Laman Utama

Khamis, 20 Mei 2010

dilema... menyusu semasa mengandung..?


copy dari susu.com

Re: Menyusu semasa mengandung
beberapa perkara perlu anda ambil kira...

1.Anda perlu kalori dan khasiat tambahan jika anda menyusu semasa hamil. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.
2.Kebiasaannya ibu menjadi lebih penat. Dapatkan rehat secukupnya. Anda boleh melelapkan mata dengan berbaring ketika menyusukan anak anda.
3.Puting anda mungkin lebih sensitif semasa hamil. Pastikan lekapan bayi anda adalah betul. Bernafas dalam-dalam dapat mengurangkan sedikit kesakitan.
4.Anak anda tidak akan 'mencuri' kolostrum dan lain-lain khasiat daripada adiknya yang masih dalam perut jika dia menyusu, kerana badan anda tahu yang mana yang perlu didahulukan.
5.Susu badan anda mungkin akan berkurangan semasa usia kandungan 4 bulan dan rasanya juga mungkin berlainan. Semasa ini penghasilan kolostrum mungkin telah bermula. Anak anda mungkin akan berhenti sendiri menyusu badan semasa umur ini.


Jika anak anda yang sedang menyusu berusia kurang daripada setahun perhatikan pertambahan berat badannya. Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya.
Jika anda tidak berhajat untuk menyusukan anak anda selepas bayi dalam perut lahir ('tandem nursing'), maka anda perlu membuat perancangan untuk menyapihnya semasa hamil ini. Jika anda ingin menyapihnya selepas kelahiran bayi baru, mungkin dia akan merasa terganggu emosi. Cara yang biasa diamalkan, "jangan tawarkan, tetapi jangan menolak jika dia nak".


Panduan mudah lain ialah, jika semasa hamil doktor anda menasihatkan untuk anda tidak melakukan seks, maksudnya semasa ini juga anda tidak boleh menyusu badan.

Dalam Islam pula, tiada halangan untuk ibu hamil menyusukan anaknya:

Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).

Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.

Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)

Rujukan :
Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, dalam Menyusui Anak Ketika Mengandung di Blognya ilmudanulamak.blogspot.com (merujuk Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 10.)

jawapan hok lain:

Re: Menyusu semasa mengandung
Terima kasih shnurulain di atas maklumat-maklumat yang sangat berguna untuk saya dan ibu-ibu lain .


1.Anda perlu kalori dan khasiat tambahan jika anda menyusu semasa hamil. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.

Saya makan seperti biasa (nasi, lauk, sayur, buah-buahan, air) dan makan kurma, minum susu ibu mengandung, pil kalsium, obimin (ferrous fumrate, asid folik, vitamin B, vitamin C) dan fish oil.

2.Kebiasaannya ibu menjadi lebih penat. Dapatkan rehat secukupnya. Anda boleh melelapkan mata dengan berbaring ketika menyusukan anak anda.

Saya memang selalu terlelap semasa menyusu (sambil baring). Alhamdulillah saya WAHM. Kalau tak, mesti kena marah dengan bos sebab cepat letih

3.Puting anda mungkin lebih sensitif semasa hamil. Pastikan lekapan bayi anda adalah betul. Bernafas dalam-dalam dapat mengurangkan sedikit kesakitan.

Saya merasa sakit di puting ketika menyusu anak sulung semasa umur kandungan 2nd baby saya 10 minggu. Kesakitan ini berterusan selama hampir sebulan. Kadangkala saya rasa keliru samada kesakitan itu berpunca dari menyusu semasa mengandung atau kebetulan ketika itu anak saya sedang tumbuh 4 batang gigi gerahamnya, jadi dia memang selalu menggigit puting sewaktu menyusu.

5.Susu badan anda mungkin akan berkurangan semasa usia kandungan 4 bulan dan rasanya juga mungkin berlainan. Semasa ini penghasilan kolostrum mungkin telah bermula. Anak anda mungkin akan berhenti sendiri menyusu badan semasa umur ini.

Saya sendiri merasa penghasilan susu badan mulai berkurangan. Tetapi anak saya masih menyusu seperti biasa (cuma dalam tempoh yang agak lama) dan dicukupkan dengan makanan pelengkap.

Jika anda tidak berhajat untuk menyusukan anak anda selepas bayi dalam perut lahir ('tandem nursing'), maka anda perlu membuat perancangan untuk menyapihnya semasa hamil ini. Jika anda ingin menyapihnya selepas kelahiran bayi baru, mungkin dia akan merasa terganggu emosi. Cara yang biasa diamalkan, "jangan tawarkan, tetapi jangan menolak jika dia nak".

InsyaAllah saya berazam hendak tandem nursing anak-anak saya kerana sewaktu 2nd baby akan lahir nanti, anak sulung baru berumur 1 tahun 8 bulan.


RE: Balasan: [ibu] Menyusu dan mengandung

salam,
saya dulu pernah menyusu semasa mengandung anak ke-2. kalau ikut doktor, suruh stop menyusu..kalau tanya pakar pemakanan, dia org boleh, dgn syarat sang ibu mampu. kalau sang ibu tak mampu, eg: sakit2, alahan ngandung tak leh makan tu ini, maka dinasihatkan stop menyusu.
bagi diri saya, pertamanya saya perlu jaga pemakanan dan kesihatan saya. makan kena cukup dan gizi seimbang. bila kita sihat, bolehla provide susu unt anak, dan juga provide makanan berzat unt anak dlm kandungan.
alhamdulillah, saya berjaya melalui saat itu. dan anak ke-2 saya dah hampir 4 bulan dan anak pertama nak masuk 2 tahun. skrg ni, kedua2nya masih menyusu badan.
apapun, sumernya depends pd diri sang ibu.dan yg penting, kesihatan sang ibu jgn sampai terjejas. kalau terjejas, ibu sakit, anak tak dpt nyusu dan anak dlm kandungan lak tak cukup nutrient..kan susah..
akhir skali, tawakal pd Allah. niat baik, nak yg terbaik unt anak2. dah berusaha, dan berserah pd Allah. Moga Allah jaga anak dlm kandungan kita, dan pd ms yg sama rezeki susu unt anak yg sedang menyusu tetap berlimpah2.:).
wallahua'lam




Tiada ulasan:

Catat Ulasan