Laman Utama

Isnin, 24 Ogos 2009

SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK

Alhamdulillah, dah hampir 6 bulan ummi berjaya susukan muhammad iman dgn susu ibu...
terima kasih yg tak terhingga buat :
- abang sayang yg veryy supportive and understanding
- pn robiah (nurse Klinik Kesihatan AMBS @ isteri cikgu anuwad) yg bagi pamplet penyusuan smasa bekerja..
- kak zana
- susuibu.com


Percayalah bahawa susu ibu itu begitu unik dan tiada tolok bandingnya. Kerana susu ibu…

1. sentiasa segar (fresh)

2. tersedia dalam suhu yang optimum

3. tersedia steril

4. tiada pencemaran

5. tersedia bila-bila masa

6. tiada tarikh luput

7. species-specific

8. susu yang paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi

9. hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak

10. mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi

11. mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim

12. mengandungi antibodi

13. mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit

14. tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi

15. mudah hadam

16. komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan

17. komposisinya berbeza mengikut umur bayi

18. komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari

19. komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)

20. mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas menyusu… dan ibu juga!)

Banyak lagi 1001 sebab dan keunikan susu ibu. Sebab itu US FDA pernah mengakui bahawa “…the exact chemical makeup of breast milk is still unknown.” Malah khasiat dan komposisi susu ibu tidak mampu ditiru oleh mana-mana susu lain di dunia! Subhanallah!


(p/s : ummi tak ingat dah, katner ummi ambik article ni. sorrry yek?)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan