Laman Utama

Jumaat, 26 Mac 2010

Usah Dibiarkan Mereka Pergi...



sejuk perut ibu mengandung... ketua pengawas smkdmas sesi ptg.



beberapa hari yg lepas, ummi antar mesej pd cikgu Musa (kaunselor smk sri dungun)... bertanyakan hal nak handle budak2 laki yg bermasalah ... panjang berjela komennya... syukur sgt2.. harap2 cikgu tak keberatan kalu ummi copy paste kat blog ummi ni ye? thanks again!

MESEJ UMMI...
CAMANA nak tackle budak2 laki bermasalah... sedangkan kaunselornya adalah kaum hawa...



MESEJ CIKGU MUSA...

Musa Awang March 26 at 12:29pm
Salam,
Pelajar lelaki yang bermasalah memang merupakan satu grup pelajar yang ada di mana-mana sekolah. Grup in terpecah kepada pelbagai jenis masalah.. biasanya malas (+ bodoh), habit melakukan benda-benda yang tidak disenangi/ melanggar peraturan sekolah/ undang2 dan agama. Dan sebahagiannya sudah melangkah jauh ke alam dewasa dengan cara yang tidak sihat.. mereka ini akan menjadi penyakit kepada masyarakat.

Untuk menangani grup ini, kita kembali kepada kata-kata Imam Ghazali r.a. 3 cara untuk menangani kemaksiatan ialah:
1. Pendidikan
2. Pemulihan
3. Penguatkuasaan undang-undang (peraturan)


1. Dalam bab pendidikan:
Semua orang hendaklah mengambil peranan sedikit seorang untuk mendidik mereka ke jalan yang betul. Dalam perhimpunan, perlu ada sesekali tazkirah, cerita agama, kisah kehidupan masyarakat. Disetiap awal kali guru masuk kelas, perlu ada cerita kehidupan.. kisah famili, cerita nabi.. himpunan hadis.. isu-isu semasa (what do u think about sister in Islam? .. Oh u dont know.. this is a group of women who are.....). Sewaktu bersembang-sembang.. jika ada FB, masukkan hadis/kata-kata mutiara dan sebagainya. Bukan semua grup pelajar seperti di atas boleh menerima pendekatan ini, sebahagian mereka hanya akan mentertawakan/mempersendakan/ mengejek tetapi ada segelintir yang belum jauh terlibat akan dengan cepat membina haluan baru. Mereka yang berhati lembut akan kembali ke jalan yang betul.. dengan izin Allah jua.

2. Dalam Bab Pemulihan:
Ini hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang punya kepakaran dan personaliti tertentu sahaja. Guru Kaunseling, Ustaz/ah dan guru-guru yang punya personaliti keibuan boleh membantu mereka yang sederhana berat untuk menilai semula dan memilih jalan yang betul melalui nasihat/ sesi kaunseling/ teguran lembut. Kalau seorang guru perempuan yang mempunyai personaliti yang lembut.. dengan senyum manisnya meletakkan tangan atas bahu seorang pelajar lelaki dan berkata.. " Saya percaya.. satu hari, dengan izin Allah.. Rosli (sebut nama penuh) akan menjadi orang yang berjaya.. berjasa kepada keluarga".. Satu kata-kata seperti itu lebih mahal daripada 2 jam dimaki hamun atas kesalahannya.



3. Dalam Bab Penguatkuasaan:
Ini adalah grup majoriti.. ingat Ismeehan.. dalam prinsip asas kaunseling.. Kita adalah orang yang ada limitasi. Kita menolong mereka yang ingin menolong diri mereka sendiri. Kita tidak ada keupayaan untuk menolong mereka yang tidak mahu ditolong. Laa Haulawala Quwwata illa billah hil adziim!.
Rasulullah saw. dalam satu wasiatnya kepada Saidina Ali menyebut .. jauhkanlah dirimu dari orang yang tidak dapat diharapkan kebaikan darinya, dan tidak dapat dihindarkan kejahatan darinya. (Jauhkan dirimu di sini bermaksud.. jangan kamu bersahabat! bukan bermakna abaikan mereka)
Golongan ini.. mereka hanya khuatir tindakan undang2/peraturan sahaja. Kalau dapat kepada Ismeehan seorang dua.. jika dapat, ajar dan ajaklah solat Sunat Taubat, itu adalah asasnya. Mudah2an taubat mereka diterima Allah dan ada taufiq serta hidayah buat mereka. Hati-hati sangat dengan grup ini bila Ismeehan mula merapatkan diri. Sebaik sahaja grup ini merasa selamat dan tidak khuatir lagi dengan tindakan undang2 atau peraturan.. mereka dengan mudah boleh mendatangkan kecelakaan kepada orang yang cuba menolong mereka dulu. Elakkan berbaik sehingga ke dalam rumah.. khawatirnya rumah tangga Ismeehan pula yang jadi masalah.
Jika ada dalam sesi, cuba sekali dua membantu mereka.. seterusnya jika tidak ada perubahan.. go for GESTALT.. here and now. (Not Why anymore)
This is what you do.. so this is what you get! Now.. sekarang.. kamu melanggar peraturan sekolah.. kamu ponteng sekolah jam 11 pagi.. betul atau tidak? Here.. Ini hukumannya.. gantung sekolah 3 hari.

Dia jawab, lepas ni saya takmboh ponteng sekolah dah!..
Jawab: Bagus! itu yang saya harapkan pun.. Okey! Sekarang jika anda ponteng atau melakukan kesalahan sekali lagi.. anda akan digantung 1 minggu - 10 hari, ibu/bapa anda akan dipanggil. Faham?
Dia jawab: Faham!.
Okey.. sain di sini... anda boleh pergi sekarang.

Dalam bab ini, pengurusan dan disiplin memainkan peranan sangat penting. Kalau mereka faham dan boleh membantu.. perjalanan sekolah dan urusan dengan pelajar ini akan jadi mudah. Here and Now... tak perlu tanya mengapa anda begini-begitu lagi. Tak perlu bercakap tentang keluarga atau gurlfren lama dia yang menyebabkan bla bla bla.. Dia perlu bertanggungjawab atas diri dia sendiri, bukan orang lain. Dia buat dia tanggung! Play by the book.. follow the rules.. Jangan tunjukkan simpati sehingga dia rasa lega dari memikul tanggungjawabnya sendiri.

Cikgu Musa ni bercakap je pandai... dalam praktikum, 2 x 5 juga dengan ko Ismeehan.
Okey, bye.

Program dengan grup bermasalah

1. Pembinaan matlamat- Lihat kerosakan dunia Islam.. Matlamat mereka menjadi sebahagian dari penyelamat kehancuran Islam, bukan sebahagian dari agenda menghancurkan Islam.
2. Sedar Diri - Lihat alam seterusnya, alam barzakh. Rasulullah saw. bersabda.. "Cukuplah mati itu sebagai penasihat".. Kisah perjalanan sakaratul maut dan alam barzakh- padang mahsyar - titian siratul Mustaqim.. Neraka dan Syurga. + Solat Taubat.
3. Pembinaan Diri - Ajak mereka join memanah.. beri peluang mereka tunjuk kebolehan dan beri peluang mereka merasa diri berharga.
4. Kekitaan - Lawatan bersama grup elit pelajar ke Universiti dan Pusat Kemahiran. Biar mereka merasa mereka adalah sebagian daripada sekolah.
5. Makan bersama pengurusan- Hargai mereka dan perubahan mereka lakukan.
(Dalam sepanjang tempoh ini, jika mereka melakukan kesalahan.. tidak seorang pun akan dikecualikan daripada hukuman atau dilayan khas)
Selebihnya.. terserah kepada Allah.

YA ALLAH, jauhkan akhlak buruk dari diriku, suamiku, anak2 dan keturunan kami..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan