Laman Utama

Ahad, 16 Ogos 2009

CARA PENJAGAAN CLOTH DIAPER (CD)

Yang saya gunakan (untuk my baby la), jenama Coolababy One Size dengan 2 insert. One Size maknanya CD tu boleh adjust size dengan menggunakan butang kepada saiz S, M dan L. Jimatlah sebenarnya sebab tak perlu risau kena tukar2 saiz diaper. Insert pula ‘kain lampin’ yang diletakkan ke dalam CD – yang akan menyerap air kencing. Bayi yang kurang 5 bulan / kurang kencing, bolehlah gunakan 1 insert je. Tapi bagi yang dah lebih 5 bulan/ heavy wetter dan pada waktu malam, adalah disyorkan untuk guna 2 insert.

Pakaikanlah kepada baby tu seperti mana kita pakaikan diaper biasa. Cumanya kena pastikan betul2 kemas di bahagian celah paha.. manalah tau kot2 bocor… Saya sendiri pernah mengalaminya! Air kencing bocor? Biasalah tu, macam gak diaper pakai buang. Bocor beraknya? Aduh... ni yang paling mencabar... rupa2nya kena ketat kat celah paha. Tapi jangan a sampai terlalu ketat.. sian baby..

Risau gak kot2 menyusahkan pengasuh baby. Dia plak kata, “sejak pakai CD ni, mudah sikit Mok Yah.. tak berat nak gi buang sampah 3 orang…” oooooo.. tak pernah terpikir plak sampai begitu sekali.. Kalau kat umah, suami saya la yang diamanahkan untuk kerja2 buang sampah ni… saya? Oooooo…no…

Cara Cuci CD

Enteng aje kerja ini…

  1. Kalau yang kena air kencing, mudah sangat..

- Rendam kejap dlm besen/baldi dengan air sabun (ni bagi yang nak terus basuh tgn @ then nak cuci dlm mesin basuh)

- Tujuan rendam tu? Untuk hilangkan bau2 hapak/air kencing.

- Kalau yg ada stok banyak, bolehlah letak Cd kotor dlm besen kering, basuh esoknya.

  1. Kalau yang najis bagi anak yang dah besar, mudah aje.

- Buang terus najisnya dlm lubang tandas. Then, flush.

- Kat Cd tu, hanya tinggal 1,2,3 titik/noda2 kecik je. Small matter ah!

- Kalau sempat, sentallah kejap dengan air. Pahtu, basuh malam nanti.

- Kalau tak sempat, tak pe. Tinggalkan aje basuh malam nanti (cara saya, basuh subuh esoknya)…

  1. Kalau yang najis bagi anak kecil yang masih menyusu badan dan belum makan, mudah gak.

- Najis bayi yang menyusu ibu sepenuhnya (hehhehe.... alhamdulillah dapat gak menyusu badan sepenuhnya anak yang kedua ni), memang cair2 @ berlendir… dari sejak pantang lagi. Kalau dah start bagi makanan, najisnya akan pekatlah sedikit..

- Caranya? Cucur dengan air paip dengan kelajuan tinggi. Jadi, najisnya akan ‘turun’ dengan sangat segera!!!! Percayalah.

- Kalau tak, sental2 dengan kaki… Geli? Tak ah.. awakkan emaknya… kalu bapaknya yang basuh, memang la rasa geli-geliman… I orait aje..

- Bila dah sental@ dah cucur dengan air, maybe hanya tinggal dlm 5-10% je najisnya. So, sental/gonyoh la dengan tangan @ sabun mandi @ Sunlight. Kejap je.

- INSERT yang paling mustahak. Berdasarkan pengalaman sendiri lah ni… kalau kita cepat2 keluarkan insert dari Cd lepas baby kita berak, insyaAllah insert masih belum sempat menyerap warna najis. So, no problem at all untuk kerja2 menyental.

- Tapi, kalu lambat@ tak sempat.. jangan risau.. memang dia akan meninggalkan warna. (masa awal2, ianya warna kuning. Biasanya anak saya berak pagi. Tapi subuh esoknya baru sempat nak basuh. Bila dah lama, dia akan bertukar warna. Ikut pengalaman saya ni, ia jadi warna hijau)….

- Cucur je dengan air. Sental2 dengan sabun mandi. Tak yah guna sabun basuh… why? Sebabkan panic, confirm ah kita akan guna sabun yang banyak. Better guna sabun mandi. Kalau tak ok gak, guna Sunlight.

- Kalau tak ok gak? Rendam kejap dengan air+soda bikarbonat+garam. Insya Allah ok.

- KO gak? No problemmm.. basuh dan bilas je. Jemur je di bawah matahari. Insyallah matahari akan tolong hilangkan warna2 yang tak diingini. Percayalah kata I ni…. I dah cuba

CARA JEMUR

- Jemur je lah macam2 mana pun, asalkan kering

- Kalau musim2 hujan@ emergency, jemur bawah kipas pun ok.

Pantang-larang CD

  1. JANGAN guna Clorox @ apa2 yang bahan peluntur
  2. JANGAN guna Softlan @ apa2 bahan pewangi
  3. JANGAN guna berus
  4. Guna sabun yang murah2 aje dan hanya ¼ sahaja kuantitinya berbanding basuhan pakaian lain.
  5. Semasa nak basuh dalam mesin basuh, CD kena letak dalam washing net (dalam sarung bantal pun ok) untuk menjaga ketahanan material kainnya dan jangka hayatnya. Insert @ lampin putih tu tak pe (tak yah letak dalam washing net).
  6. kalau nak cuci dgn pakaian lain, pastikan tak ada pakaian yang luntur warna. Saya pernah terkena sekali. Terbasuh dengan tuala baru. Warna pink jadinya inset2 saya….

Tips CD

  1. Jika ada kesan2 degil (cth: warna najis) – boleh gunakan sabun cuci pinggan Sunlight (memang berkesan)
  2. Soda bikarbonat + garam + air = boleh menanggalkan kesan2 yang tak diingini pada insert (CD tu mudah sangat hilang kesan2 najis. So tak yah guna pun tak pe).
  3. Cuka + air = boleh memutihkan kembali INSERT yang dah lama/ kuning2. JANGAN GUNA CUKA untuk basuh CD. Atas insert, tak pe. Rosak CD plak.
  4. Air limau pun boleh gak untuk tujuan no.3 tadi.
  5. Seminggu@ sebulan sekali, lakukanlah ‘stripping’ – untuk buang mendapan dalam Cd dan insert. Caranya gunakan sabun Sunlight.
  6. Oh ya, saya guna sabun NappyKleen (memang untuk kegunaan basuh diaper dan babywear) untuk cuci CD. Hilang bau hapak/ bau air kencing. Alhamdulillah.
  7. Guna sabun mandi pun ok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan