Laman Utama

Ahad, 30 Ogos 2009

KE MANA PERGINYA USIA KITA....?

1 hari = 24 jam
Satu TAHUN ?

© 12 Bulan

© 52 Minggu

© 365 Hari

© 8760 Jam

© 525600 Minit

© 31536000 saat

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
<> 70th
60th - 70th
(65th)
Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun

50 tahun digunakan untuk apa?
Catatan:
50 tahun=18250 hari= 458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam


Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!


Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam=46000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ...

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam = 19000 jam = 5 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam = 3000 jam = tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ...


17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun


Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = 10 minit ..... 5x solat = 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat =8250 hari x I jam 250 jam= 2 tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat (ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat


sssssssssssssssssss

MERDEKA!!!

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN..

Moga dirahmati Allah..
Moga Allah selamatkan kita dari segala wabak penyakit...

PERJALANAN HIDUP HARI INI..


Alhamdulillah, hari ni bermula semula musim persekolahan setelah cuti seminggu..

perjalanan hidup ummi hari ni..
- sebelum solat subuh, nyusukan iman
- solat subuh
- kul 7.10am, Abah ready nak gi sekolah dah..
- ummi lak masuk dapo.. potong2 sayur, potong ayam kecik2..
- ummi masak tomyam dan goreng ayam celup tepung...

tomyam

ayam potong kecik2
bunga kubis - Abah suka ni...
putik jagung (kerasnyaa.....)
tomato 3 biji
daun limau purut
halia
serai
gula, garam
lada/ cili
bawang putih
bawang besar

ummi rebus dulu ayam, serai, halia.. letak gula garam....
then masuk sayur.. kejap je. sebab petang nanti nak panaskan semula..

ayam celup tepung

garam
kunyit
telor
tepung jagung

best....... sebab ayam kecik je. tapi jadi macam Giant sebab dah disalut dgn tepung....

kul 8 - amin dah melalak... cepat2 buat susu.. gi kat dia.. mujur dia faham.. so leh sambung balik kerja kat dapo.. iman lak jaga....

kul 8.30 - mandikan iman... dia berak ah...
then letak dlm walker...
sambil2 suap makan bubur nasi, ummi pam susu...

almaklumlah masa cuti, langsung tak mengepam... so, kuantiti tak berapa banyak ah..

then, nampak lak amin bocor... mandikan dia plak.. sekat pintu bilik air dgn baldi2 dan bakul kain kotor.. iman tengok je... sian ..

pakaikan cd pada amin

then masuk balik balik bilik air.. cuci cd kotor.. ummi ada dlm 20 keping... tapi sebab share 2 beradik.. jadi kena la cuci hari2.. penat. tapi rasa syukur, lega. why? sebab dah tau baiknya pakai cd berbanding dd (disposable diaper)...

oh ya.. ummi beli cd kat http://www.mom7kids.blogspot.com... jenama Coolababy.. best!

then, nyusukan iman.. dia tidur kul 10...
cuci pinggan2..
konon2 nak gi spin cd... tak sempat...
goreng gandum untuk iman..perisa kurma..

kul 11 mandi.. iman dah jaga.. ayoyo..
spin cd..
nyusu iman.. tak berapa nak sebenarnya.. sekadar ambik syarat je...

letak dlm walker..
ummi bersiap.. pakai baju..

anta dua beradik gi umah Kak Yah (pengasuh).. mujur sebelah rumah je..

jemur cd... kain yang lain tak sempat nak siram...

naik keta
sampai sekolah kul 11.45 pagi kot..
ngaji quran.. cuba untuk istiqamah ngaji sebelum wak pe2 keje.. takat ni masih bertahan.. alhamdulillah..

kepenatan...
kak su (rohani embong) promote biskut raya.. ummi sebenarnya tak minat mana dgn biskut raya ni.. tapi... hehehhee.. beli lah 2 bekas... nak makan sebelum raya (abah belum tau lagi ni.. dok dlm beg sekolah lagi).. amin sekrang ni dok suka membaca buku resepi ummi lak..

12.30pm - perhimpunan khas - perutusan kemerdekaan

gambar masa hari guru...

ummi... dan rakan2..

2.00 pm - gi surau utk solat zohor berjemaah dan tadarus quran.. tak sempat habiskan 1 juzuk.. tak pe ah.. sambung selasa nanti.. insya Allah..

3.00 pm - borak2 dgn cikgu2... ummi sebenarnya jarang sangat2 berborak dgn cikgu2 kat bilik guru.. kerja banyak.. duduk pulak kat belakang.. cikgu2 pompuan yg lain dok kat bahagian depan. ummi malas nak tukar2 tempat duduk.. lagipun tak da dah tempat kosong..

ops lupa lak, ummi pam susu pas naik dari surau..

siapkan kerja sikit
belek2 fail kelab kerjaya
siapkan buku rekod..

kul 4.40 - surau - solat asar

5.00 - dewan.. taklimat oleh Kak Dah (Penolong Petang)

5.30 - bell rings....................................

5.40 - ambik iman

mujur tak moody.. letak dlm walker.. panaskan tomyam.. goreng ayam.. call mak mertua.. biras ummi (Tiey) pun buat tomyam gak.. dah agak dah...

Tiey dan Lijue..

siap dlm kul 6.15... susukan iman .... abah dan amin balik dari shopping ...
belek2 internet.. 2, 3 hari ni laju gak Celcom Broadband... sebelum ni, slow yg amat2.. laju gini, baru ikhlas nak gi bayar. hhahahhahaha...

bukak posa 7.18
kurma dulu...
minum sirap bandung yg abah wak... tima kasih, Abang sayang...................

rasa sikit tomyam..fuh! best lah gak .. hahhaha. ye ah... mana leh rasa2 masa bulan puasa. tawakal je lah..

solat maghrib...

abah gi masjid dgn amin...
Ya Allah, jadikanlah kami sekeluarga hamba2Mu yang mengerjakan solat.... dan selamat dr api neraka...

nyusukan iman... (dah tak tau berapa kali daaaaaaa)
tak nak tido lak pulok.. golek2..
so, ummi surf la kejap...
iman jeles..

susukan iman.. lagi.....
z z z z z z z z z z z z z z z z z z z z z z

abah kejutkan ummi kul 11.30 tadi...
oh liat nye nak bangun..
tngok filem 1957 Hati Malaya..

sekrng ni sambil2 menaip, dok dengar/tengok konsert Siti kat Astro.. semoga beliau istiqamah tutup aurat.. dan lebih sempurna. amin.

ok lah... nak siapkan sedikit urusan lain sikit...

semoga Allah beri ganjaran, keberkatan dan redha atas perjalanan hidupku hari ini..
moga istiqamah dlm solat berjemaah...
moga istiqamah dlm solat ......................................
moga istiqamah dlm mengaji quran
sabar, kuat dan sihat utk mendidik anak2
sabar, kuat dan sihat utk melayani suami ku
sabar, kuat dan sihat utk menyusukan anak2...
sabar, kuat dan sihat utk menuntut ilmu2 MU

diberikan hidayah utk aku dan keluarga, ibu bapa ku dan mertua...

terima kasih Allah
atas segala kurnia dan nikmat..
nikmat iman..
nikmat keluarga
nikmat menutup aurat...
nikmat makan minum
nikmat tidur
nikmat kerja

KAU berikan aku iman
matikanlah aku dlm iman
bangkitlah aku semula dlm iman.

moga diri ku dan keluargaku selamat, berjaya, bahagia di dunia dan akhirat..
moga anak2 ku kan menjadi penyejuk mata ummi dan abah..
jadi pendokong agama kelak
moga diri ku menjadi isteri solehah
thanks Abang kerana bersabar dgn isterimu ini...
ampunkan segala salah dan silap..

ok lah tu.. sebak lah pulak..

Saaaaaaaaaayang Abang!

Jumaat, 28 Ogos 2009

Perkembangan bayi


BabyCenter® Malaysia - The most complete online resource for new and expectant parents

Hello ismeehan!

6 month old, first week

This month your baby's hand-eye coordination is becoming much surer and he may really learn to put his hands to good use. He'll become an expert in raking objects towards himself - and he'll work out how to move something from one hand to the other. And once he learns that he can hold something in each hand, he'll quickly realise how much fun it is to bang them together. He'll want to practise this new skill, so if you think you can stand the noise, set aside one kitchen cupboard and fill it with baby-safe pots and pans for him to play with.

Hello ismeehan!
5 month old, fourth week

Many babies are happy and outgoing at this stage. If yours is, then this an ideal time to show her that other people can love her almost as much as you do. Try letting her spend some time getting accustomed to warm, trusted caregivers and babysitters. The experience will help her feel more secure a couple of months down the road, when separation anxiety makes its entrance and your little extrovert becomes more reluctant to leave your side.

Hello ismeehan!
5 month old, third week

Your baby's ability to interact with his surroundings, you and other people grows daily. For instance, he may start playing little games as he begins to understand cause and effect and the results of simple actions. He may drop objects just to watch you pick them up, or he may throw something to see where it lands. Take a deep breath - games like this will only amuse him more as time goes on. Don't tell him "no" - he doesn't understand the word, and he needs to experiment and explore. But do praise him when he does something a little less frustrating for you.

Juadah Buka Puasa

alhamdulillah.. dah masuk hari k7 kita dlm bulan ramadhan...

hari ni ummi masuk dapo kul 12... masak rendang ayam dan agar2 lapis santan... payah lah pulak nak menaip... iman dok atas riba.. nanti ah ye?


ni gambar kat masjid jumaat lepas.. masa sambutan anniversary ummi dan abah..

ok sambung balik catatan... ni dah hari sabtu sebenarnya... iman dok atas riba ummi. amin plak dok sebelah kiri..tengok jim jam n sunny...

resepi rendang ummi nyer...

bahan2..

seekor ayam - kerat lah berapa2 pun... ummi suka yang kecik2... sedap nak ratah..

bawang besar - 4
bawang putih - 5
lengkuas - 1 ibu jari
halia - 1 ibu jari
lada - 2 biji (terpulang la pada u all)
serai - 3 btg

blender semua yg kat atas - kecuali ayam aaaa...

rempah 4 beradik - kulit kayu manis, bunga cengkih, 2 lagi lupa lak namanya!!!

santan - 1 biji
air
gula
garam
gula merah/ melaka
serbuk kari - 2 sudu

daun limau purut - kerat2 kasar
kerisik - sebekas kecik
minyak masak

cara2nya :
1. letak minyak
2. bubuh rempah 4 beradik
3. tumis bhn yg diblender... tambah gula, garam, gula merah... - hingga pecah minyak
4. then, letak ayam - kacau2 ah sikit. biar sehingga separuh masak ayam tu...
5. then masaukkan santan.. kalau nak cair, tambah ah air dlm segelas... cair sangat pun tak sedap... - hingga pecah minyak gak..
agak2 aaa nak berkuah @ tak nak... deh?
6. dah nak masak nanti, letak lah daun limau purut.. lagi best daun kunyit... best baunya...
7. lastly letak kerisik...
8. siap....

alhamdulillah....
lupa nak ambik gambar...



konon2 lah ye, gambar rendang... hehehehe...

Selasa, 25 Ogos 2009

Cikgu oh Cikgu

Alhamdulillah sekrang ni musim cuti sekolah..
biasanya kalau pagi2 hari kerja, awal pagi (sebelum subuh) dok membasuh CD, basuh kain...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers


Cikgu nak gi mana tu?.....

CUCI CD GUNA SABUN PENCUCI PINGGAN SUNLIGHT

Sekarang ni ummi masih berada di KL .. kat umah mama dan papa... malas nak gi basuh cd dgn mesin basuh...
so, ummi basuh je dgn sabun Sunlight... wahahaahaha....

ok ape..? jimat?
hari2 leh 'stripping'...

lagipun, seminggu dua ni, memang ummi cuci dengan tgn je cd2 tu... cumanya spin dgn mesin basuh (utk keringkan)...tak lah susah sangat.. rendam kejap je untuk hilangkan bau kencing.. yg kena najis tu, cucur dgn air paip yg laju.. yg kat insert tu tak kena najis. tapi kena warna najis. tu yg mencabar sikiT. tapi.... don't worry ah1! tengeh je dgn sabun sunlight. hilanglah warna kotoran tu.. kalau tak hilang gak....

rendam kejap dgn air + soda bikarbonat + garam...

pahtu, bilas dgn air + cuka (untuk kasi bau fresh) - jgn guna cuka untuk cuci CD tu (seluar)... yg kat insert,tak pe....

kalau tak hilang gak ?
TAWAKKAL LAH DIKAU KEPADA ALLAH...
insya Allah, cahaya matahari akan tolong hilangkan warna tu...


Isnin, 24 Ogos 2009

PERSEDIAAN DAN CABARAN UNTUK BREASTFEEDING




PERSEDIAAN untuk BF (breastfeeding)..
Berdasarkan pengalaman sendiri ah ye?

- banyaakkan membaca.. masa mengandungkan yg sulung dulu, ada lah jugak membaca buku.. rasa macam confident je.. tapi gagal... rasa sangat tertekan (paling rasa nak nangis bila tengok label di tin susu @ gi klinik : SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK)... ambik masa berbulan2 gak untuk recover balik rasa bersalah dan sebagainya...

- Banyakkan membaca bahan2 di Internet.. banyak sangat! ada yang formal, ada gak yang personal.. siap ada gambar dll... best..

- banyakkan berbincang dan share bahan bacaan dengan suami.. bila si suami tahu betapa syoknya BF ni, pasti dia akan support habis2an.... thanks Abang!

- cari kawan2 yang sememangnya ada pengalaman BF secara eksklusif.. tapi bukannya bermakna tak leh kawan dengan geng2 yang campur susu... tapi untuk beri semangat, tanya2 cara untuk bagi semangat pada kita... paling penting ni! Salah satu faktor ummi berjaya BF baby iman ni, sebab sokongan kawan ah. ALHAMDULILLAH... thanks to kak Zana (May Allah blesses her). masa tengah pantang hari tu, ntah camane leh bermesej dengan dia... boleh dikatakan setiap hari ah... (sampaikan ummi set nombor handphone dia dlm list 8pax tau....)

- tanya pasal camana nak buat kalau baby nangis
- nak pam susu
- nak simpan susu

- banyakkan berdoa - mintak Allah bg kekuatan, kesabaran dan kecukupan untuk BF baby...

- banyakkan sedekah

- andai kata perlu bernazar, apa salahnya..

- oh ye, sebelum terlupa, masa awal2 pantang tu kan nurse datang kat umah kan? kalau ada masalah, tanya je @ maklum je... jangan wak malu2 @ bodoh sombong.. diorang very helpful (TAHNIAH KEPADA WARGA NURSE KLINIK KESIHATAN AMBS!!!! dan jugak nurse HOSPITAL DUNGUN)
- contohnya? masalah puting luka, camana nak buat? jawapannya - sapu je dengan air susu sendiri.
- susu tak banyak? jawapannya - banyakkan minum air masak

- biasa kan dengan rungutan tentang layanan nurse hospital kerajaan? pada ummi tak de apa2 masalah pun dengan perkara ni.. bak kata Kak Ti (kerani ofis sekolah ummi) "kadang2 masalah tu datang dari kita sendiri... demanding sangat ke... banyak songeh ke... dan sebagainya... nurse tu pun manusia biasa gak.. pepandai guna ayat"

- masa ngandung dulu, Ustazah Roslina ajar ummi baca Yasin... dlm surah yasin kan ada 7 tempat@ ayat yg berakhir dengan kalimah Mubin... so, bila abis je baca ayat (yg akhirnya mubin), berhenti jap.. niat lah apa2 dlm hati.. then baru sambung ngaji.
- antara yg ummi doa@niat - mintak selamat baby dan ummi, boleh BF baby, dapat layanan baik dari nurse, tak nak doktor lelaki, tak nak ...... (ops bahaya, tak boleh bagitau. hanya orang perempuan yg pernah bersalin je yg tahu tentang ni)

- minumlah susu Anmum sejak dari hamil lagi... or minum soya ke...

- bagi yg ada masalah inverted nipple, sejak masa hamil dah kena usahakan supaya nipple tu 'naik'...

- belilah nursing bra - hari tu gi KB Mall, ada jual kat Pacific Mall. RM 13 je.. terkejut. biasanya dlm RM 25 yg paling murah. apa lagi, ummi borong ah banyak2. yg penting, kena cepat2 cuci. kalau tak akan jadi kulat @ petik sawo (bahasa kelantan)..

- belilah pam susu... ummi pernah guna yang pam hok macam zaman dulu nyer.. sakit tangan (yg kena pam tombol merahnye), jenama Anakku (RM69).. ok jugak.. last2 ada rezeki (dapat duit kutu) ummi beli@ melabur Medela Free Style.. biasanya harga dlm Rm2300.. beli kat http://mybreastpumpshop.blogspot.com dapat lah harga murah (rm1699).. thanks aja!

- beli juga botol susu (untuk simpan susu) ada kat 20 botol gak..

- baca betul2 cara untuk simpan susu (dlm fridge, peti ais 1 pintu, peti ais 2 pintu)...

- cara nak panaskan susu (kalau ada rezeki, beli lah warmer)

- set lah dlm fikiran " AKU BOLEH!!!!!!!! "

- bg ibu2 yang bekerja, 2 minggu sebelum mula bekerja, adalah masa yang terbaik untuk ajar baby menyusu dlm botol..ops semestinya susu ibu lah jugak! tu kena pam susu!!! awal sangat, kot baby keliru puting.. confirm nak yg puting botol sebab laju. kot lewat sangat, baby dah terlalu manja. tak nak berenggang dgn ibu.. payah, sian baby sitter.. and sian baby melalak..


CABARANSaiz fonSaiz fon
- susu tak banyak masa kat hospital - banyakkan minum air masak. ada orang tua, tak bagi minum air banyak2.. kot badan gemuk kot... tapi kalau tak minum ,memang kurang sangat susu.. so, pepandai ah pikir..

- sebab tu, doalah banyak2 supaya tak perlu tinggal lama kat hospital.. sebab boleh cepat2 mengurut. so tak lah bengkak susu...

- ayat2 orang yg datang melawat... contoh? "ish, patutlah anak awak nangis, rupa2nya....." tak sanggup nak cerita... nanti ah... atau "cepat2 ajar campur susu, nanti mudah nak tinggal" sedang baby baru umur seminggu.. Ya Allah..... atau "tak yah lah nak pam susu.. kot tak larat, nak kerje lagi... nanti makin meningkat usia, tak cukup susu plak. tak terkejar dengan nak mengepamnya"... - so kena banyak2 bersabar, bersangka baik, jgn pendam sorang, kalau rasa tension, share cepat2 dgn suami... ada masa dan ketika dan jenis manusia, tak yah nak berdebat.. buat je.. tunjuk bukti bahawasanya BF ni boleh! mudah! praktikal! Takbir! ALLAHU AKBAR!!!!!

- 2 MINGGU PERTAMA adalah masa yang paling kritikal.. ikutkan pengalaman 2 orang anak.. yg sulung, umur tak cecah 2 minggu, dah campur susu.. tak tahan dengan tangis nyer, risau kot orang kata tak pandai jaga anak dll.. ish la teruknya ummi masa tu...Astaghfirullah hal adzim.. kenapa 2 minggu yg paling kritikal?
- ibu dan anak baru nak 'berkenalan'
- sama2 tak pandai (tu yg luka puting contohnya)
- susu tak banyak
- dll

- rasa tak yakin, tension dll - cari teman ah untuk share.. suami is the best person. pas tu rakan2 yg ada pengalaman BF.

-Wallahualam


NIKMATNYA DAPAT BREASTFEEDING.......................

- timbul rasa kagum dgn kebesaran Allah..
- lebih intim dgn baby..
- tak rasa jeles kalu suami tidur lena masa nak menyusu... berbanding kalu anak yg nyusu botol.. redha, bahagia dan gembira sebab pembekal susu tunggal adalah UMMI!!!!!

- tak risau kalau makan lebih pun. BF ni memang cepat lapar.. tapi Allah tu Maha Adil.. bila BF ni, mudah aje berat bdn jadi seimbang... best! syok! berat badan ummi sekarang..... ops rahsia!

- rasa bangga (bukan riak tau?) sebab dapat berbakti pada anak..

- rupa2nya ada doa dan amal yg patut kena buat semasa sedang menyusu... contohnya selawat, baca doa dll.. kalau anak yg nyusu botol??? tak terpikir plak ummi... Ya Allah, kesiannya ummi..

- anak kurang sakit..

- rasa keyakinan pd diri - tak yah nak tipu nurse masa gi temujanji ke klinik! hahhahah pecah rahsia... nak bekerja pun rasa sangat bersemangat!

- lebih bijak mengurus masa... kena lebih berdisiplin dgn masa. selepas solat zohor dan asar di sekolah, kena pam susu.

- belajar erti redha dlm pelaksanaan kerja2 rumahtangga - dulu, kalau umah tunggang langgang, tension sebab ... rasa macam tak fair... ummi je yg kena kemas rumah.. sekarang ni, ok lah sikit... nak tak kena redha, bersangka baik, 'let go' kalau tak sempat nak kemas rumah, tak lipat kain.. sebab BF exclusively....

- boleh gak share pengalaman dgn ibu2 yg lain.. sekarang ni, meriah surau guru perempuan waktu pas solat... dok mengepam... hahahhha.. ops, kami buat kerja dengan dedikasi tau? tak curi masa mengajar. guna waktu free! paling2 pun, 15 minit setiap sesi mengepam (kalau yg double pumping ahhh)

SENGSARANYA TAK BREASTFEEDING SEPENUHNYA....

- rasa bersalah pada anak.. contohnya? ummi sendiri rasa bersalah pada anak sulung... nak putar masa, tak boleh... redha je lah...

- kalau tak kena gaya, asyik tukar2 beli susu.. belum habis setin, terpaksa beli susu jenama lain.. anak tak nak minum (sulung tu minum susu BIOLAC.. jenama ERA Edar Trading .. yg ada produk Salindah).

- tension...

- awal2 tu, rasa nak nangis je..................................... sian suami nak pujuk...

- berat bdn naik.... ummi ni memang kuat makan kot... ramai gak yg selalu komen, "suka tengok Is makan, nampak selera.. nak tambah ah" ops bukannya ummi yg menambah nasi@ lauk, org tu ahhhh.... mmmm boleh ganti Maria Tunku Sabri ni...

- bila mengandung anak kedua (or yg berikutnya), rasa tak semangat nk mencuba BF.. tak nak minum susu Anmum, malas gi klinik, baca buku malas. mujurlah Allah masih sayangkan ummi.. mengutus Kak Zana untuk membantu...

- Wallahualam.

SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK

Alhamdulillah, dah hampir 6 bulan ummi berjaya susukan muhammad iman dgn susu ibu...
terima kasih yg tak terhingga buat :
- abang sayang yg veryy supportive and understanding
- pn robiah (nurse Klinik Kesihatan AMBS @ isteri cikgu anuwad) yg bagi pamplet penyusuan smasa bekerja..
- kak zana
- susuibu.com


Percayalah bahawa susu ibu itu begitu unik dan tiada tolok bandingnya. Kerana susu ibu…

1. sentiasa segar (fresh)

2. tersedia dalam suhu yang optimum

3. tersedia steril

4. tiada pencemaran

5. tersedia bila-bila masa

6. tiada tarikh luput

7. species-specific

8. susu yang paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi

9. hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak

10. mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi

11. mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim

12. mengandungi antibodi

13. mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit

14. tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi

15. mudah hadam

16. komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan

17. komposisinya berbeza mengikut umur bayi

18. komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari

19. komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)

20. mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas menyusu… dan ibu juga!)

Banyak lagi 1001 sebab dan keunikan susu ibu. Sebab itu US FDA pernah mengakui bahawa “…the exact chemical makeup of breast milk is still unknown.” Malah khasiat dan komposisi susu ibu tidak mampu ditiru oleh mana-mana susu lain di dunia! Subhanallah!


(p/s : ummi tak ingat dah, katner ummi ambik article ni. sorrry yek?)


Ahad, 23 Ogos 2009

Selamat Hari Lahir, Abang Sayang!



Alhamdulillah, hari ni merupakan hari lahir suami ummi yang ke..... ops.... rahsia ah... kot marah pulak empunyer diri...

apa2hal pun, sayang doakan abang semoga abang...
- murah rezeki
- sihat sentiasa
- sabar sentiasa dengan isterimu ini...
- berjaya dlm kerjaya
- istiqamah dlm perjuangan agama
- dan banyak lagi...
- moga kekal ke syurga perhubungan ini.. Amin

I LOVE YOU!


muhammad amin

anak sulungku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers


Ulang tahun perkahwinan ke4

alhamdulillah, 21 Ogos 2009 (jumaat) yg lalu merupakan tarikh perkahwinan kami 4 tahun yg lalu... 4 tahun 2 org hero.. hhhmmm not bad! hahaha. ALHAMDULILLAH..


Kitorang gi breakfast kat Masjid Sultan Mahmud... almaklumla amin (si sulung) suka sgt gi masjid...beli nasi kat R&R dan bawak air VICO...

iman plak? ada gak bekalnya... gandum special daripada ummi...
gambar tak sempat nak save dlm laptop@ hardisk ummi.. lupa ah...

apehal pun, doakan kami bahagia ye? hingga ke syurga! amin....


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Balik KL


balik KL....


Ahad, 16 Ogos 2009

CARA PENJAGAAN CLOTH DIAPER (CD)

Yang saya gunakan (untuk my baby la), jenama Coolababy One Size dengan 2 insert. One Size maknanya CD tu boleh adjust size dengan menggunakan butang kepada saiz S, M dan L. Jimatlah sebenarnya sebab tak perlu risau kena tukar2 saiz diaper. Insert pula ‘kain lampin’ yang diletakkan ke dalam CD – yang akan menyerap air kencing. Bayi yang kurang 5 bulan / kurang kencing, bolehlah gunakan 1 insert je. Tapi bagi yang dah lebih 5 bulan/ heavy wetter dan pada waktu malam, adalah disyorkan untuk guna 2 insert.

Pakaikanlah kepada baby tu seperti mana kita pakaikan diaper biasa. Cumanya kena pastikan betul2 kemas di bahagian celah paha.. manalah tau kot2 bocor… Saya sendiri pernah mengalaminya! Air kencing bocor? Biasalah tu, macam gak diaper pakai buang. Bocor beraknya? Aduh... ni yang paling mencabar... rupa2nya kena ketat kat celah paha. Tapi jangan a sampai terlalu ketat.. sian baby..

Risau gak kot2 menyusahkan pengasuh baby. Dia plak kata, “sejak pakai CD ni, mudah sikit Mok Yah.. tak berat nak gi buang sampah 3 orang…” oooooo.. tak pernah terpikir plak sampai begitu sekali.. Kalau kat umah, suami saya la yang diamanahkan untuk kerja2 buang sampah ni… saya? Oooooo…no…

Cara Cuci CD

Enteng aje kerja ini…

  1. Kalau yang kena air kencing, mudah sangat..

- Rendam kejap dlm besen/baldi dengan air sabun (ni bagi yang nak terus basuh tgn @ then nak cuci dlm mesin basuh)

- Tujuan rendam tu? Untuk hilangkan bau2 hapak/air kencing.

- Kalau yg ada stok banyak, bolehlah letak Cd kotor dlm besen kering, basuh esoknya.

  1. Kalau yang najis bagi anak yang dah besar, mudah aje.

- Buang terus najisnya dlm lubang tandas. Then, flush.

- Kat Cd tu, hanya tinggal 1,2,3 titik/noda2 kecik je. Small matter ah!

- Kalau sempat, sentallah kejap dengan air. Pahtu, basuh malam nanti.

- Kalau tak sempat, tak pe. Tinggalkan aje basuh malam nanti (cara saya, basuh subuh esoknya)…

  1. Kalau yang najis bagi anak kecil yang masih menyusu badan dan belum makan, mudah gak.

- Najis bayi yang menyusu ibu sepenuhnya (hehhehe.... alhamdulillah dapat gak menyusu badan sepenuhnya anak yang kedua ni), memang cair2 @ berlendir… dari sejak pantang lagi. Kalau dah start bagi makanan, najisnya akan pekatlah sedikit..

- Caranya? Cucur dengan air paip dengan kelajuan tinggi. Jadi, najisnya akan ‘turun’ dengan sangat segera!!!! Percayalah.

- Kalau tak, sental2 dengan kaki… Geli? Tak ah.. awakkan emaknya… kalu bapaknya yang basuh, memang la rasa geli-geliman… I orait aje..

- Bila dah sental@ dah cucur dengan air, maybe hanya tinggal dlm 5-10% je najisnya. So, sental/gonyoh la dengan tangan @ sabun mandi @ Sunlight. Kejap je.

- INSERT yang paling mustahak. Berdasarkan pengalaman sendiri lah ni… kalau kita cepat2 keluarkan insert dari Cd lepas baby kita berak, insyaAllah insert masih belum sempat menyerap warna najis. So, no problem at all untuk kerja2 menyental.

- Tapi, kalu lambat@ tak sempat.. jangan risau.. memang dia akan meninggalkan warna. (masa awal2, ianya warna kuning. Biasanya anak saya berak pagi. Tapi subuh esoknya baru sempat nak basuh. Bila dah lama, dia akan bertukar warna. Ikut pengalaman saya ni, ia jadi warna hijau)….

- Cucur je dengan air. Sental2 dengan sabun mandi. Tak yah guna sabun basuh… why? Sebabkan panic, confirm ah kita akan guna sabun yang banyak. Better guna sabun mandi. Kalau tak ok gak, guna Sunlight.

- Kalau tak ok gak? Rendam kejap dengan air+soda bikarbonat+garam. Insya Allah ok.

- KO gak? No problemmm.. basuh dan bilas je. Jemur je di bawah matahari. Insyallah matahari akan tolong hilangkan warna2 yang tak diingini. Percayalah kata I ni…. I dah cuba

CARA JEMUR

- Jemur je lah macam2 mana pun, asalkan kering

- Kalau musim2 hujan@ emergency, jemur bawah kipas pun ok.

Pantang-larang CD

  1. JANGAN guna Clorox @ apa2 yang bahan peluntur
  2. JANGAN guna Softlan @ apa2 bahan pewangi
  3. JANGAN guna berus
  4. Guna sabun yang murah2 aje dan hanya ¼ sahaja kuantitinya berbanding basuhan pakaian lain.
  5. Semasa nak basuh dalam mesin basuh, CD kena letak dalam washing net (dalam sarung bantal pun ok) untuk menjaga ketahanan material kainnya dan jangka hayatnya. Insert @ lampin putih tu tak pe (tak yah letak dalam washing net).
  6. kalau nak cuci dgn pakaian lain, pastikan tak ada pakaian yang luntur warna. Saya pernah terkena sekali. Terbasuh dengan tuala baru. Warna pink jadinya inset2 saya….

Tips CD

  1. Jika ada kesan2 degil (cth: warna najis) – boleh gunakan sabun cuci pinggan Sunlight (memang berkesan)
  2. Soda bikarbonat + garam + air = boleh menanggalkan kesan2 yang tak diingini pada insert (CD tu mudah sangat hilang kesan2 najis. So tak yah guna pun tak pe).
  3. Cuka + air = boleh memutihkan kembali INSERT yang dah lama/ kuning2. JANGAN GUNA CUKA untuk basuh CD. Atas insert, tak pe. Rosak CD plak.
  4. Air limau pun boleh gak untuk tujuan no.3 tadi.
  5. Seminggu@ sebulan sekali, lakukanlah ‘stripping’ – untuk buang mendapan dalam Cd dan insert. Caranya gunakan sabun Sunlight.
  6. Oh ya, saya guna sabun NappyKleen (memang untuk kegunaan basuh diaper dan babywear) untuk cuci CD. Hilang bau hapak/ bau air kencing. Alhamdulillah.
  7. Guna sabun mandi pun ok.