deh?

dua permata ummi dan abah..

adoi... abis selerak nasi kat lantai... nasib la labu..

Isnin, 29 Mac 2010

Diskusi Wawasan Akhirat


program ala2 usrah/ perbincangan tentang akhirat...
berlangsung pd 29 mac 2010 jam 11pagi (utk sesi petang) dan 2.30 ptg (sesi pagi)...





My Kids..



minggu ni dua2 org anak ummi batuk... alahai.. ni gara2 minum air batu..

walau apa pun kena tunaikan jugok kerje di sekolah..

- jumaat lepas - Bengkel PRS 1
- siang tadi (Isnin) - Bicara WAWASAN AKHIRAT anjuran Kelab Kerjaya & PRS

sesi petang, wak kul 11 pagi
sesi pagi wak kul 2.30 petang

thanks to Faizal, Ketua pengawas yg mitok budak2 asrama join...
program muhasabah..

fikirkan diri, ibu bapa ... dosa2..

sekadar hiasan


Jumaat, 26 Mac 2010

anak2ku di sekolah...

ni plak perbincangan ummi dgn cikgu musa perihal nak tackle pljr2 laki bermasalah...
ya Allah berikanlah hambuMu ini kekuatan...
lemah-lembutkan lidahku utk berkata2
lemah-lembutkan hati mereka dgn perkataanku
dapatlah mereka jatuh dan patuh
pada perintah agama MU..
dan jgnlah ENGKAU timbulkan perasaan ujub dan sombong dlm hatiku ini.

Ismeehan Yusoff March 10 at 5:02pm
salam cikgu musa..

camana saya, (kaunselor puan) bleh tlg pelajar2 laki khasnya yg problematic/ kes high risk?

tadi wak perjumpaan dgn 15 pljr lelaki high risk tg.2.. saya mulakan dgn zikir... then tunjuk tayangan video + video kematian. then jamu makan kek coklat (hahahah... wakk diri tau?).. then tandatgn borang akujanji...

what else... yg bleh dibuat...?

mohon belas ehsan..
ismeehan dmas.
Musa Awang March 10 at 8:33pm
Saya buat pun lebih kurang gitu juga.. Nexy appt bulan depan, nak ajak dia orang solat tobat.. lepas tu cerita sikit perjalanan selepas mati.. tak tau arr guane penerimaan dia orang.
Next appt.. nak ajak turun ke padang, bagi dia orang memanah lawan dengan calon memanah Serindu. Harap-harap dia orang dapat faham... kita cuba berkawan dengan dia.
Lepas tu.. tunjuk jalan masa depan kerjaya... bidang kemahiran/ Kita cuba buat mereka faham... jangan berputus asa.
Penat kita layan mereka tu.. terutama sekali jenis yang tidak mahu tolong diri sendiri. Mereka barangkali akan menghargai kita.. 5 tahun lagi selepas mereka meninggalkan sekolah.
Ikhlaskan hati Ismeehan.. Kalaupun mereka tidak melihat usaha kita, Allah tidak sekali-kali akan memalingkan WAJAHNYA dari kita.
Insyaallah.. kalau pun benih baik yang ditanam tidak tumbuh menjadi pohon rimbun, sekurang0kurangnya kita telah membersihkan sedikit semak sewaktu nak menyemai benih tadi.
Musa Awang March 10 at 8:41pm
Kalu ada masa.. cuba baca buku Alam Barzakh, ada banyak bahan yang boleh dikongsi dengna pelajar. Biasanya pelajar suka sangat dengan cerita ni, terutama sekali kalau kita boleh bercerita dengan baik.
Selain itu, buku Perang Armagedon.. banyak berkongsi ttg tanda kiamat dan peristiwa akhir zaman.. amat membimbangkan saya.
Dan akhir sekali, Buku Kitab HIKAM.. amat mendekatkan diri kita dengan Allah.. amat merendahkan diri kita sebagai hamba Allah. Banyak menulis ttg aliran tasawuf.. tetapi yang ini kena berguru skiit. Paling baik utk mereka yang ingin mendekatkan diri dengan Allah.
Ismeehan Yusoff March 12 at 1:06am
salam cikgu musa..
tima kasih ats pandangan dan idea... insya Allah saya dah 'nampak' apa yg bleh saya buat...
bestnya ada pasukan memanah kat serindu!!!

Usah Dibiarkan Mereka Pergi...



sejuk perut ibu mengandung... ketua pengawas smkdmas sesi ptg.



beberapa hari yg lepas, ummi antar mesej pd cikgu Musa (kaunselor smk sri dungun)... bertanyakan hal nak handle budak2 laki yg bermasalah ... panjang berjela komennya... syukur sgt2.. harap2 cikgu tak keberatan kalu ummi copy paste kat blog ummi ni ye? thanks again!

MESEJ UMMI...
CAMANA nak tackle budak2 laki bermasalah... sedangkan kaunselornya adalah kaum hawa...



MESEJ CIKGU MUSA...

Musa Awang March 26 at 12:29pm
Salam,
Pelajar lelaki yang bermasalah memang merupakan satu grup pelajar yang ada di mana-mana sekolah. Grup in terpecah kepada pelbagai jenis masalah.. biasanya malas (+ bodoh), habit melakukan benda-benda yang tidak disenangi/ melanggar peraturan sekolah/ undang2 dan agama. Dan sebahagiannya sudah melangkah jauh ke alam dewasa dengan cara yang tidak sihat.. mereka ini akan menjadi penyakit kepada masyarakat.

Untuk menangani grup ini, kita kembali kepada kata-kata Imam Ghazali r.a. 3 cara untuk menangani kemaksiatan ialah:
1. Pendidikan
2. Pemulihan
3. Penguatkuasaan undang-undang (peraturan)


1. Dalam bab pendidikan:
Semua orang hendaklah mengambil peranan sedikit seorang untuk mendidik mereka ke jalan yang betul. Dalam perhimpunan, perlu ada sesekali tazkirah, cerita agama, kisah kehidupan masyarakat. Disetiap awal kali guru masuk kelas, perlu ada cerita kehidupan.. kisah famili, cerita nabi.. himpunan hadis.. isu-isu semasa (what do u think about sister in Islam? .. Oh u dont know.. this is a group of women who are.....). Sewaktu bersembang-sembang.. jika ada FB, masukkan hadis/kata-kata mutiara dan sebagainya. Bukan semua grup pelajar seperti di atas boleh menerima pendekatan ini, sebahagian mereka hanya akan mentertawakan/mempersendakan/ mengejek tetapi ada segelintir yang belum jauh terlibat akan dengan cepat membina haluan baru. Mereka yang berhati lembut akan kembali ke jalan yang betul.. dengan izin Allah jua.

2. Dalam Bab Pemulihan:
Ini hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang punya kepakaran dan personaliti tertentu sahaja. Guru Kaunseling, Ustaz/ah dan guru-guru yang punya personaliti keibuan boleh membantu mereka yang sederhana berat untuk menilai semula dan memilih jalan yang betul melalui nasihat/ sesi kaunseling/ teguran lembut. Kalau seorang guru perempuan yang mempunyai personaliti yang lembut.. dengan senyum manisnya meletakkan tangan atas bahu seorang pelajar lelaki dan berkata.. " Saya percaya.. satu hari, dengan izin Allah.. Rosli (sebut nama penuh) akan menjadi orang yang berjaya.. berjasa kepada keluarga".. Satu kata-kata seperti itu lebih mahal daripada 2 jam dimaki hamun atas kesalahannya.



3. Dalam Bab Penguatkuasaan:
Ini adalah grup majoriti.. ingat Ismeehan.. dalam prinsip asas kaunseling.. Kita adalah orang yang ada limitasi. Kita menolong mereka yang ingin menolong diri mereka sendiri. Kita tidak ada keupayaan untuk menolong mereka yang tidak mahu ditolong. Laa Haulawala Quwwata illa billah hil adziim!.
Rasulullah saw. dalam satu wasiatnya kepada Saidina Ali menyebut .. jauhkanlah dirimu dari orang yang tidak dapat diharapkan kebaikan darinya, dan tidak dapat dihindarkan kejahatan darinya. (Jauhkan dirimu di sini bermaksud.. jangan kamu bersahabat! bukan bermakna abaikan mereka)
Golongan ini.. mereka hanya khuatir tindakan undang2/peraturan sahaja. Kalau dapat kepada Ismeehan seorang dua.. jika dapat, ajar dan ajaklah solat Sunat Taubat, itu adalah asasnya. Mudah2an taubat mereka diterima Allah dan ada taufiq serta hidayah buat mereka. Hati-hati sangat dengan grup ini bila Ismeehan mula merapatkan diri. Sebaik sahaja grup ini merasa selamat dan tidak khuatir lagi dengan tindakan undang2 atau peraturan.. mereka dengan mudah boleh mendatangkan kecelakaan kepada orang yang cuba menolong mereka dulu. Elakkan berbaik sehingga ke dalam rumah.. khawatirnya rumah tangga Ismeehan pula yang jadi masalah.
Jika ada dalam sesi, cuba sekali dua membantu mereka.. seterusnya jika tidak ada perubahan.. go for GESTALT.. here and now. (Not Why anymore)
This is what you do.. so this is what you get! Now.. sekarang.. kamu melanggar peraturan sekolah.. kamu ponteng sekolah jam 11 pagi.. betul atau tidak? Here.. Ini hukumannya.. gantung sekolah 3 hari.

Dia jawab, lepas ni saya takmboh ponteng sekolah dah!..
Jawab: Bagus! itu yang saya harapkan pun.. Okey! Sekarang jika anda ponteng atau melakukan kesalahan sekali lagi.. anda akan digantung 1 minggu - 10 hari, ibu/bapa anda akan dipanggil. Faham?
Dia jawab: Faham!.
Okey.. sain di sini... anda boleh pergi sekarang.

Dalam bab ini, pengurusan dan disiplin memainkan peranan sangat penting. Kalau mereka faham dan boleh membantu.. perjalanan sekolah dan urusan dengan pelajar ini akan jadi mudah. Here and Now... tak perlu tanya mengapa anda begini-begitu lagi. Tak perlu bercakap tentang keluarga atau gurlfren lama dia yang menyebabkan bla bla bla.. Dia perlu bertanggungjawab atas diri dia sendiri, bukan orang lain. Dia buat dia tanggung! Play by the book.. follow the rules.. Jangan tunjukkan simpati sehingga dia rasa lega dari memikul tanggungjawabnya sendiri.

Cikgu Musa ni bercakap je pandai... dalam praktikum, 2 x 5 juga dengan ko Ismeehan.
Okey, bye.

Program dengan grup bermasalah

1. Pembinaan matlamat- Lihat kerosakan dunia Islam.. Matlamat mereka menjadi sebahagian dari penyelamat kehancuran Islam, bukan sebahagian dari agenda menghancurkan Islam.
2. Sedar Diri - Lihat alam seterusnya, alam barzakh. Rasulullah saw. bersabda.. "Cukuplah mati itu sebagai penasihat".. Kisah perjalanan sakaratul maut dan alam barzakh- padang mahsyar - titian siratul Mustaqim.. Neraka dan Syurga. + Solat Taubat.
3. Pembinaan Diri - Ajak mereka join memanah.. beri peluang mereka tunjuk kebolehan dan beri peluang mereka merasa diri berharga.
4. Kekitaan - Lawatan bersama grup elit pelajar ke Universiti dan Pusat Kemahiran. Biar mereka merasa mereka adalah sebagian daripada sekolah.
5. Makan bersama pengurusan- Hargai mereka dan perubahan mereka lakukan.
(Dalam sepanjang tempoh ini, jika mereka melakukan kesalahan.. tidak seorang pun akan dikecualikan daripada hukuman atau dilayan khas)
Selebihnya.. terserah kepada Allah.

YA ALLAH, jauhkan akhlak buruk dari diriku, suamiku, anak2 dan keturunan kami..

BENGKEL PRS 1/2010


alhamdulillah pagi tadi sempat lah ummi 'mengerjakan' anak2 buah ummi di sekolah.. PRS @ pembimbing rakan sebaya.. ada la yg dtg tadi 30 orang.. ada 2 org tu dtg lewat 1 jam 5 minit... adoi... apa lagi denda ah...

denda mudah je..
suruh diorang nyanyi lagu Ibu then cium tingkap....

gambar tak sempat nk ambik...
PRS 2008

prs 2008... aktiviti explorace

antara aktivitinya :

1. Jual Mahal
2. Ingat Nama Kawan
3. Junjung Kerusi
4. Rumahku Syurgaku

objektif program :

- tingkatkan keyakinan diri
- public speaking
- teamwork
- trust
- jaga budi bahasa (elak 5N - nganging/ngengeh/ ngata/ ngumpat/ nipu)

dan alhamdulillah dapat lah tercapai semua objektif!

sian iman.. kena tinggal dgn mok yah (pengasuh).. tima kasih honey..


tima kasih amin... jadi anak yang baik ye?

Jumaat, 5 Mac 2010

cara ku hadapi cabaran hidup








JANGAN TENSION.... relaks ah...

hmmmm... mcm mudah je bunyi...
pd ummi, mudah @ payah tu terletak pd kita... (dan dgn izin Allah a...)
kalu kita pikir positif, insya ALLAH, DIA akan bagi...

camane...?

1. Banyakkan bersangka baik pd ALLAH dan takdirNYA.
2. Jaga solat.
3. ngaji Quran - walaupun satu ayat sehari...
4. amalan doa2... penting ni, especially doa pendinding diri dan doa biar pelajar2 taat pd cikgu...
5.jaga lidah... jgn cepat melatah... khasnya kalu dgn suami sendiri dan anak2...
6. buat yg mana penting dan larat.
- yg tak larat, KIV dulu ... ni merujuk kepada kes tak sempat jemur kain...
7. share masalah dgn org yg bleh dipercayai dan positive thinking... kalu kat sekolah, ummi suka share dgn Kak Tun... best dapat kawan dgn kak TUn... very positive, understnding...
- kalu bab breastfeeding, ummi suka cite pd kak zana..
- kalu bab pelajar, dgn Kak Dah (PK Petang)
- kalu bab anak2, pastilah dgn Abang sayang...

8. nangis...
9. tulis atas kertas..

cth... AZAM KU 2010
1. Jaga solat
2. bayar "hutang" ku pd Allah... tak leh cite ah...segan...
3. menabung utk ke mekah (haji dan umrah)
4. nak ngaji quran
5. jaga berat bdn
6. nyusu bdn Iman hingga 2 thn. insya Allah
7. pelbagaikan aktiviti di sekolah
8. aktifkan PRS
9. masak setiap hari
10. nak solehahkan lagi diri ku sebagai isteri dan ibu... amin...........

10. bila dah usaha tu, tawakal lah pd Allah... dont worry ah...
11. bykkan sedekah dan keluarkan zakat.
12. senyum dan salam sokmo.
13. solat berjemaah
14. give a bear hug... khasnya utk anak2 ku dan anak2 didik dan suami ku... alahai....


15. listen. BE A GOOD LISTENER...
16. Bersyukurlah atas nikmat yg byk ini dr Allah.
17. jgn boros dgn duit..
18. eat well...
19. selawat dan zikr sokmo....

ibu mertuaku...

20. call my mama dan mak mertua sokmo... (menghargai yg tua)...

ok ah... nak tido dulu..
sweet dream,
to my dearest self.... 3.00 am..



o... natural beauty.... tak pakai bedak kot...?

cabaran hidup ku...


apa ye cabaran hidupku....

1. masa...

- rasa macam tak cukup masa nk setel kan semua keje.
- keje apa?
- keje kat umah? nak ngepam susu... nak masak.. dobi no problem... nak siram baju yg mencabar...
- apa lg? baju tak sempat nak lipat. wak 'sistem hanger' je baju2 keje... dan sistem 'letak dlm bakul' gara2 tak sempat...
- try gok lipat sambil tengok tv... tak jadi...

- keje kat sekolah...
-mana nak setel sesi kaunseling... yang dirujuk (khasnya kes disiplin).. yg dtg sendiri pun ada.
- 60-80 minit turun ke surau...waktu zohor dan asar... ummi try to disiplinkan diri turun ke surau walaupun penat camane pun... kalu tak turun tu memang penat giler @ sakit perut...

- mana nak wak kertas keje utk program?
- projek mural dinding - utk pelajar2 kes disiplin
- program cakna solat utk pelajar2 puteri high risk
- perjumpaan dgn pelajar lelaki high risk
- PRS ...
- aktiviti kelab kerjaya

- lagi..? baru no.1 lagi ni...
- masa utk solat...ngaji... dah lama tak mentelaah surah al-mulk.. siannya ko ummi

2. camane nak jadi isteri dan ibu solehah

- adoi.... kekadang nak aje berhenti keja.. jadi surirumah aje.
- bila dibaca buku2 agama, dah memadai dgn jadi Isteri dan Ibu utk dapatkan TIKET KE SYURGA...
- adoi... tapi loan PTPTN belum abis bayar....
- ummi ni jenis suka membeli gak....
- rugi plek ilmu kaunseling...kalu berenti keje...

3. tak berapa bergaul dgn jiran tetangga

hari ni memang dahsyat a...
jiran sebelah umah baru perasan yg iman dah 1 thn usianya.... adoi... kantoi...
bukan tak nak bermesra dgn jiran...
tak sempat... (atau alasan ummi je ni...?)
so... paling2 sempat ummi berdoa... harap2 jiran2 faham dan bersangka baik pd ummi dan family...

4. masih lagi tengok korean drama

- tak lah seteruk masa bujang dulu... siap gi beli cd drama korea... ape yek?
- winters sonata.. all about eve (kawan kat sekolah ummi bg hadiah birthday.. Mag...)
- Janggeum (Jewel in the Palace)
- Stairway to heaven...

sekrang ni tak dah.... tengok kat tv je..
- 9.00 pg - here comes ajumma
- 9.00 mlm isnin dan selasa -master of study...

teruk nye ummmi....masih nak kan dunia...ish...

Ya ALLAH, bagi lah kudrat utk mendidik anak2 didik ku di sekolah... lemah lembutkanlah tutur bicaraku agar mereka faham dan taat pd perintah agama...

sian ko iman... kena nyapu lantai gara2 nak tunggu ummi siap masak pagi2... tenkiu... sayangggg iman comel...

diriku semasa program di sekolah... mmmmm ... alhamdulillah masih istiqamah memakai tudung labuh dan stokin kaki... mitok2 juruh lah sampai ke mati. insya Allah...

Oh suamiku sayang... tima kasih sebab banyak bersabar dgn isterimu yg banyak karenah ini... i love u Abang...!!!! amin too... ummi loves u sooo much!


kain - Dobi, Jemur, Lipat,Iron..


sekarang dah kul 1.20 pagi...

baru siap menyiram kain 2 bakul...
esok pagi2 lagi nak kena jemur...
sebab dah buat appointment dgn kak yah tukang urut... sengal sangat kaki rasanya ... sejak perarakan maulud nabi rabu lepas.. khamis cuti, pergi plak zoo kemaman dan mesramall.. bisa rasanya tapak kaki....

apa nak cite ye... ?
oh pasal mendobi kain...

cerita pasal dobi kain memang tak kan habis.. hanya si isteri yang rajin dan setia aje tau betapa mencabarnya urusan ini... ianya byk peringkat :

- catu kain - asingkan baju budak2 dgn hok dewasa... ops lupa plak dgn Cloth Diaper jugak...
- dobi nyer serah je pada mesin basuh
- siap - kena siram baju utk solat.. mudah cite belaka ah kena siram kecuali baju budak dan stokin ummi
- jemur
- catu plak baju - ummi/abah/ amin/ iman/ cloth diaper dlm bakul yang berbeza. baju plak guna hanger je...
- iron baju keje.. takat ni tak berjaya nak iron baju seminggu2... tak praktikal.. sebab mood nak pakai baju tak sama ah.. cth? dah digosok baju purple.. bila nak pakai rasa mcm K.O je.. so kena gosok yg lain..

cloth diaper yang kena najis kena siram dgn air.. biar ilang dulu najisnye... baru leh masuk dlm mesin baju... don't worry kalu insert nyer masih nampak kotor warna.. bila dah siap dan jemur, insya ALLAH ilanglah warna kuning..

jemur baju pun kena control cun... yg penting tutup aurat... walaupun dlm kawasan rumah sendir tau? .. lain le kalu jemur DALAM rumah..

cloth diaper ni...

Daku Kembali..


Assalamualaikum....

alhamdulillah dah masuk bulan 3 2010.. dah setahun 5 hari usia muhammad iman, anak ummi yg kedua. sihat.. dah boleh berjalan. banyak coletah mcm si abang..

sibuk memanjang sampaikan tak sempat nak blogging..

hidup ummi seharian:
pagi:
- solat
- iron baju kerje.
- siram dan jemur baju (kena siram tau? baru suci.. kalu dok, sekadar bersih je lah).. hok baju anak2, tak lah siram..
- kejutkan anak2... ummi anta amin ke taska Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu sejak awal tahun. alhamdulillah bagus sangat2.. dah hafal surah2 lazim... kurang sikit sifat kedekut dgn adiknya.. kalu tak, payah nak share barang mainan dgn adik.
- mandikan anak2
- anta iman gi umah kak yah (pengasuh jap) sementara ke taska
- kekadang gi kedai runcit/beli nasi lemak/ gi sekolah jap... siapkan kerja. (rajin ke?... dok ah..)
- balik ambik iman..

- masak nasi...
- kul 9.00 pg - sambil menyusu iman/ lepak dpn tv.. tengok cite korea... Here Comes Ajumma. getting addicted dgn cite tu... pasal housewife yg diceraikan suami dan berdikari.
- then masuk dapo... masak apa yg sempat... sambil iman belasah sayur2.. kalu tak bagi kerje... iman dok bergayut di kaki ummi...
- masak nasi air...

- kul 7 pam susu (lupa tadi)...

- kul 12 gi sekolah...

- zohor dan asar, ummi turun solat di surau dgn pelajar2... harap2 dapat la saham akhirat.. dapat gok tolong2 tengok dioarang...

- yg bestnye bila turun surau n, ummi rasa pelajar2 lebih respect pd cikgu... alhamdulllah.. ni ah keberkatan solat berjemaah...

ok ah... sambung kemudian...iman nak tido dah...
cau.... 8.51pm...